Komisyen kesepuluh dari Uber
Disember yang lepas menyaksikan pencapaian yang baik untuk saya dengan Uber. Ramai pemandu Uber yang berdaftar dengan saya telah menamatkan perjalanan mereka dari 39 hingga 49 perjalanan. Komisyen kesepuluh dari Uber telah saya terima. Purata pencapaian pendapatan dengan Uber adalah RM1,000 seminggu.

Pengalaman hantar anak ke sekolah
Tahun ini bermulanya sesi persekolahan anak sulung. Kami daftarkan beliau di Little Caliph yang berdekatan dengan rumah. 1 minit pun boleh sampai. Mula-mula agak sukar nak didik anak tidur dan bangun awal. Nak ajak ke sekolah pun kena banyak bersabar. Hari pertama hantar dengan isteri.
Mula-mula anak tak nak masuk. Saya pimpin anak sampai masuk ke bilik guru. Kemudian saya keluar senyap-senyap, sambil isteri yang tunggu anak. Kemudian kami tinggalkan dia dengan kawan-kawan yang lain. Biarlah dia belajar berenggang dengan ibu dan ayah sekejap. Belajar berdikari bila kami tiada di sini.
Tengahari ambil anak di sekolah. Nampak saja kelibat saya, guru buka pintu dan anak pun meluru keluar. Nampak muka macam tak puas hati sebab kena tinggal. Hari kedua pun susah sikit nak hantar masuk, tapi masuk hari ketiga dia siap lambai tangan dengan saya sambil masuk sekolah. Sudah ada ramai kawan, mudah-mudahan dia boleh campur dengan orang.
Guna komisyen Uber untuk belanja harian
Masa daftar tadika anak, yuran yang dikenakan ialah RM1,500. Sebahagiannya saya dapat dari komisyen Uber. Seboleh-bolehnya wang gaji saya tak mahu usik, boleh buat belanja untuk tujuan lain. Atau sekurang-kurangnya saya jadikan modal pusingan untuk menjalankan iklan Google Adwords untuk mencari pemandu Uber yang baru.
Baru-baru ini air cond kereta mengalami masalah. Sekejap panas dan sekejap sejuk. Bila hantar ke bengkel, kena tukar thermostat sebab sudah rosak. Mekanik beritahu kalau tukar satu set barang boleh cecah RM1,000. Alhamdulillah beliau dapat cari barang ganti yang lebih rendah dengan nilai RM470 saja. Sekali lagi saya guna wang komisyen Uber untuk bayar servis mereka.
Uber berkembang di Kuantan
Sebelum ini saya mendapat banyak panggilan telefon untuk memohon sebagai Uber Driver di Kelantan, Kedah, Perlis dan Pahang. Saya memberitahu tiada servis Uber di sana. Namun begitu Uber baru sahaja mengumumkan Kuantan sudah ada servis Uber. Jadi penduduk di kawasan Kuantan boleh memohon sebagai Uber Driver di sini :
Wah Kuantan pun dah ada Uber ya. kalau lah di Kedah pun ada memang balik kampung takyah susah nak pegi mana, panggil uber ja
Noriza Rahman recently posted…Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit. Itulah Rezeki yang Berkat
Alhamdulillah ada duit sipi memang lega sikit. Dapat tampung2 perbelanjaan yg lain
Kauthar mohd recently posted…Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Dengan Restoring Eye Treatment