Komisyen ketiga dari Uber
Minggu ini saya dapat emel yang menjadi berita gembira dengan invois untuk bayaran komisyen ketiga dari Uber. RM300 untuk setiap rujukan pemandu yang berdaftar dengan Uber. Saya berjaya mendapat 2 kali komisyen dari Uber untuk bulan ini. Jika saya boleh mengekalkan komisyen RM600 sebulan, ia boleh digunakan untuk membayar ansuran kereta.

Guna komisyen Uber untuk bayar rumah
Saya berazam untuk meningkatkan pendapatan dari Uber kepada RM900 sebulan. Boleh guna untuk bayar ansuran rumah. Untuk mendapat jumlah tersebut, saya hanya perlu memastikan 3 orang pemandu Uber menyelesaikan perjalanan yang telah ditetapkan oleh Uber. Dalam emel Uber baru-baru ini, Uber memberitahu bahawa kadar perjalanan akan berubah.
Jika dahulu Uber menetapkan 20 kali perjalanan untuk komisyen RM200. Kemudian 25 kali perjalanan untuk komisyen RM250 dan perubahan berikutnya 30 kali perjalanan untuk komisyen RM300. Selepas ini Uber menetapkan 49 kali perjalanan untuk komisyen RM300 bermula 1 November.
Rekrut Uber Partner guna Google Adwords
Saya telah menjalankan iklan Google Adwords untuk menarik lebih ramai orang menyertai Uber. Mula-mula saya letak bajet RM1 untuk setiap klik, sekarang ia sudah mulai menurun kepada 20 sen per klik. Target saya mesti ada 5 orang yang mendaftar sebagai Uber Partner setiap hari. Tapi kadang-kadang dapat 4 orang, 3 orang dan kadang-kadang 2 orang.
Ada juga hari yang tak ada langsung orang yang mendaftar. Bukan apa, bila ada orang yang mendaftar, nombor telefon mereka akan dapatĀ dilihat dalam UberDOST. Dari situ mereka boleh dihubungi untuk tindakan susulan secara SMS atau WhatApps. Ada yang tak tahu cara untuk mengaktifkan akaun Uber.
Anda yang sudah mendapat akses UberDOST mesti mengingatkan mereka untuk pengaktifan. Bila mereka mulai memandu, anda sudah membuka jalan kepada orang lain untuk menambah pendapatan. Bila mereka sudah melengkapkan perjalanan yang ditetapkan oleh Uber, anda juga yang untung kerana menerima komisyen dari Uber.
Mudah sahaja untuk buat duit dengan Uber. Pertama anda jadi Uber Partner dan memandu dengan Uber. Gunakan link di bawah untuk pendaftaran :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue
Kedua, anda tidak mahu memandu dengan Uber tetapi mahu menjana komisyen dengan memperkenalkan Uber kepada rakan anda. Pergi ke Google Play dan muat turun aplikasi UberDOST. Dari situ anda boleh promosikan Uber kepada rakan anda yang berminat untuk jadi Uber Partner.
peluang untuk menjana pendapatan dri uber amat baik.. kena bijak mengambil peluang
riangria recently posted…$20 BILLION: ANGGARAN JUALAN ‘SINGLE’S DAY’ ALIBABA