Uber

Komisyen Ketujuh Dari Uber

Komisyen ketujuh dari Uber

Diakhir November, saya menjangkakan ada peperiksaan online Pembantu Pegawai Tadbir N29 akan diadakan pada awal bulan Disember. Sambil menyiapkan nota dan contoh soalan, saya menerima komisyen ketujuh dari Uber. Jika dihitung, komisyen sebanyak RM600 ini sudah boleh digunakan untuk membayar sewa beli sebuah kereta.

 

komisyen ketujuh dari uber
Bila ada duit keluar, pastikan ada duit yang masuk, kalau tak merana nanti.

 

Baru-baru ini kereta kami sekeluarga masuk bengkel kerana injap kereta sudah kotor dipenuhi karbon. Kelajuan enjin mulai berkurangan, jadi tekan minyak sampai habis pun tak laju juga. Bukan itu sahaja, penyaman udara pun sudah mulai panas dan ada kebocoran air. Radio kereta sudah dimasuki air dari penyaman udara sampailah radio itu rosak sekali.

 

Kereta masuk bengkel

Selepas kereta siap dibaiki, kos sebanyak RM750 perlu dihulur kepada mekanik kereta. Disebabkan tiada wang tunai yang cukup, saya meminta nombor akaun bank untuk menjelaskan baki bayaran. Nasib baik bengkel kereta tersebut kawan sendiri yang punya. Masih boleh dibawa berunding.

Semasa kami sekeluarga pulang ke Shah Alam, enjin kereta tiba-tiba menunjukkan suhu yang panas. Keaadaan itu saya sedari sebaik sahaja tiba di rumah. Air radiator panas mendidih macam air dijerang. Esok pagi enjin kereta sudah tak boleh dihidupkan. Lampu bateri menunjukkan isyarat merah. Saya pun mencari bengkel kereta untuk menukar bateri baru.

Bila tukar bateri, enjin tak mampu dihidupkan. Terpaksa panggil kawan yang bekerja sebagai mekanik. Dia datang ke rumah untuk memeriksa kereta kami. katanya, takut enjin sudah terlebih panas. Jadi kena tarik kereta ke bengkel. Kereta masih boleh dihidupkan tetapi kena tekan minyak sambil pulas kunci.

 

Tarik kereta ke Kajang

Kami mengambil keputusan untuk meminjam kereta mertua. Kereta kami ditinggalkan depan rumah kerana waktu itu amat singkat untuk ditarik ke bengkel. Selepas menguruskan Homestay di Shah Alam, kami bergerak semula ke Sungai Merab, lokasi kedai dobi isteri. Sebelum sampai ke rumah mertua, kereta beliau panas mendadak. Rupa-rupanya kipas radiator tak berfungsi.

Keesokan harinya barulah kami hubungi pihak insurans kereta untuk tarik kereta. Dari Shah Alam ke Kajang, kami tiba di kereta kami diservis dahulu. Biar mekanik yang servis kereta kami selesaikan kerjanya. Dari kereta mertua sampailah kereta kami, kedua-duanya mereka yang servis. Kedua-duanya juga panas mendadak.

Syukur Alhamdulillah, kos baiki kurang dari RM200. Bateri yang dibeli tempohari sudah menurun kuasanya. Masih perlu bantuan untuk dihidupkan. Dalam masa yang sama, kami sekeluarga ada bercadang untuk mencari sebuah kereta yang besar. Anak sudah bertambah, nak bawa barang pun banyak. Bukan nak kereta baru, yang terpakai pun tak mengapa.

 

Tips memohon pembiayaan kereta

Saya dan isteri sama-sama memohon pembiayaan untuk kereta terpakai dari jenis Isuzu D-Max. Bayaran pendahuluan sebanyak RM12,800 untuk sebuah kereta berenjin diesel. Bank yang memberikan pembiayaan ialah Public Bank dengan keuntungan 4.3% mengikut kaedah Islamik. Nilai kereta adalah RM39,200 termasuk insurans, kos tukar nama dan cukai jalan.

Apa yang kami buat ialah sediakan slip gaji 3 bulan, penyata bank 3 bulan, pendapatan sampingan. Isteri saya menjadi penjamin untuk menguatkan lagi permohonan bersama. Saya turut memasukkan pendapatan dari homestay, komisyen bisnes bulanan dan komisyen dari Uber. Saya tidak memandu dengan Uber, tapi masih boleh menjana wang dengan Uber.

 

Kekalkan komisyen dengan Uber

Saya berjaya mengekalkan pendapatan sebanyak RM600 sebulan dengan Uber. Pihak bank ada meneliti penyata bank saya untuk memastikan wang tersebut benar-benar masuk ke akaun saya. Walau pun baru 2 bulan mendapat komisyen Uber, ia mampu membantu saya menjana pendapatan sampingan. Bulan ini sahaja sudah hampir RM2,000 saya dapat dari Uber.

Marilah memandu dengan Uber, daftar menerusi link ini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

2 thoughts on “Komisyen Ketujuh Dari Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.