Komisyen pertama dari Uber
Uber menawarkan kaedah untuk menjana pendapatan menerusi 2 cara. Pertama anda jadi Uber Driver atau nama rasminya Uber Partner. Kedua, anda rekrut rakan lain untuk jadi Uber Partner menerusi UberDOST. Bila mereka daftar dan memandu serta melengkapkan perjalanan yang ditetapkan, anda akan dapat ganjaran. Komisyen pertama dari Uber ini adalah buktinya.

Ajak rakan memandu dengan Uber
Seperti yang saya ceritakan dalam artikel sebelum ini, anda boleh buat duit dengan Uber tanpa keluar rumah, tanpa perlu pandu kereta. Ia sama seperti yang saya buat sekarang. Hanya dengan duduk di depan komputer, saya menghantar satu jemputan kepada rakan-rakan yang berminat untuk memandu dengan Uber.
Sebagai Uber Partner, mereka akan dapat lebih banyak bayaran kerana mereka yang membuat kerja-kerja mengambil dan menghantar penumpang. Uber akan membahagikan tambang yang diterima menurut kadar 20:80, 20% untuk Uber dan 80% untuk Uber Partner. Anda pula akan dapat ganjaran RM250 selepas rakan yang anda ajak itu menyempurnakan 25 perjalanan.
Kiraan di atas boleh berubah-ubah menurut pengumuman dari pihak Uber. Anda perlu ingat bahawa semua syarat dan peraturan sentiasa dikemaskini oleh Uber. Jika dahulu kadar yang diberi ialah sebanyak RM200 sahaja. Memandangkan operasi Uber di Malaysia sudah pun mendapat izin secara rasmi, maka anda bertindaklah untuk buat duit dengan Uber.
Cara promosi Uber pada rakan-rakan
Jujur saya beritahu, anda kena berdaftar dengan Uber dan tunggu sehingga akaun anda diaktifkan. Bukan semua orang akan dapat peluang untuk sertai Uber Referral Program. Anda sendiri perlu menghubungi pihak Uber. Apa pun jika anda serius untuk buat komisyen dengan Uber, anda perlu memiliki ebook bisnes Uber.
Saya sudah membaca, menghadam dan meminta bantuan dari penulis ebook tersebut. Saya akui ebook tersebut tidak sempurna kerana ia sekadar teori. Namun perkara yang paling mahal dan berharga ialah bila ianya mendatangkan hasil. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang mahu menjadi Uber Partner di sekitar Putrajaya.
Jika mereka merebut peluang untuk memandu bersama Uber, mengapa anda tidak ambil peluang ini untuk rekrut lebih ramai Uber Partner?
bagus juga kalau ada berjumpa dengan pemandu Uber..mereka boleh bertukar fikiran dan pendapat..
mrhanafi recently posted…Main Pokemon Go Atau Aplikasi Buat Duit
Masyuk juga klau partime buat uber ni….untung gak..
Sekali dapat terus tiga angka 😀 Ini memang sangat menarik ni!
sabree hussin recently posted…Legenda Jutawan Facebook
saya dah regsiter di bawah uberDOST, bagaimana nak pergi ke dashboard? tadi dapat, tiba2 semua pergi ke bonjour.uber.com
di sini rupanya https://partners.uber.com/referrals/
thanks
Kalau kwn dah selesai buat trip yg ditetapkan tapi bayaran ganjaran tu xdikreditkan lagi mcm mne?