Bisnes

Komisyen Rendah Apa Masalahnya

Komisyen rendah apa masalahnya

Setiap kali berlangsungnya cabaran affiliate, komisyen lumayan sudah pasti menanti para ejen affiliate. Mereka akan menggunakan pelbagai teknik pemasaran seperti SEO, SEM, SERP, pemasaran emel, Google Adwords, Facebook Ads dan bermacam-macam lagi strategi. Komisyen rendah apa masalahnya?

Entah di mana silapnya, komisyen yang diterima amat sedikit. Kos yang dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti pemasaran jauh lebih besar berbanding hasil yang diterima. Contohnya, komisyen jualan yang terhasil dapat RM50, tetapi kos pemasaran yang sudah dilaburkan melebihi RM250.

 

komisyen-rendah-apa-masalahnya.jpg
Kaji permintaan di pasaran sebelum buat jualan.

 

Azrizam Mansor atau Zeo Unic yang telah menghasilkan komisyen melebihi RM40,000 dalam program affiliate niche kerjaya, telah berkongsikan beberapa faktor yang menyebabkan komisyen affiliate yang diperolehi amatlah rendah. Kes ini dituliskan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

1. Komisyen rendah disebabkan promosi tidak terarah. Lihat kembali kepada bentuk promosi yang anda jalankan. Adalah ianya ditumpukan kepada satu tempat atau merata-rata tempat? Sekejap di blog, sekejap buat Facebook Ad, sekejap lagi nak tambah Google Ad.

2. Menggunakan blog bahasa Inggeris yang tiada kaitan dengan kerjaya. Memang sukar untuk menghasilkan jualan. Blog berbahasa Inggeris mungkin lebih sesuai untuk tujuan promosi produk artikel berbahasa Inggeris dan pasaran antarabangsa sahaja.

3. Niche blog berbeza. Ini contoh paling mudah, jika anda memiliki blog dengan tema masakan, kemudian anda lakukan promosi niche yang tidak berkaitan dengan blog tersebut. Kebarangkalian untuk menghasilkan jualan amat rendah sebab blog berkenaan tidak ada kaitan.

4. Berjaya menjual atas faktor artikel berjaya rank dengan baik di enjin carian pada waktu itu. Sekiranya pelanggan menaip perkataan di enjin carian seperti Google contohnya, lalu keputusan yang keluar itu amat bertepatan dengan apa yang dicari oleh pelanggan, maka peluang untuk membuat jualan memang cerah.

Tetapi apa yang terjadi jika keputusan tersebut berada di kedudukan yang paling bawah? Kebarangkalian untuk pelanggan membeli menerusi link affiliate anda memang rendah. Sudah menjadi lumrah si pencari akan memilih keputusan yang keluar pada bahagian atas enjin carian.

5. Hasilkan blog yang khusus untuk satu niche. Satu blog khusus untuk satu niche sahaja, jangan campur dengan niche lain. Jadi pelawat yang menjumpai blog anda akan berada di satu pusat maklumat yang tepat dan berkaitan. Dalam kes ini, beliau telah menghasilkan blog kerjaya graduan pertama selepas tamat cabaran affiliate. Beliau hanya ingin bersedia sekiranya berlangsung cabaran baru. Dengan itu fokus dapat diberikan secara 100%.

6. Projek blog affiliate long term yang mulanya hanya ingin tumpu kepada satu sahaja. Beliau bermula dengan niche kerjaya iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (PTD M41). Dari situ beliau mendapat pengikut atau follower dari mereka yang berminat. Ia tak berhenti di situ sahaja. Adakalanya seorang calon yang berdaftar dengan SPA bukan sekadar memohon satu jawatan sahaja, mereka mengisi sehingga 8 jawatan. Oleh itu jika mereka perlukan sebarang panduan yang berkaitan, blog beliau akan meriah dengan pelbagai soalan dan maklumbalas.

 

Anda boleh lihat bagaimana beliau bermula dengan niche kerjaya

Pertama sekali dengan mewujudkan blog khas untuk satu niche. Kemudian menghasilkan artikel berkualiti yang menarik perhatian pembaca. Dan akhir sekali, hasil daripada 2 perkara tersebut blog beliau berjaya membuatkan pembaca kembali semula untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung blog beliau sudah mempunyai pengikutnya (follower) yang tersendiri. Anda ada pembaca atau follower dari blog anda? Jika tiada, bina blog dan pengikut anda hari ini juga.

 

Jangan lupa untuk sediakan borang untuk mereka opt-in. Jika blog anda mengalami gangguan hosting, anda masih ada database emel untuk digunakan bagi menghubungi mereka semula. Jika masih belum ada panduan, belajarlah mengumpul database supaya anda boleh kekal berhubung dengan pembaca blog anda.

21 thoughts on “Komisyen Rendah Apa Masalahnya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.