Kumpul Duit Kahwin Dengan ASB

Aug 25

Kumpul duit kahwin dengan ASB

Ramai orang nak kahwin kerja keras untuk simpan duit. Nak buat beli kereta, beli rumah, beli motor dan nak buat belanja kahwin. Ada banyak cara untuk kumpul duit, salah satunya ialah kerja makan gaji, berniaga dan guna duit pelaburan. Salah satu pelaburan yang menjadi pilihan bumiputera ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB). Cara kumpul duit kahwin dengan ASB ini tak ramai orang tahu.

Cara normal untuk kumpul duit kahwin dengan ASB ini. Salah satu caranya ialah membuat simpanan sebanyak RM600 untuk 36 bulan. Dari situ anda boleh dapat RM21,600 jika tidak diusik. Jumlah tersebut tidak termasuk dividen dan bonus yang bakal anda terima dari ASB. Selain dari duit sendiri, anda boleh guna Others People Money (OPM) untuk gandakan simpanan dalam ASB.

 

Teknik OPM dalam ASB

Dengan teknik OPM, anda gunakan duit bank untuk laburkan RM100,000 ke dalam ASB. Bayaran bulanan ialah sebanyak RM604. Selepas 3 tahun, jual kembali pinjaman ASB anda. Dari sini anda akan dapat menikmati dividen RM28,568 dan nilai tunai RM4,951 berjumlah RM33,519.

Jika anda membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000 bayaran ansuran bulanan lebih kurang RM1,098 sebulan. Cukup 3 tahun jual kembali pinjaman ASB anda. Dividen yang bakal anda terima ialah sebanyak RM51,900 dengan nilai tunai RM9,000. Jumlah keuntungan pinjaman ASB anda ialah RM60,900.

 

6 tahun untuk penuhkan akaun ASB

Akaun ASB hanya membenarkan sebanyak RM200,000 sebagai nilai maksimum. Jadi anda perlukan duit sebanyak RM140,000. Jika dilakukan dengan pasangan suami isteri, setiap orang hanya perlu sumbangkan RM70,000 seorang sama ada guna pinjaman personal atau wang simpanan sendiri.

Kadar dividen campur dengan bonus tahunan dianggarkan 8% setahun. Jadi darabkan jumlah simpanan dengan 8%.

  • Tahun pertama RM140,000 x 8% = RM11,200
  • Tahun kedua RM140,000 + RM11,200 x 8% = RM12,096
  • Tahun ketiga RM 163,296 x 8% = RM 13,063
  • Tahun keempat RM 176,359.00 x 8% = RM 14,108
  • Tahun kelima RM 190,468.00 X 8% = RM 15,237
  • Tahun keenam RM205,705 – RM200,000 = RM 5,705

 

Bila akaun ASB anda sudah penuh, cari akaun ASB isteri untuk laburkan lebihan RM5,705. Dividen yang anda perolehi dari akaun ASB yang pertama terus dilaburkan ke dalam akaun  ASB yang kedua. (RM200,00 x 8% = RM16,000) dan (RM5,705 x 8% = RM456) digunakan untuk tambah akaun ASB kedua.

Teruskan kaedah ini untuk memenuhkan akaun ASB hingga ada 4 – 5 akaun sehingga wang tersebut bekerja untuk anda. Lagi panjang masa meminjam, lebih rendah komitmen bulanan. Kumpul sehingga mencecah RM500,000. Pada masa itu anda sudah boleh fikir nak beli rumah apa.

Anda boleh belajar lebih banyak teknik pelaburan ASB sehingga mampu memberi pulangan sehingga 40% dari pakej ebook dan video ASB Genius.

5 comments

  1. simpan aje kat asb.

    jangan kacau.

    itu aje aku buat.
    titan recently posted…Jubah Lelaki Moden dari ELRAH ExclusiveMy Profile

  2. Wah menarik sistem macam ni, tapi saya lama dah tak melabur dalam ASB ni..
    Noriza Rahman recently posted…Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?My Profile

  3. Encik Ikhwan, saya kurang paham pasal cara jual semula.. xkena penalti ke?

  4. boleh try ni hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge