Bisnes

Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Sebulan

Kumpul duit kahwin RM10 ribu sebulan

Sejak sekian lama buat duit di internet, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman buat duit dengan produk informasi. Mula-mula memang susah. Nak dapatkan RM1 yang pertama kena belajar buat pemasaran. Buat sampai dapat hasil, bukan buat separuh jalan. Alhamdulillah sejak dapat RM1 yang pertama, saya sudah mula buat RM10, RM50 bahkan RM100 dari internet. Akhir sekali saya berjaya kumpul duit kahwin RM10 ribu sebulan.

 

Strategi sebulan RM10,000 bergantung pada permintaan

Sebenarnya sebelum dapat RM10,000 dalam masa sebulan, ada banyak perkara yang perlu dikaji. Ia bukan perkara magik yang datang begitu sahaja. Kejayaan menjana wang sehingga RM10,000 sebulan perlukan ilmu pengetahuan dan permintaan produk di pasaran. Selain itu, anda perlukan senarai prospek dalam bentuk emel atau nombor telefon untuk ditapis menjadi pembeli. Dari situlah anda boleh cipta keuntungan sehingga RM10,000. Jika anda bijak, lebih dari itu pun anda boleh dapat.

 

kumpul-duit-kahwin-RM10-ribu-sebulan
Tak mustahil boleh simpan RM10,000 sebulan jika anda tahu caranya.

 

Sebelum duit RM10,000 itu masuk ke poket anda, ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui. Salah satu aspek terpenting ialah apa permintaan produk yang ada di pasaran. Anda perlu tahu apa masalah yang melanda prospek dan bagaimana produk tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Setiap masalah datang bersama penyelesaian. Jika anda boleh memberikan produk tersebut sesuai dengan apa yang diperlukan prospek, maka produk anda akan terjual dengan laris.

 

Bantu prospek selesaikan masalah

Pada tahun 2011, saya menawarkan ebook panduan persediaan peperiksaan untuk niche perguruan. Dalam ebook tersebut, saya menumpukan kepada nota persediaan peperiksaan memasuki kursus perguruan dan memberikan contoh-contoh soalan peperiksaan sebagai latihan. Ebook tersebut saya pecahkan kepada 5 modul untuk memudahkan calon-calon membuat persediaan. Saya telah menganjurkan program affiliate Pay-Per-Lead (PPL) untuk menyimpan data pelanggan.

Prospek yang berjaya saya kumpulkan ialah seramai 2,000 orang. Dari jumlah tersebut, seramai 200 orang telah membuat pembelian ebook yang bernilai RM50. Jadi jumlah bersih yang saya dapat ialah RM10,000 kurang dari sebulan. 2 bulan lepas saya dapat hasilkan jualan RM10,000, saya pun melangsungkan perkahwinan dengan isteri. Siapa sangka lagi 2 bulan nak kahwin baru berjaya kumpul belanja kahwin. Kalau nak simpan belum tentu berjaya dapat RM10,000 sebulan.

 

Kelebihan menjual produk informasi

Dalam hal ini, produk informasi dalam bentuk digital lebih mudah dihasilkan. Perkara yang paling penting ialah ia mudah dijual secara online. Tempoh masa yang diperlukan adalah kurang dari 2 minggu jika anda boleh fokus dan melakukannya secara konsisten. Namun saya telah membuat persediaan 3 bulan lebih awal kerana pasa masa itu saya masih bekerja sebagai seorang pensyarah. Jadi saya buat secara sambilan dan santai-santai sahaja.

Kini saya sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan internet sepenuh masa. Saya percaya pendapatan yang saya dapat dari internet boleh melebihi bayaran gaji yang saya terima. Oleh itu saya pun mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2013 dan bergerak bersama-sama dengan sahabat dalam satu syarikat. Kami bertiga menumpukan sepenuhnya kepada niche kerjaya yang mempunyai prospek melebihi 200,000 orang setahun.

Di pasaran internet ada banyak kajian kes yang boleh dijadikan panduan untuk menjana RM10,000 sebulan. Bahkan anda boleh buat duit lebih dari jumlah tersebut jika anda tahu caranya. Mula jana RM100 dari internet. Kemudian kembangkan ia menjadi RM1,000. Gandakan usaha anda sehingga berjaya mencapat pendapatan RM10,000 sebulan.

Jika anda mahu belajar bagaimana saya mengembangkan jualan ebook tersebut, sila rujuk laman video bisnes ebook.

28 thoughts on “Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Sebulan”

  1. Alhamdulillah…saya yang dah kahwin ni pun rasa terinspirasi baca kisah ni inikan pula orang muda di diluar sana.

    Bijak cari peluang tambah pendapatan dan niatkan untuk cari duit halal untuk kahwin, inshaAllah..Allah sedia membantu 🙂

  2. 10K , memang satu nilai angka yang termasuk dalam kiraan tambah tolak campur darab dan bahagi orang bujang macam saya ni kalau dah timbul niat untuk berkahwin. Alhamdulillah , sebagai backup ada juga sedikit simpanan walaupun berada di dalam kegawatan ekonomi .
    Wan Zawawi recently posted…17.7.17My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.