Kumpul RM50 ribu dengan bisnes
Ada satu keadaan di mana anda perlukan wang untuk melangsaikan hutang, belanja keluarga, sekolahkan anak dan membaiki kenderaan. Anda juga perlukan wang untuk membesarkan bisnes sedia ada. Ada cara untuk kumpul RM50 ribu dengan bisnes.
Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan RM50,000 tersebut. Salah satunya ialah dengan membuat pinjaman wang dari ahli keluarga. Jika ahli keluarga yang berharta memang tiada masalah. Boleh beri wang atau gadaikan aset yang ada.
Bagi yang kurang berada dan tidak berharta pula bagaimana? Ini sudah menjadi beban kepada anda. Oleh itu, anda sebenarnya masih ada satu lagi jalan penyelesaian iaitu menerusi perniagaan.
Cari RM100,000 sebagai sasaran
Strategi ini saya belajar dari seorang usahawan internet yang terkenal dan berjaya, Raja Kamil. Sebelum ini banyak perkongsian kewangan yang saya dapat dari beliau. Kita mulakan strategi yang pertama iaitu mencari wang sebanyak RM100,000.
1. RM100,000 dalam tempoh setahun. Anda ada masa 12 bulan untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Sebulan dapatkan sebanyak RM8,334. Cari produk yang untung RM100. RM8,334 sama dengan 84 jualan (andaian 1 produk = untung RM100).
Kalau anda mampu dapat buat 84 jualan, anda boleh jual sendiri. Kalau tak mampu, upah orang lain untuk menjalankan promosi sama ada bayar bulan-bulan, atau berdasarkan komisen atau gabungan. Kalau anda perlu bantuan orang lain, beri komisen 50%. Jadi, kalau jual sendiri, untung RM100, sekarang RM50.
Disebabkan untung sudah berkurangan, anda perlu tambah jualan menjadi 167 unit, supaya anda dapat keuntungan RM8,334 sebulan. Susah ke nak dapat jualan banyak itu? Mungkin ya, mungkin tidak.
Anda boleh jual sekali, atau cari 10 orang tolong jualkan untuk anda, jadi seorang perlu jual hanya 17 unit sahaja sebulan. Kerja anda, pengurus bagi mereka.

2. RM50,000 dalam masa setahun.Β Katakan anda nak menjana pendapatan RM50,000 dalam masa setahun. Anda perlu mendapatkan RM4,166 sebulan atau RM138 sehari.
Bagaimana anda nak capai RM50,000? Jual produk yang bernilai RM30. Jual 5 produk dalam masa sehari. RM30 x 5 jualan anda dapat RM150. Sehari dapat RM150.
Sehari RM150, sebulan RM4,500, setahun RM54,750. Hanya ikut balik formula yang pertama. Mudah sahaja. Hanya mula jual produk dengan keuntungan RM30.
Jika tak capai RM50,000?
Jika anda dapat capai 50% dan boleh buat RM27,375 sahaja pun sudah cukup bagus. Ini lebih baik daripada anda tak buatΒ apa-apa langsung!
Untuk pengetahuan anda, saya sudah mencuba teknik di atas, baik yang pertama atau yang kedua. Dan saya mendapat jumlah yang lebih rendah, iaitu RM10,000 sahaja!
Cara saya mudah sahaja. Saya jual produk kepada prospek terkumpul seramai 2,000 orang. Walau bagaimana pun, hanya 250 sahaja yang membeli produk saya yang bernilai RM50. Jumlah keuntungan yang saya terima ialah RM10,000 setelah ditolak harga kos.
Cubalah, insyaallah anda akan berjaya!
Strategi mengumpul duit sebelum berkahwin tu sangat bagus tapi perkahwinan tu lebih baik sederhana namun meriah.
Tumpukan kegunaan duit selepas berkahwin. Nanti kalau dah ada anak, lagilah nak guna duit.
myliferia recently posted…Cara Ubati Sakit Senggugut Macam Nak Patah Pinggang Dengan Cepat
Benar, anjurkan sahaja perkahwinan dengan cara yang sederhana.
Benar, lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit π
Menarik tu tuan Ikhwan.. Saya baru berjinak-jinak ni. Mintak tunjuk ajar..:-)
Sani Sini Sana recently posted…29 Tips Pemasaran Facebook
Ya, saya pernah capai RM10,000 sahaja π
Mari kita buat sama-sama π
Terima kasih kongsikan..nak kena usaha dengan lebih keras lagi..teknik dan strategi juga penting..kan?
Hafizul recently posted…3 Destinasi Impian Aku Dan Keluarga
Pilih janda anak dua atau tiga, dah jimat banyak masa π
Terima kasih bro kerana berkongsi artikel yang menarik ni,kebetulan memang mencari resolusi dan ikhtiar untuk kumpul duit hantaran .
Semoga berjaya, saya pernah kumpul setakat RM10,000 sahaja, saya yakin bro boleh buat banyak lagi π
gua kumpul duit gaji aje.
hehe..
titan recently posted…Nes VGS Energy Drink BAGUS untuk ibu mengandung
Kumpul gaji kerja, gaji blog dengan gaji-gaji lain π
kalau mahu seribu cara kan? hehe
Kak Kep recently posted…Jelajah Eropah dengan Kak Kep : Main Salji di Mont Blanc, Chamonix
Syukur alhamdulillah, dah boleh fokus untuk simpanan anak-anak.
Ya, kena menderita seketika untuk pastikan impian tercapai.
Kadang-kadang duit dah cukup, tapi kena guna sikit untuk belanja lain.
Ada terbaca juga.
Ramai sangat wanita lulusan tinggi so letak demand tinggi.
Padahal kos untuk kawen boleh simpan untuk slepas kawen.
Nak masuk rumah baru la nak beli kelengkapan rumah lagi.
AZENI AHMAD recently posted…Rambut Beruban Pada Usia Muda: Trend ataupun Bermasalah?
Betul, ada sebahagian keluarga yang dah tetapkan hantaran sebelum bertunang lagi, sebab bagi mereka anak mereka ada kelulusan doktor, jurutera dan sebagainya.
Benar, kalau dapat RM50,000 pakai sikit je, lebihnya boleh buat belanja perkara lain.
PAdahal Nabi mengatakan wanita paling mulia adalah wanita yang paling murah hantarannya
islam di dadaku recently posted…Menjaga Modal
Ya, biar dapat lebih, lepas tu boleh simpan atau beli rumah π
Tidak merancang dan mula mengumpul duit dari sekarang bagaimana nak capai.
akubiomed recently posted…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
Betul, nak kahwin tak boleh main redah je.
Nak kena cari produk yang betul-batul boleh mendatangkan hasil yang lumayan.
SuperNifz recently posted…Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif
Memang sukar untuk capai target, dapat sikit pun jadilah π
Memang mahal sesangat hantaran sekarang sampai menyusahkan diri dan keluarga..tapi kalau nak juga kawen dengan hantaran yg mahal of course kena bekerja lebih la untuk dapatkan duit tu kan!
Noriza Rahman recently posted…Lutein dan Zeaxanthin adalah Zat Makanan untuk Mata
Ya, usaha mesti lebih sebab kebanyakan kos termasuk belanja kahwin pun dah naik.