Langsai hutang rumah dapat RM1 juta
Menurut Khairul Ezuwan, ramai di kalangan pembeli rumah di Malaysia memilih tempoh pembiayaan selama 35 tahun. Majoritinya memilih untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP supaya prinsipal pembayaran dikurangkan dan bayaran hutang rumah langsai dengan cepat. Teknik ini tidak dilakukan oleh mereka yang berbangsa Cina kerana ada cara lain yang lebih untung. Mahukah anda saya ceritakan bagaimana anda boleh langsai hutang rumah dapat RM1 juta?

Wajib ada rumah untuk disewakan
Sebagai contoh, sepasang suami dan isteri memiliki rumah dengan pembiayaan RM125,000 dalam masa 35 tahun. Bayaran bulanannya ialah RM600. Rumah tersebut disewakan dengan nilai RM600. Akaun 2 KWSP mereka boleh memberikan RM300 setiap seorang untuk sebulan. Dua orang sudah RM600. Anda boleh gunakan wang ini sebagai kemudahan untuk membayar ansuran rumah dengan konsisten.
Manipulasi ASB ke dalam unit amanah
Selain itu, suami dan isteri boleh gunakan pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) contohnya RM50,000 setiap seorang. Jumlah RM100,000 perlukan bayaran bulanan RM600. Ambil dari sewa rumah RM600 tersebut untuk bayar ansuran ASB. Dividen ASB yang diterima iaitu 8% x RM100,000 boleh dimasukkan ke dalam pelaburan unit amanah seperti CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund.
Bayar pinjaman ASB seperti biasa sehingga tamat tempoh pinjaman 25 tahun. Setiap kali dapat dividen, masukkan ke dalam unit amanah. Purata pulangan unit amanah ialah 12% setahun. Selepas 25 tahun, pinjaman ASB berjaya dilangsaikan dengan memperolehi sijil RM100,000. Wang yang dilaburkan ke dalam unit amanah tadi berjaya menghasilkan pulangan sebanyak RM1,133,000 dalam masa 25 tahun.
Hutang langsai jadi jutawan
Kiraan tersebut dirujuk pada RM8,000/12 = RM666 selama 300 bulan dengan kadar keuntungan 12% setahun. Jumlah tunai yang bakal diperolehi ialah sebanyak RM1,233,000. Baki hutang rumah yang tinggal pula hanya lebih kurang RM58,000. Adakah anda masih nak gunakan Akaun 2 KWSP untuk kurangkan prinsipal bagi melangsaikan pinjaman rumah anda?
Dividen KWSP jauh lebih tinggi dan terkumpul daripada keuntungan rumah yang anda mahu kurangkan bakinya. Adakah anda mahu langsaikan pinjaman rumah dengan cepat atau mahu dapat RM1 juta? Sila belajar uruskan kewangan anda sekarang juga.
bab ni kena konsisten la.
bukan senang tu.
titan recently posted…How to become STRONG likes Saitama Sensei?
Betul, pening nak urus kewangan ni 🙂
Nak juga langsaikan hutang rumah dengan cepat…
Noriza Rahman recently posted…Mengapa Vitamin C Sesuai Untuk Melawan Jangkitan Resdung?
eloklah boleh langsai hutang rumah cepat2 kan
Raihanah Ahmad recently posted…Ibu Banyak Berleter Bantu Kejayaan Anak
Terima kasih tuan…sangat membuka minda saya
Introducer maybank recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
perkiraan mesti tepat dan segala kemungkinan dalam masa 25 mesti diatasi sebijak yang mungkin ..
misalnya pekerja yang tiada pendapatan tetap agak sukar melakukannya ..
namun dalam hidup ini tidak perlu untuk bersikap pesimis
mrhanafi recently posted…Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
hutang kereta boleh setel lepas 9 tahun..tapi hutang rumah membawak sampai 35 tahun. ngeri pulak rasanya 😀
Amir Mazlan recently posted…Jual barang online tanpa perlu susah-susah mengadap WhatsApp berjam-jam
Saya tengok angka2 di atas pun mata dah juling haha..memang kalau nak melabur ke apa, kena belajar dari yang pakar.
Hamidah Ahmad recently posted…Tips Hilangkan Senggugut Dengan Cepat
Yang paling menakutkan ialah kalau sampai pencen masih berhutang, apa lagi kalau tak sempat bayar hutang.
Wan recently posted…7 langkah untuk melangsaikan hutang mengikut kaedah Dave Ramsey: Baby Step 1.