Hartanah

Melawat Rumah Yang Nak Dibeli

Melawat rumah yang nak dibeli

Situasi membuat pilihan merupakan satu aktiviti yang sukar. Ia juga termasuklah dalam situasi bakal pembeli yang sedang tercari-cari rumah yang sesuai. Dalam artikel ini, akan didedahkan tip-tip apabila kita mahu melakukan aktiviti site visit rumah terutama rumah subsale dan lelong. Site visit bukan sahaja tertumpu kepada bentuk rumah semata-mata, tetapi ia mestilah merangkumi aspek luar dan dalam termasuklah semakan yang melibatkan dokumen penting.

 

melawat-rumah-yang-nak-dibeli
Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, lihat dulu rumah yang bakal dibeli.

 

1. Bawa pakar. Jika anda seorang perempuan, bawalah bersama seorang rakan lelaki ataupun seseorang yang mengetahui tentang selok belok dalam melakukan site visiting. Mengapa tidak boleh seorang? Ini kerana kita memerlukan seseorang yang boleh berkomunikasi baik dengan penjual. Untung badan. harga boleh dikurangkan lagi.

2. Pemeriksaan utiliti. Jika kita tidak mempunyai pengetahuan dalam aspek utiliti dalaman rumah, boleh meminta bantuan rakan bagi tujuan pemeriksaan. Pastikan air paip di semua tempat mempunyai saluran yang baik termasuklah paip di bahagian luar rumah. Jika air tidak keluar, jangan melatah. Tetapi segera melihat di saluran paip utama adakah paip dikunci ataupun tidak.

Buka semua suis di dalam rumah. Pastikan ia berfungsi dengan baik. Tidak lupa juga lakukan pemeriksaan terhadap soket. Bagi memudahkan kita memastikan ia berfungsi, boleh menggunakan peralatan elektrik bagi tujuan tersebut. Untuk lebih mudah, kita boleh menggunakan charger telefon memastikan sama ada soket berkenaan boleh digunakan. Lakukan pemeriksaan di tandas. Lakukan flush, dan lihat adakah ia berfungsi. Sila pastikan tandas, sistem saliran longkang, sinki tidak mengalami masalah tersumbat. Jika terlepas pandang, kita terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi mengatasi masalah ini.

3. Fi penyelenggaraan. Jika kita mahu membeli apartment ataupun teres, sila pastikan dengan pihak penjual segala kos penyelenggaraan termasuklah JMB, Indah Water tidak mempunyai sebarang tunggakan. Bagi mendapatkan kesahihan, sila buat semakan di pejabat JMB dan pihak yang berkenaan. JMB kebiasaannya lebih tertumpu kepada rumah apartment. Jika kita memilih rumah teres, kos penyelenggaraan lebih tertumpu kepada bayaran sekuriti dan penyelenggaran kumbahan sahaja. Elakkan rumah mempunyai tunggakan yang besar. Kebiasaannya tunggakan kos penyelenggaraan mencecah sehingga ribuan ringgit.

4. Masa itu emas. Sebelum melakukan site visit bersama ejen ataupun pemilik rumah, pastikan anda sudah melakukan semakan kos penyelenggaran seperti yang disebutkan di atas. Ini penting supaya anda cepat untuk membuat sebarang keputusan. Biarpun anda melakukan site visit, dan lambat melakukan sebarang keputusan, ejen atau pemilik rumah berhak untuk menawarkan kepada orang lain. Itulah yang dimaksud masa itu emas. Sila pastikan segala aspek yang berkaitan tentang rumah telah diteliti dengan baik. Lakukan keputusan dengan baik dan bijak tanpa dipengaruhi oleh ejen mahupun pemilik. Buat rujukan menerusi panduan pengurusan wang untuk memiliki hartanah jika anda kurang pasti.

10 thoughts on “Melawat Rumah Yang Nak Dibeli”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.