Menambah berat badan lebih sukar daripada menurunkannya
Penulis asal : Denny Santoso
Ada beberapa respon yang setuju, dan ada beberapa orang lainnya mengatakan sebaliknya. Bahkan mengatakan status saya hanyalah sebuah teori belaka. Hal tersebut menggeletek saya untuk menuliskan artikel ini.
Sebelum kita berdebat mana yang lebih mudah atau lebih sukar, sebaiknya kita mengenali dahulu bentuk badan manusia. Ada 3 jenis tubuh manusia, iaitu :
1. Ectomorph, ini dikenali dengan tubuhnya yang kurus, susah sekali menaikkan berat badannya walaupun sudah makan banyak.
2. Mesomorph, jenis ini dengan badan yang cukup bidang, besar dan gagah.
3. Endomorph, jenis ini gendut, buncit, memiliki banyak lemak di tubuhnya.

Tubuh jenis Ectomorph, yang terkenal dengan bentuknya yang kurus kering, bahkan susah sekali menaikkan berat badannya. Sudah mencuba makan lebih banyak, berat juga tidak kunjung naik. Memang jenis tubuh ini sukar menyimpan lemak di tubuhnya. Metabolismenya yang tinggi sepertinya membakar berapa pun kalori yang dikonsumsinya.
Senaman angkat berat adalah pilihan
Jenis tubuh seperti ini, hanya boleh menaikkan berat badannya dengan cara menambah massa ototnya. Berbicara urusan menambah massa otot, sukan yang khusus diperlukan, iaitu angkat berat.
Jenis sukan seperti berlari, aerobik, bola keranjang, badminton, berenang, berbasikal dan lain-lain hanya akan membantu tubuh jenis Ectomorph ini untuk membakar kalori lebih banyak. Hal itu justeru akan membuatnya semakin kurus.
Berlatih beban pun tidak boleh main-main. Jenis tubuh Ectomorph ini harus berlatih dengan beban yang cukup berat. Bahkan ketika berlatih dengan beban yang sama selama beberapa waktu pun, berat badannya sudah tersekat dan tidak mahu naik lagi.
Waktu tidur yang cukup
Kemudian jumlah waktu untuk tidur, supaya ototnya mahu berkembang pun juga harus dicukupkan. Target kenaikan idealnya adalah 1 hingga 2 kilogram selama sebulan. Tubuh Ectomorph harus menstimulasi otot lebih maksima.
Ectomorph harus makan lebih banyak, dan harus tetap seperti itu. Kekurangan makanan sedikit saja, tubuh Ectomorph akan kembali turun berat badannya. Berhenti angkat beban juga langsung menurunkan lagi berat badannya.
Tubuh kita secara fungsi dasar, akan menggunakan karbohidrat dan lemak untuk tenaga. Tetapi tubuh kita tidak secara umum akan memperbesarkan ototnya secara automatik.
oo macam tu pula ye.. saya ni susah nak turun. naik senang je.. makan tido..
zool recently posted…Pencapaian April dan Sasaran Mei 2015
Tengok jenis badan, badan macam saya memang susah nak naik 🙂
saya macam tuan admin..badan susah naik..mungkin bila ada kelapangan nak main gim pulak..jadi abang sado..
mrhanafi recently posted…Media Sosial Lubuk Mencari Kawan
Nampaknya kita senasib hehehe, bila dah main gym barulah badan saya naik 3kg.
mungkin sebab itu kita boleh bekerjasama suatu hari nanti..
mrhanafi recently posted…Peluang Best Buat Side Income
Insyaallah boleh kita usahakan.
Huhu..nampak gayanya nak kena cuba amalkan juga latihan macam ni..besar ke perut memang hilang macho..haha
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 39 Dari Jobdirumah
Sampai masanya, berat badan yang kekal akan mulai memberat juga.
huhu…betul jugak, sebab nak naikkan berat more to build muscle, kalo nak hilangkan berat more to lose fat, otot dan lemak due bende yang sangat berbeza dan yang pasti nak bina otot lebih sukar dari bina lemak hihi…
huda recently posted…Contest ‘Kurus Cara Sihat Dengan Shaklee’
Betul, latihan untuk dapatkan berat badan yang ideal.
Kalau dah kurus memang senang nak maintain. Masalah saya perut dah boroi ni nak kasi kurus.. Cara malas guna losyen kurus . Bolehka?
SaniYunus recently posted…Alza Takkan Menjadi Myvi!
Guna losyen boleh susut cuma masa untuk susut tu lebih panjang heheh.
Alahai.
Terasa susah derita nye nak naik kan berat badan kan.
Takpe selagi sihat semuanya akan ok.
sangat setuju.memang susah betul nak naikkan berat badan.tapi asalkan sihat ok la
suhailey recently posted…TEMPAT MAKAN LUNCH BEST DI KUANTAN | SEDAP SANGAT WAJIB PERGI
Janji sihat bersih dari penyakit.