Mengapa gadis bertudung tiada akhlak
Menurut Ustaz Mohammad Asraff Ayob anak-anak hari ini iaitu generasi sekarang memang bijak dan pandai belaka. Mereka semua ada IQ. Bukan semua yang bermasalah, tetapi mengapa gadis bertudung tiada akhlak banyak tersiar di media massa? Kisah teruna yang masih bersekolah terlibat dengan lumba haram sebagai mat rempit?
Gadis bertudung pergi ke konsert
Dahulu hanya gadis yang freehair sahaja pergi ke konsert, namun hari ini gadis yang bertudung ke konsert siap berpeluk dengan artis lagi. Dahulu pelajar yang bijak biasanya baik, tetapi hari ini di luar sahaja nampak baik kerana di dalamnya sudah ada hantu.
Terbaru ada seorang pelajar cemerlang Malaysia beragama Islam dipenjarakan di United Kingdom kerana menyimpan dan mengedarkan gambar dan video lucah. Lebih buruk lagi kerana ianya melibatkan penderaan seksual kanak-kanak. Menurut pihak berkuasa yang menahan beliau, ia adalah kes paling teruk yang pernah ditemui dalam kategori ini.
Inilah namanya generasi yang hanya tahu agama tetapi di hati Tuhan tiada. IQ ada tetapi tandus EQ dan kosong SQ.

Mengapa boleh jadi begini?
Hari ini kebanyakan bidang akademik mensasarkan lebih banyak tumpuan pada keputusan cemerlang. Namun tumpuan pada akhlak amatlah kurang. Pelajaran agama Islam hanyalah di atas kertas sahaja, bukan diterapkan dalam hati. Tidak hairanlah jika generasi hari ini kebanyakannya tidak berakhlak.
Bergantung harap pada pihak sekolah untuk mendidik agama dan akhlak anak-anak adalah keputusan yang tidak tepat. Ibu bapa harus mengambil tanggung jawab ini sepenuhnya. Bukannya pihak sekolah. Bukan mudah seorang guru untuk mendidik 30 orang pelajar dalam sesuatu masa. Ibu bapa juga harus menjadi guru kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu bertindak sebagai ustaz dan ustazah untuk mendidik anak-anak tentang agama. Al-Quran itu bukannya turun untuk guru sahaja, bahkan bukan sahaja turun kepada ustaz dan ustazah, bukan sahaja alim ulama. Tetapi turun kepada semua manusia, sekalipun bukan yang beragama Islam.
Hari ini, anak tidak boleh terlalu diberi kepercayaan. Telefon bimbit dan komputer mereka harus diteliti. Lihat apa yang mereka tonton setiap hari. Anda akan terperanjat apabila terjumpa sesuatu nanti. Jika anda jumpa sesuatu yang buruk, hentikan semua penggunaan gajet elektronik yang mereka gunakan. Anak anda takkan mati tanpanya.
Jika anda boleh hidup cemerlang tanpa gajet seperti hari ini, pastinya anak anda boleh. Kecanggihan teknologi bukanlah alat yang wajib untuk cemerlang. Elakkan daripada potensi luar biasa yang dimiliki anak-anak anda rosak kerana dalaman diri mereka dirosakkan oleh virus. Virus tiada Tuhan dalam hati.
Yang ada hanyalah virus cintakan hedonisme dan materialistik.
Dah lama tak mai singgah.. Itu hari saya datang takboleh masukkpun..Semuanya kena mula dari kecil lagi. dengan didikan agama yang betul insyallah ia mampu membentuk mereka menjadi insan yang kamil..
SaniYunus recently posted…Rahsia Buat Duit Dengan Website Online Game!
mereka fikir bertudung sebagai pakaian wajib..tetapi akhlak tak fikir sangat
mrhanafi recently posted…Peluang Best Buat Side Income
Ya, sebahagian dari mereka akhlak entah ke mana meskipun bertudung.
sama juga dengan lelaki..
ada yang solat tetapi masih melakukan perkara yang kurang elok..
paling mudah..solat hari jumaat sahaja..
mrhanafi recently posted…Belajar Buat Blog Demi Minat
Emm bimbang dengan perkembangan anak-anak sekarang..kita ibu bapa kena lebih prihatin dan harus tabah mendidik..
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 39 Dari Jobdirumah
Segalanya bermula dengan ibu bapa juga. Besar tanggungjawab ibu seperti saya untuk mendidik anak-anak saya akan kewajipan bertudung, kerana apa dan demi siapa.
faezahjalil recently posted…Cegah kolestrol dari menyerap ke dalam badan dengan Phytocol-ST
Ya, ibu dan bapa yang ada anak harus memikul tanggung jawab ini. Namun begitu, si anak juga harus berdikari.
Memang susah menjadi seorang wanita kerana banyak yang perlu dijaga walaupun syurga itu sebenarnya sangat mudah untuk mereka.
rahimah recently posted…Sesat Semasa Bercuti Di Paris ? Tak Semua Orang Perancis Sombong !
Benar, banyak cabaran untuk kaum wanita.
Baju dia dah habis hantar dobi, apa lagi rembat baju adik saiz S punya hahaha.
tudung tak boleh dijadikan bagian dalam kesalahan mereka, ini kembali kepada personality masing-masing
islam di dadaku recently posted…10 Tips Ramping Tanpa Diet
gadget kill our new generations, tapi kalo piki2 balik salah empunya diri yang beri gadget tu..
huda recently posted…Contest ‘Kurus Cara Sihat Dengan Shaklee’
Sama-sama, peringatan untuk saya juga 🙂
Takut nak komen lebih, semoga kita sentiasa berada di bawah jagaan dan lindungan Nya
Khairul Zamri recently posted…Mee Udang Pakar Paroi Seremban
jika difikirkan balik..jika kewajipan menutup aurat pun tak mahu ikut…kalau benda besar lain..mahu ikut ke ? tutup aurat boleh dianggap benchmark sebenarnya
Belang Tarung recently posted…Selamat Tinggal Life-Size Statue Gundam RG RX-78-2 Ver. GFT Odaiba Tokyo dan Gundam Front Di Jepun