Bisnes

Mengapa Wajib Ada Pendapatan Pasif

Mengapa wajib ada pendapatan pasif

Sebut sahaja pendapatan pasif, ia mempunyai banyak persepsi. Ia boleh membantu anda untuk menambahkan pendapatan sampingan malah boleh menggantikan pendapatan aktif anda. Ia bukan sekadar alat untuk mengkayakan anda malah meneruskan hidup anda. Mengapa wajib ada pendapatan pasif?

Hari ini anda sihat dan muda. Kerja pun hebat dengan ada gaji yang tinggi. Boleh bayar ansuran rumah dan kereta tanpa sebarang masalah. Bagi belanja pada keluarga, hulur pada ibu dan ayah di kampung.

 

mengapa-wajib-ada-pendapatan-pasif
Pendapatan hari ini belum tentu boleh menampung belanja di masa akan datang.

 

Musibah datang tiba-tiba

Bagaimana kalau anda ditimpa malapetaka secara mengejut? Sakit atau kemalangan datang menimpa sehingga anda tak mampu kerja lagi. Adakah anda mahu hidup dengan ihsan orang ramai? Atau anda mempunyai sumber pendapatan lain?

Jika anda sudah mencapai usia warga emas, adakah anak-anak anda mampu menjaga anda? Barang kali mereka juga merasai keperitan untuk mencari rezeki. Bagaimana mereka mahu menjaga anda jika mereka sendiri dikelilingi masalah?

Oleh itu, anda perlu keluar dari pusingan kerja makan gaji secara perlahan-lahan. Bukan bermaksud keluar terus, tapi keluar seketika untuk belajar mencipta pendapatan pasif supaya anda tidak berharap pada orang lain bila ditimpa masalah.

Belajar untuk menjana RM500 hingga ke RM5,000 sebulan dari pendapatan pasif. Ada boleh bermula dengan belajar menerusi siri panduan bisnes di Shopee secara sambilan.

 

Kenapa pendapatan pasif itu bagus?

Menurut Abe Nazz Zain, bagusnya pendapatan pasif ini adalah di antara sumber gaji yang terbaik. Walau pun anda bekerja, pasti ada impian untuk berehat, bersantai, bercuti dan sebagainya.

Ada jenis manusia yang tak gemar bercakap atau mengikut arahan dan ada yang jiwanya suka memberontak. Bagi wanita yang bekerja, ada di kalangan mereka yang mahu berhenti kerja dan jaga anak di rumah, biar suami sahaja yang bekerja.

Banyak cara untuk buat pendapatan pasif, di antaranya ialah homestay, sublet dan bisnes di internet. Sambil duduk rumah tengok drama, pendapatan pasif tetap masuk. Di bawah ini adalah contoh pendapatan pasif :

1. Dividen Amanah Saham Bumiputera
2. Dividen Tabung Haji
3. Dividen Amanah Saham Wawasan

4. Dividen dari koperasi contohnya Koperasi Felda, Koperasi Tabung Angkatan Tentera, Bank Rakyat, Kowamas, dan sebagainya
5. Keuntungan distribution dan appreciation Unit Trust
6. Deposit tetap

7. Dividen dari saham-saham syarikat mantap
8. Royalti buku/ebook
9. Royalti rakaman lagu dan filem

10. Bayaran rumah sewa
11. Keuntungan dari pelaburan perniagaan orang lain (ramai orang yang terjebak skim cepat kaya)
12. Kalau MLM, pendapatan dari downline

13. Kalau anda ejen takaful, komisen sehingga 5 tahun atas caruman pelanggan dan komisyen dari anak-anak buah
14. Unit Amanah contohnya Public Mutual, ada gaji dari Career Benefit dan komisyen dari downline
15. Pendapatan dari bisnes kita yang sudah auto pilot. Kita tak ambik bahagian pun staff yang buat kerja untuk beri kita pendapatan

16. Kalau anda sudah tua, duit bantuan bulanan dari anak-anak anda
17. Duit pencen pekerja kerajaan. Kalau yang tahap JUSA tertinggi tu, pencen dapat 60% dari gaji asas

3 thoughts on “Mengapa Wajib Ada Pendapatan Pasif”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.