Menyesal tak pakai pemasaran emel
Bagus ke guna pemasaran emel? Sekarang sudah ada AutoChat, AutoPM, AutoKomen dan AutoHarvest. Pemasaran emel ini popular sejak dahulu, cuma ramai orang belum sedar sebab nak tunggu menyesal tak pakai pemasaran emel sebab ramai usahawan memilih untuk guna Fanpage, WhatApps, SMS dan sebagainya.
Kalau jenis nak jimat, mereka guna Zero Cost Marketing. Add Friends lepas itu minta Like Fanpage, Add masuk dalam Group, Tagging sana sini dan hantar mesej secara mengkhinzir buta. Nak jimat katanya, walhal banyak masa yang dihabiskan depan Facebook untuk PM secara rawak.
Jika database pelanggan sudah mencecah 500 orang, susah nak buat follow-up. Anda kena cari tenaga kerja tambahan untuk menghantar dan menghubungi semua nombor telefon prospek. Lihat saja syarikat Lazada dan Zalora. Mereka masih gunakan emel untuk menghubungi pelanggan. Anda wajib guna pemasaran emel, seperti di bawah :ii

Kurangkan kos dan tingkatkan untung
Sebagai contoh, anda menjalankan bisnes tudung. Dengan FB Ads, jualan mencapai 5 angka setiap bulan. Setiap bulan anda keluarkan tudung baru. Ini kiraan untuk pengeluaran tudung anda di bulan pertama :
- Harga tudung = RM150
- Kos bahan = RM30
- Kos FB Ads = RM10 per tudung
Jika 1,000 helai tudung terjual, maka
- Jumlah jualan RM150 x 1,000 helai = RM150,000
- Kos bahan RM30 x 1,000 helai = RM30,000
- Kos FB Ads RM10 x 1,000 helai = RM10,000
- Untung bersih (jika tiada kos lain) RM150,000 – RM30,000 – RM10,000 = RM110,000
- Jumlah pembeli = 1,000 orang
Bulan kedua, ada tudung baru lagi. Kiraannya sama seperti bulan lepas. Sehinggalah pada akhir tahun, jualan anda adalah seperti kiraan di bawah :
- Jumlah jualan RM150,000 x 12 bulan = RM1.8 juta
- Kos bahan RM30,000 x 12 bulan = RM360,000
- Kos FB Ads RM10,000 x 12 bulan = RM120,000
- Jumlah pelanggan 1,000 orang x 12 bulan = 12,000 orang
Itu hasil untuk kempen FB Ads sahaja tanpa pemasaran tambahan.
Pemasaran emel untuk follow up
Kali ini masukkan pemasaran emel di samping FB Ads. Guna senarai emel pembeli sahaja tanpa kumpul senarai prospek. Untuk permulaan, bulan pertama anda tiada senarai pembeli. Jadi keuntungan bisnes tudung anda sama seperti kiraan di atas.
Bulan kedua, FB Ads berjalan seperti biasa dengan promosi pemasaran emel pada 1,000 pelanggan yang pernah membeli tudung dahulu. Ini kiraan jualan dengan FB Ads :
- Jumlah jualan RM150 x 1,000 helai = RM150,000
- Kos bahan RM30 x 1,000 helai = RM30,000
- Kos FB Ads RM10 x 1,000 helai = RM10,000
- Untung bersih (jika tiada kos lain) RM150,000 – RM30,000 – RM10,000 = RM110,000
- Jumlah pembeli = 1,000 orang
Dengan pemasaran emel, ada 10% pembeli terdahulu membeli tudung baru yang anda keluarkan. Contoh pembeli ialah 100 orang. Kiraannya adalah seperti di bawah :
- Jumlah jualan RM150 x 100 helai = RM15,000
- Kos bahan RM30 x 100 helai = RM3,000
- Kos pemasaran emel (autoresponder) = RM80
- Untung bersih (jika tiada kos lain) = RM15,000 – RM3,000 – RM80 = RM11,920
Untung tambahan RM11,920 boleh guna untuk bayar gaji beberapa orang staf. Pendapatan untuk jualan tudung pada bulan kedua bertambah dengan pemasaran emel.
- FB Ads = RM110,000
- FB Ads + pemasaran emel = RM121,920
Ulang FB Ads dan pemasaran emel untuk bulan-bulan seterusnya. Jumlah pelanggan akan meningkat selari dengan jualan. Lihat kiraan jualan untuk bulan 12 dengan FB Ads :
- Jumlah jualan RM150 x 1,000 helai = RM150,000
- Kos bahan RM30 x 1,000 helai = RM30,000
- Kos FB Ads RM10 x 1,000 helai = RM10,000
- Untung bersih (jika tiada kos lain) RM150,000 – RM30,000 – RM10,000 = RM110,000
- Jumlah pembeli = 1,000 orang
Kemudian lihat jualan dari pemasaran emel. Katakan 10% daripada pelanggan telah membeli :
- Jumlah jualan = 10% x (1,000 helai x 11 bulan) = 1,100 orang
- Jumlah jualan pemasaran emel = RM150 x 1,100 = RM165,000
- Kos bahan = RM30 x 1,100 = RM33,000
- Kos pemasaran emel (autoresponder) = RM960
- Untung bersih (jika tiada kos lain) = RM165,000 – RM35,000 – RM960 = RM131,392.50
Akibat guna pemasaran emel, keuntungan jualan sudah mengatasi jualan dari FB Ads. Jika guna FB Ads sahaja, anda boleh dapat untung RM110,000 x 12 bulan = RM1.32 juta sahaja.
Jika guna FB Ads dan pemasaran emel, anda boleh dapat angka di bawah :
- Januari = RM110,000 (tiada pemasaran emel)
- Februari = RM110,000 + RM11,920 = RM12,1920
- Mac = RM110,000 + RM23,869.50 = RM133,869.50
- April = RM110,000 + RM35,797.50 = RM145,797.50
- Mei = RM110,000 + RM47,797.50 = RM157,797.50
- Jun = RM110,000 + RM59,797.50 = RM169,797.50
- Julai = RM110,000 + RM71,685 = RM181,685
- Ogos = RM110,000 + RM83,685 = RM193,685
- September = RM110,000 + RM95,685 = RM205,685
- Oktober = RM110,000 + RM107,685 = RM217,685
- November = RM110,000 + RM119,392.50 = RM229,392.50
- Disember = RM110,000 + RM131,392.50 = RM241,392.50
Jumlah keseluruhan = RM2,108,707
Anda akan untung lebih RM788,707 dengan pemasaran emel. Jika anda nak keuntungan sebegini, terus belajar teknik pemasaran emel sekarang.
tak sangka pemasaran email ni boleh mndatangkan hasil
nikkhazami recently posted…Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen
Saya ada akaun getresponse. Tapi belum guna dengan sepenuhnya dan sebetul. Kena mahirkan diri dengan pemasaran emel ini. Kalau tidak rugi bayar bulan-bulan.
owh memang perlu belajar untuk pemasaran emel ni.
Alhamdulillah, selama nie buat website untuk diri sendiri & klien. Tak terpikir pasal nie.
Bila dah masuk kelas Firdaus Azizi, baru tau email marketing nie power. Boleh retarget balik guna pixel tracking dari fb ads.
Sy pun dah setup, autoreply, newsletter untuk website sy http://www.dgitalpainting.com
Orang kata, email subscriber adalah database milik kita. Sebab kita kumpul dan simpan sendiri.
Berbeza dengan follower dan likers, yang dimiliki tapi bukan hak kita sepenuhnya.
Bagusnya emel marketing, kita boleh beri info percuma dan pada masa sama boleh promote produk. Kiranya menjual cara softselling sebagai seorang kawan kepada kawan yang lain.
Zaini recently posted…13 Cadangan Susu Formula Terbaik Untuk Bayi