Mesin duit untuk anak-anak
Bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, pasti ada akan sentiasa memikirkan pelan kewangan yang terbaik bagi mereka. Ada yang mencarum dalam takaful dan ada yang merancang pelan pendidikan di mana anak tersebut akan belajar. Saya pula memikirkan untuk mencipta mesin duit untuk anak anak yang boleh memberikan wang bila mereka perlukan di masa sekarang atau akan datang.

Hartanah sebagai mesin duit
Salah satu cara untuk menghadiahkan mesit duit untuk anak-anak ialah menerusi hartanah. Ia boleh menjadi tabung pendidikan untuk mereka. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah mengikut kemampuan anda. Rumah tersebut anda sewakan dan aliran tunai daripadanya disimpan. Sampai usia anak tersebut 18 tahun, barulah ianya digunakan untuk pendidikan anak.
Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk jual atau membiayai semula rumah tersebut. Hasil jualannya disalurkan kepada pendidikan anak. Jadi anak-anak anda yang belajar tidak akan terbeban dengan hutang pinjaman pendidikan. Selepas mereka bekerja 3 bulan, didik anak anda untuk membeli rumah mengikut kemampuan mereka.
Didik anak untuk beli hartanah
Galakkan anak-anak anda untuk memiliki sebuah rumah sebagai pelaburan. Jika dilihat senario harga hartanah sentiasa meningkat setiap tahun. Pada tahun 2012 harga sebuah apartmen boleh dimiliki dengan harga di bawah RM200,000. Hari ini belum tentu lagi. Harga kereta baru yang dibeli akan turun nilainya walau pun baru 24 jam diterima.
Jika anda bijak menguruskan kewangan, duit sewa tersebut boleh digunakan untuk bayaran bulanan kereta anda. Jika anda beli kereta awal-awal, maka duit ansuran bulanannya akan dipotong dari gaji anda. Oleh itu anda berusahalah untuk mencipta mesin duit untuk anak-anak. Rumah sewa yang dibina hanya perlu usaha keras sekali seumur hidup. Lepas itu anda hanya perlu kutip sewa sahaja.
Risiko rumah sewa
Kerosakan rumah yang disewakan adalah perkara biasa. Itu tidak termasuk penyewa yang liat nak membayar. Namun itu adalah perkara biasa dalam bisnes rumah sewa. Sekurang-kurangnya anda sudah ada rumah untuk dijadikan sumber pendapatan. Satu cara yang boleh digunakan ialah dengan memaksimakan kadar hutang (Debt Service Ratio) untuk membeli rumah.
Rumah yang dibeli semasa dalam pembinaan jauh lebih rendah dari rumah siap. Jika anda membeli rumah yang sedang dibina, harganya akan meningkat tinggi sebaik sahaja ia siap dibina. Pada masa itu anda boleh jual atau sewakannya. Sekurang-kurangnya anda memiliki aliran tunai yang positif.
Jika anda jual rumah tersebut, gunakan keuntungan yang anda dapat untuk membeli hartanah yang lebih mahal. Jika ianya disewakan, lampirkan bukti bayaran sewa kepada pihak bank untuk membuat pinjaman bagi hartanah yang seterusnya. Masa akan berlalu tanpa sedar, gaji anda akan meningkat tahun demi tahun dan mempunyai peluang untuk membeli hartanah yang lebih tinggi nilainya.
Selain dari rumah baru, anda ada pilihan untuk membeli hartanah lelong. Harga pasarannya lebih rendah dari rumah baru. Untuk mendapatkan tunai, anda boleh memohon untuk membuat pembiayaan semula dengan pihak bank. Dengan menggunakan duit tersebut, anda boleh menambah lagi set hartanah setiap tahun.
Usah terkejut dengan anak-anak yang memandu kereta mewah pada usia muda. Kereta mereka dibayar dari hasil rumah sewa mereka. RM2,500 boleh dikumpul tanpa menggunakan gaji sendiri. Itu adalah hasil daripada duit sewa dari rumah-rumah sewa yang dihadiahkan oleh bapa mereka dan rumah yang mereka tambah sendiri. Jika anda masih belum ada pengalaman untuk membeli rumah, jangan lupa dapatkan ebook panduan memiliki hartanah yang ditulis oleh mereka yang berpengalaman.
Tahniah, sudah hampir memiliki hartanah yang ke 4, anak pun hampir 4 orang 🙂
alhamdulillah saya cukup dah 1 rumah 1 anak.
bila kumpul hartanah kena pastikan pandai urus akaun
raihanah recently posted…Angkasawan NASA Pengguna Shaklee
Bagusnya mereka yang ada perancangan hartanah jangka panjang ni..memang bagus untuk pendidikan anak-anak juga
Noriza Rahman recently posted…Ulat Air yang Menyerang Celah-celah Jari Pulih Selepas Pengambilan Kolagen
saya dah beli rumah waktu awal perkahwinan lagi..
kahwin yang satu lagi akan ada rumah satu lagi…(anggapan sahaja)
anak-anak ramai..
Hero Borneo recently posted…Pengakuan Berani Pengguna Aplikasi Duit
Perancangan kewangan yang baik kena la rancang dari awal untuk menjamin masa depan. Pelaburan hartanah memang pelaburan yang baik. Ianya aset.
Bukannya nampak iphone9 dan samsung s9 keluar, sanggup berhutang untuk beli..
dedauncomel.com recently posted…Senarai 53 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan Dilawati
Sekarang ni kena bijak mengurus kewangan kalau nak tengok anak-anak berjaya dan berpendidikan. Suruh anak belajar pandai-pandai tapi kalau tak sediakan kewangan yang secukupnya da ibarat macam lepas tangan je sebab akan membebankan anak-anak nanti. Habis belajar je da nak kena fikir bayar hutang PTPTN plak.