Modal RM568 dapat RM144 ribu
Jika ada pelaburan yang memerlukan modal minima dan memberi pulangan yang maksima pasti akan menarik perhatian orang ramai untuk melabur. Jika pelaburan dimulakan dengan modal RM568 dapat RM144 ribu, pasti ramai orang akan tertarik. Namun sebelum melabur, kena fahami dahulu selok-belok pelaburan.
Perlu kerjasama pasangan
Jika anda mahu melabur dengan modal RM568 dapat RM144,000 sila baca dan hadamkan penerangan ini kerana ia perlukan persefahaman dan kerjasama suami dan isteri. Pelaburan ini melibatkan pinjaman ASB dan ASB 2 berjumlah RM800,000 dengan pelaburan permulaan RM568 sebulan. Selepas 10 tahun, anda akan mendapat pulangan RM144,000.
Contoh kiraan dalam artikel ini akan menggunakan caj bank sebanyak 5.2% dan ansuran selama 30 tahun. Kadar dividen ASB ialah 7.25% dan dividen ASB 2 ialah 7.05%.
Menurut Amir Syahir, seorang individu yang berpengalaman dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mencadangkan pelan kewangan untuk kelangsungan hidup untuk famili anda. Ia dimulakan dengan pinjaman ASB suami berjumlah RM100,000 dan bayar ansuran sepanjang tempoh pinjaman.
Lepas dapat dividen pada bulan Januari pada tahun berikutnya, gunakan ia untuk memohon pinjaman RM200,000 setiap seorang dari ASB dan RM200,000 dan jumlahnya anda akan dapat RM800,000 (RM400,000 suami dan RM400,000 isteri).
Pelan tindakan mohon pinjaman ASB dan ASB 2
Untuk tahun pertama, suami perlu membuat permohonan pembiayaan ASB berjumlah RM100,000 dengan ansuran RM568 selama 30 tahun. Dengan kadar keuntungan bank sebanyak 5.2% dan dividen 7.25% anda boleh dapat setahun RM7,250.
Masuk tahun ke 2, dividen RM7,250 yang anda dapat dengan kadar 7.25% digunakan untuk pembiayaan ASB RM100,000 sekali lagi atas nama suami. Dengan ansuran bulanan RM568, anda akan bayar setahun kepada bank sebanyak RM7,032. Baki masih ada RM213.
Bagi tahun ke 3, isteri pula mohon pinjaman ASB sebanyak RM100,000. Dividen dari suami adalah modal untuk pinjaman ini. Ansuran bulanan ialah RM568 selama 30 tahun dengan caj bank sebanyak 5.2%.
Tiba sahaja tahun ke 4, pinjaman ASB isteri bernilai RM100,000 sudah boleh menjana dividen lepas setahun.
Bila tiba tahun ke 5, gunakan dividen tersebut untuk memohon pinjaman ASB 2 bagi pihak suami. Anggaran komitmen bulanan ialah RM568.
Untuk tahun ke 6, mohon pinjaman ASB 2 untuk suami sekali lagi. Pinjaman ASB 2 suami sudah mencapai RM200,000. Bila dapat sahaja dividen untuk tahun berikutnya, gunakan wang tersebut untuk memohon pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 oleh isteri.
Bila tiba tahun ke 7, isteri mohon sekali lagi pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 dengan ansuran bulanan RM568. Guna wang dividen dari pinjaman ASB 2 suami.
Untuk tahun ke 8, pinjaman isteri sudah mencecah RM200,000. Jadi pasangan suami dan isteri sudah ada pinjaman ASB dan ASB 2 berjumlah RM800,000.
Kesimpulannya boleh dilihat dari rumusan yang berikut :
- Tahun 1 : Peruntukkan RM568 untuk ansuran pinjaman ASB RM100,000 suami, jelaskan ansuran setiap bulan dan setiap tahun.
- Tahun 2 : Dividen dari pinjaman ASB yang pertama digunakan untuk tambah pinjaman ASB suami bernilai RM100,000.
- Tahun 3 : Dividen dari pinjaman ASB yang kedua digunakan untuk modal pinjaman ASB RM100,000 isteri.
- Tahun 4 : Dividen dari pinjaman yang ketiga untuk digunakan untuk menambah pinjaman ASB RM100,000 isteri.
- Tahun 5 : Tambah pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 untuk suami
- Tahun 6 : Tambah pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 untuk suami
- Tahun 7 : Tambah pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 untuk isteri
- Tahun 8 : Tambah pinjaman ASB 2 berjumlah RM100,000 untuk isteri
Dalam masa 8 tahun, pinjaman ASB dan ASB 2 bagi pasangan suami isteri yang dimulakan dengan RM568 sudah mendatangkan RM800,000. Pastikan dapat dividen dahulu baru, buat pinjaman dan tambah pinjaman.
Katakanlah pada tahun ke 10 anda nak batalkan pinjaman sebab nak langsaikan hutang atau buat deposit pembelian rumah,di bawah adalah jumlah yang bakal anda terima :
Jumlah ASB suami
Dividen ASB RM200,000 : RM14,500
Prinsipal ASB RM100,000 : RM18,000 (120 bulan)
Prinsipal ASB RM100,000 : RM15,900 (108 bulan)
Jumlah ASB isteri
Dividen ASB RM200,000 : RM14,500
Prinsipal ASB RM100,000 : RM13,700 (96 bulan)
Prinsipal ASB RM100,000 : RM11,700 (84bulan)
Jumlah ASB 2 suami
Dividen ASB RM200,000 : RM14,100
Prinsipal ASB 2 RM100,000 : RM9,700 (72 bulan)
Prinsipal ASB 2 RM100,000 : RM7,900 (60 bulan)
Jumlah ASB 2 isteri
Dividen ASB RM200,000 : RM14,100
Prinsipal ASB 2 RM100,000 : RM6,100 (48 bulan)
Prinsipal ASB 2 RM100,000 : RM4,500 (36 bulan)
Jumlah keseluruhan yang bakal diperolehi ialah RM144,700.

Dengan jumlah sebanyak ini, anda boleh selesaikan hutang peribadi, hutang PTPTN dan hutang kereta boleh diselesaikan. Anda hanya perlu peruntukkan hampir RM600 sebulan untuk dapatkan semua ini. Walau bagaimana pun, anda ada pilihan sama ada mahu teruskan atau batalkan pinjaman ASB ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak strategi pelaburan ASB, sila ke laman himpunan strategi pelaburan ASB.