Mudah dan cepat jadi kaya di zaman informasi
Informasi adalah aset penting di pada waktu sekarang. Anda mudah dan cepat jadi kaya di zaman informasi berbanding dengan zaman dahulu kala. Di zaman nenek moyang, anda perlu memiliki tanah-tanah, kebun-kebun, ladang-ladang, kedai-kedai atau pun rumah-rumah sewa untuk menjadi kaya.
4 kategori zaman kekayaan
Menurut Robert Kiyosaki, ada 4 zaman ekonomi manusia di bumi. Bermula dengan zaman pemburu-pengumpul, mereka yang bijak memburu binatang dan mengumpul makanan akan terus hidup.
Di zaman pertanian, manusia hidup dengan bertani dan memiliki tanah. Mereka yang memiliki makanan dan binatang ternakan adalah orang kaya di zaman itu. Tanah yang subur adalah aset penting di zaman ini.
Pada zaman industri, kekayaan diperolehi menerusi bijih besi, timah, minyak dan kilang-kilang. Tanah yang tidak subur di zaman pertanian menjadi murah dan dibeli untuk didirikan kilang di atasanya.
Dan pada zaman informasi, teknologi yang wujud di zaman ini mampu mengkayakan seseorang tanpa mengira tempat anda berada. Kos untuk menjadi kaya juga dapat dikurangkan. Kekayaan dapat dibina dengan hanya menggunakan kos yang rendah atau dimulakan dari rumah sahaja.
Bisnes yang wujud di zaman informasi
Hari ini, ada banyak bisnes informasi yang tidak pernah wujud 20 tahun lepas tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, servis kereta sewa seperti Uber telah muncul dan berkembang ke banyak negara termasuk Malaysia.
Tanpa modal kereta, Uber berjaya mengambil alih servis teksi dengan pantas. Uber hanya mengambil caj servis 25% dari jumlah tambang untuk meneruskan operasi mereka.
Dengan usia seawal 20 tahun, seseorang yang memiliki informasi boleh menjadi kaya sekelip matas. Dengan wujudnya teknologi laman sosial Facebook, Instagram, laman video Youtube dan enjin carian Google, kekayaan dapat diraih dengan cepat. Walau bagaimana pun, hanya informasi yang tepat boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan cepat.

Jual ebook boleh untung cepat
Contoh paling mudah, sesiapa yang memiliki panduan peperiksaan online untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, dia bakal menjadi kaya sekiranya ramai orang membeli informasi yang dikumpulkan dalam bentuk ebook. Jika satu ebook dijual dengan harga RM40, kemudian 5,000 orang yang menjadi pembeli maka jualan RM200,000 boleh dihasilkan.
Harus diingat, sebelum ebook tersebut dijual, anda harus memiliki ilmu menulis dan memasarkan ebook dengan berkesan. Jika tidak, informasi yang anda miliki tidak bernilai sama sekali. Belajarlah menjual ebook dengan berkesan terlebih dahulu. Barulah anda boleh berfikir untuk mendapatkan keuntungan.
Wow banyaknya untung jual e book ya
terutama ebook nak dapat kerja kerajaan
Shaklee Klang recently posted…Pengedar Shaklee Klang Untuk COD Vitamin Shaklee Tanpa POS. Jimat Masa dan Tenaga!
Benar, ebook niche kerja kerajaan memang lumayan.
Apa apa kerja yang di lakukan dengan kesungguhan insyaallah akan membuahkan hasil
Mazni Azmi recently posted…Ibu Ini Ada Kencing Manis Semasa Mengandung. Cuba 12 Cara Kawal GDM!
Yang penting fokus dan ada kesungguhan.
Hebat! jual e-book pun dah boleh kaya kan? Maklumat hanya di hujung jari sekarang.
Haidar recently posted…3 Pinjaman Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Malaysia 2017. Mesti Apply.
Ya, dengan hujung jari juga boleh buat duit.
Zaman informasi dan teknologi ni, semakin banyak peluang untuk buat duit.
Yang penting ada kesungguhan dan kemahuan
Dedaun Comel recently posted…Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam
Ya, bukan alasan lagi untuk tidak buat duit di internet.
Terima kasih, semoga dapat memberi manfaat kepada sahabat affiliate yang lain.
mantap kali boleh belajar dari para sifu ilmu affiliasi ini rajin ke blog ini , encik titan dan blogger hebat lainnya manimba ilmu
jalan jalan recently posted…Bagian-bagian Daging Sapi
Peluang yg baik utk diusahakan sebaiknya. Bnyk lagi perlu saya pelajari. Terima kasih atas perkongsian tuan 🙂
Khir Khalid recently posted…GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia
power betul sapa main niche kerjaya..adoi belum ada kesempatan lagi nak masuk niche ni
reezluv recently posted…5 Sebab Rugi Tak Dapatkan Rahsia Taobao
lagi cepat kaya lagi bagus.
sebab dunia sekarang teramat pantas berlalu
mrhanafi recently posted…Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia