Bisnes

Mudah Dan Cepat Jadi Kaya Di Zaman Informasi

Mudah dan cepat jadi kaya di zaman informasi

Informasi adalah aset penting di pada waktu sekarang. Anda mudah dan cepat jadi kaya di zaman informasi berbanding dengan zaman dahulu kala. Di zaman nenek moyang, anda perlu memiliki tanah-tanah, kebun-kebun, ladang-ladang, kedai-kedai atau pun rumah-rumah sewa untuk menjadi kaya.

 

mudah dan cepat jadi kaya di zaman informasi
Di zaman informasi, bisnes berkembang dengan lebih pantas dan pesat.

 

Menurut Robert Kiyosaki, ada 4 zaman ekonomi manusia di bumi :

1. Bermula dengan zaman pemburu-pengumpul, mereka yang bijak memburu binatang dan mengumpul makanan akan terus hidup.

2. Di zaman pertanian, manusia hidup dengan bertani dan memiliki tanah. Mereka yang memiliki makanan dan binatang ternakan adalah orang kaya di zaman itu. Tanah yang subur adalah aset penting di zaman ini.

3. Pada zaman industri, kekayaan diperolehi menerusi bijih besi, timah, minyak dan kilang-kilang. Tanah yang tidak subur di zaman pertanian menjadi murah dan dibeli untuk didirikan kilang di atasanya.

4. Pada zaman informasi, teknologi yang wujud di zaman ini mampu mengkayakan seseorang tanpa mengira tempat anda berada. Kos untuk menjadi kaya juga dapat dikurangkan. Kekayaan dapat dibina dengan hanya menggunakan kos yang rendah atau dimulakan dari rumah sahaja.

 

Bisnes e-hailing tanpa kereta syarikat

Hari ini, ada banyak bisnes informasi yang tidak pernah wujud 20 tahun lepas tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, bisnes kereta sewa peribadi seperti Uber telah muncul dan berkembang ke banyak negara termasuk Malaysia.

Tanpa modal kereta, Uber berjaya mengambil alih servis teksi dengan pantas. Uber hanya mengambil caj servis 25% dari jumlah tambang untuk meneruskan operasi mereka.

Dengan usia seawal 20 tahun, seseorang yang memiliki informasi boleh menjadi kaya sekelip mata. Dengan wujudnya teknologi laman sosial Facebook, Instagram, laman video Youtube dan enjin carian Google, kekayaan dapat diraih dengan cepat. Walau bagaimana pun, hanya informasi yang tepat boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan cepat.

 

Bisnes jual produk informasi

Contoh paling mudah, sesiapa yang memiliki panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41, dia bakal menjadi kaya sekiranya ramai orang membeli informasi yang dikumpulkan dalam bentuk ebook. Jika satu ebook dijual dengan harga RM30, kemudian 5,000 orang yang menjadi pembeli maka jualan RM150,000 boleh dihasilkan.

Harus diingat, sebelum ebook tersebut dijual, anda harus memiliki ilmu menulis dan memasarkan ebook dengan berkesan. Jika tidak, informasi yang anda miliki tidak bernilai sama sekali. Belajarlah menjual ebook dengan berkesan terlebih dahulu. Barulah anda boleh berfikir untuk mendapatkan keuntungan.

Selain ebook, anda boleh belajar menjual produk di laman e-dagang, hanya dengan menjalankan dropship secara sambilan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *