Kewangan

Nak Sakit Kena Ada Duit

Nak sakit kena ada duit

Ini bukan kisah bohong. Kalau anda demam, kena sediakan duit untuk membeli panadol. Kalau batuk, kena beli ubat batuk. Kalau sakit sampai masuk wad, kena sediakan duit untuk kos rawatan. Nak sakit kena ada duit. Kalau tak ada duit, nak buat macam mana?

Mungkin boleh korek tabung, cucuk duit di ATM. Tapi kalau bil mencecah RM20,000 nak cari di mana? Di sini barulah terfikir nak ambil Takaful.

 

nak-sakit-kena-ada-duit
Beli ubat pun guna duit, apatah lagi kalau masuk wad hospital.

 

Takaful satu keperluan yang utama

Apabila terdengar perkataan Takaful apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda semua? Peratusan yang betul-betul memahami fungsi Takaful itu sendiri masih lagi pada tahap yang rendah. Baca sedikit kupasan saya mengenai Takaful, saya selaku ejen Takaful. Penerangan ini adalah secara umum sahaja.

 

Jenis-jenis takaful

Antara jenis takaful yang biasa kita dengar dan insurans kenderaan dan Medikal Kad semata-mata. Namun perkara ini adalah sangat “common” di minda warga Marhein hari ini. Kesedaran mula meningkat ramai yang memilih Insuran Takaful untuk perlindungan kenderaan dan diri sendiri.

Takaful sendiri merupakan skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantu bersama. Jadi apabila anda sudah menandatangani polisi Takaful secara tidak langsung anda sudah bersetuju sama-sama membantu pemegang polisi yang lain.

1. Takaful Hayat. Merupakan skop Takaful yang mempunyai pampasan jumlah yang besar sekiranya pemegang polisi mengalami kematian atau hilang upaya kekal. Polisi Takaful ini boleh mencecah sehingga RM1 juta pampasan buat pemegang polisi. Polisi ini penting bagi mereka yang mempunyai banyak beban hutang dan tak nak pewaris atau orang tersayang anda yang menanggung hutang anda kelak kita meninggal dunia.

2. Takaful Sakit Kritikal. Takaful ini adalah berbeza dengan Kad Perubatan Takaful sendiri. Skop polisi Takaful ini juga mempunyai nilai pampasan yang besar sekiranya terjadi sakit kritikal dan memerlukan rawatan dana “on the spot” sama ada untuk dana rawatan atau juga untuk “cover” komitment bulanan pemegang polisi.

3. Takaful Medikal. Ini adalah perkara paling common sekarang. Kebanyak ejen Takaful sangat popular dalam mempromosikan kad medical. Pampasan dan pembiayaan kos perubatan untuk dimasukkan ke dalam wad atau pembedahan antara fungsi utama. Di tahun 2017 kalau anda belum memiliki kad medical ini cepat-cepat ambil satu. Tak faham boleh hubungi saya untuk penjelasan plan yang sesuai dengan diri anda.

Masih banyak lagi fungsi Takaful yang sebenarnya. Takaful mampu menjadi “Wealth Protection” kepada aset anda.

Takaful juga berfungsi sebagai pengurusan hutang anda, cara pengiraan sangat unik. Takaful secara amnya sebagai perancangan kewangan anda melalui sistem “inforce saving”. Selain itu juga mampu berfungsi secara besarnya sebagai pengurusan risiko dan bagi meneruskan kesinambungan hidup jika berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam hidup kita.

 

Takaful juga bekalan akhirat

Hari ini melalui caruman Takaful melalui plan UmmahLink dibawah Prudential BSN Takaful Berhad anda boleh menunaikan Umrah dan Haji melalui plan simpanan yang sangat strategik. Jumlah pampasan yang berganda dan akaun simpanan yang menarik menjadi medium yang tepat untuk kita menunaikan Haji, insyaAllah.

 

Keperluan kepada takaful

Kenalpasti kembali keperluan dan kehendak anda. Takaful tergolong dalam kategori keperluan. Antara perkara yang wajib anda carum dan ada sebagai mana anda memiliki kenderaan dan rumah.

Andaikata Takaful itu bukan tempat melabur, kenapa banyak Takaful provider hari ini berlumba-lumba keluarkan Investmen-linked produk sendiri?

Investment-linked produk ini bukanlah untuk mengaut untung, tapi untuk maximize gain anda! Hebat bukan? Investment-linked ini mampu menyaingi produk investment-link yang ada di bank tempatan.

Jadi kenalpasti “needs” anda sendiri tak semua orang perlukan perkara yang sama. Namun setiap orang perlukan protection sama ada “legacy”, “wealth protection” dan juga “medical cost”.

Kira semula berapa aset yang anda ada, yang ada bukan yang masih bank punya. Jumlah tersebut boleh ditolak semual dengan berapa hutang yang anda ada. Nanti anda akan tah “net tworth” anda sama ada positif atau negatif.

 

Produk takaful di bawah PruBSN

Sedikit pengenalan kepada produk :

  • PruBSN Protect
  • PruBSN Protect Plus
  • PruBSN CrisisCover
  • PruBSN UmmahLink
  • PruBSN Link Series
  • PruBSN Platinum
  • PruBSN Warisan

 

Untuk penerangan lanjut mengenai produk yang sesuai dengan anda atau konsultansi mengenai pengurusan kewangan boleh hubungi saya :

Khairul Zamri
Takaful Wealth Planner
PruBSN Takaful Berhad
013-5999828
admin@khairulzamri.com

2 thoughts on “Nak Sakit Kena Ada Duit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.