Hartanah

Nasihat Pelaburan Hartanah Dari Ayhat Ishak

Nasihat pelaburan hartanah dari Ayhat Ishak

Saya mendapat jemputan dari seorang usahawan wanita untuk bertandang ke butik beliau. Siapa sangka di sana saya bertemu dengan sekumpulan usahawan yang hebat termasuklah Ahyat Ishak. Saya ambil peluang ini untuk berbual dan mendapatkan nasihat pelaburan hartanah dari Ahyat Ishak sebanyak mungkin.

 

nasihat pelaburan hartanah dari ayhat ishak
Nasihat yang betul boleh membantu anda mendapat untung dalam pelaburan hartanah.

 

Untung 1000% dalam 2 tahun

Saya mulakan cerita dengan pembeliah hartanah saya yang bernilai RM178,000. Selepas 2 tahun nilainya meningkat kepada RM345,000. Menurut Ahyat Ishak, peratus keuntungan sekiranya saya jual sekarang ialah 1000%. Modal pendahuluan ialah RM17,000 dan jual dengan harga pasaran.

Jadi ini merupakan salah satu jenis perniagaan yang digilai ramai. Modal hanyalah 10% sahaja daripada harga hartanah tersebut. Memang padanlah mengapa hartanah di Malaysia lebih banyak nilai yang naik berbanding nilai yang turun.

 

Mitos dalam pelaburan hartanah

Banyak sekali tanggapan negatif yang muncul dalam pelaburan hartanah. Di antaranya adalah seperti berikut :

  • Pelaburan hartanah adalah permainan orang kaya.
  • Anda perlukan banyak wang untuk pelaburan hartanah.
  • Anda sukar dapatkan wang untuk melabur dalam hartanah.
  • Pelaburan hartanah berisiko tinggi.
  • Nilai hartanah terlalu tinggi, tunggu nilainya menurun.
  • Sukar mendapatkan pinjaman hartanah.
  • Hutang amat merbahaya hingga sukar nak tidur malam.

 

Tanggapan dan nasihat yang berguna

1. Anda tak boleh bawa kekayaan ke kubur. Namun ianya boleh diwariskan kepada keturunan anda.

2. Orang kaya biasanya jahat. Sebenarnya orang kaya baik hati. Anda tak perlu jadi jahat untuk menjadi kaya.

3. Anda perlu menipu untuk kaya. Ada banyak cara yang halal untuk menjadi kaya.

4. Wang adalah akar kejahatan. Anda adalah magnet wang, anda boleh jadikan ianya lebih baik 10 kali ganda.

5. Orang kaya berjuang demi keluarga dan agama. Anda tak perlu jadi kaya untuk berjuang demi keluarga dan agama.

6. Tak mengapa kalau tak kaya, yang ada pun sudah cukup. Anda perlu menjadi kaya supaya dapat memberi dengan lebih banyak.

7. Anda tak mahu suami menjadi kaya kerana beliau akan berkahwin satu lagi. Bila suami anda menjadi kaya, beliau akan dapat menjaga keluarga dengan lebih baik. Percayalah pada suami anda.

8. Pelaburan hartanah ialah mainan orang kaya. Tidak, pelaburan hartanah akan menjadikan saya kaya.

9. Saya tiada modal untuk melabur dalam hartanah. Baiklah, saya akan cari modal untuk melabur dalam hartanah.

10. Pelaburan hartanah terlalu berisiko. Tak mengapa, saya akan belajar menguruskan risiko yang berkaitan dengan pelaburan hartanah.

11. Nilai hartanah terlalu tinggi, saya akan tunggu. Sebenarnya ada banyak peluang dalam pelaburan hartanah.

12. Saya tak dapat pinjaman hartanah yang diperlukan. Tak mengapa saya akan belajar bagaimana nak dapatkan pinjaman tersebut.

13. Hutang itu merbahaya. Sebenarnya hutang ialah alat untuk menjana kekayaan.

 

Sebenarnya, ingin sekali saya cadangkan rujukan pelaburan hartanah dari Ahyat Ishak. Sayangnya saya tak dapat menjumpai mana-mana tulisan dari hasil karya beliau. Ada pun dalam versi berbahasa Inggeris dan perlukan masa yang panjang untuk saya fahami dan huraikan.

13 thoughts on “Nasihat Pelaburan Hartanah Dari Ayhat Ishak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.