Hartanah

Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi

Nilai hartanah bakal menyusut lagi

Saban tahun dikhabarkan dengan penurunan nilai hartanah yang dicanangkan oleh orang ramai. Tidak terkecuali, pakar hartanah turut memberitahu nilai hartanah bakal menyusut lagi pada tahun 2018. Bagi sesetengah pihak, ia adalah perkara yang menggembirakan kerana boleh memiliki hartanah di bawah nilai pasaran. Tapi apa gunanya hartanah bernilai rendah jika nak bayar deposit pun tak mampu?

Jika dilihat, lebih banyak pemaju hartanah membina perumahan setiap tahun. Dari rumah bernilai RM300,000 hinggalah RM500,000 ada sahaja pembeli yang datang untuk memilikinya. Belum masuk pasaran rumah lelong dan rumah sekunder lagi. Kesemuanya mempunyai segmen pelanggan yang tersendiri.

 

nilai-hartanah-bakal-menyusut-lagi
Apa manfaat yang anda dapat jika hartanah turun nilainya?

 

Dr. Ernest YY Cheong yang berpengalaman 40 tahun sebagai juru runding hartanah memberitahu, nilai hartanah bakal menyusut 2018 ini dengan kesukaran pemaju dan pemilik hartanah untuk menjual rumah mereka. Menurut beliau, ada 5 sebab nilai hartanah bakal menyusut 2018 iaitu :

1. Rumah tak mampu dimiliki. Kekurangan kuasa membeli oleh rakyat Malaysia menyukarkan lagi kondisi ekonomi yang tidak memberangsangkan. Kurangnya rumah mampu milik dan lambakan rumah mampu lihat menyukarkan proses pembelian rumah di samping faktor pendapatan yang rendah.

Pendapat saya : mereka yang bijak boleh mencari rumah yang lebih rendah dengan memasuki bidaan rumah lelong dan rumah sekunder. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, anda boleh buat duit secara sampingan dengan menjual produk di internet.

2. Hartanah siap tak laku. Berbanding tahun 2017, 40% tambahan unit hartanah tidak laku bersamaan 20,807 unit bernilai RM12.26 bilion dengan purata harga RM580,224. Unit-unit rumah yang baru dilancarkan kurang mendapat sambutan. Tidak termasuk pasaran sekunder yang bernilai 4 bilion, jumlah keseluruhan hartanah yang tidak laku ialah RM16 bilion.

Pendapat saya : segmen rumah lelong sentiasa ada pembeli. Mereka berpusu-pusu ke pusat bidaan untuk merebut rumah dengan harga rizab yang jauh lebih rendah dari hartanah baru. Jika sebuah rumah teres baru 2 tingkat bernilai RM500,000 harga rumah yang sama dalam lelongan boleh dibida serendah RM300,000.

3. Pemaju hilang pembiayaan jika hartanah tak laku. Pemaju yang tak dapat menjual 40% hartanah yang dibina bakal dibatalkan pembiayaan dengan bank. Hari ini banyak pemaju hartanah yang menawarkan pakej tanpa deposit, diskaun pemaju, rebet pembelian, percuma yuran guaman, percuma yuran dokumen dan ada yang beri pulangan tunai sehingga RM50,000.

Nampak tawaran ini amat menggiurkan pengguna. Namun bahaya yang bakal timbul ialah pembeli yang tidak mampu turut terjebak untuk membeli rumah yang di luar kemampuan mereka.

Pendapat saya : jika anda mampu memiliki hartanah, teruskan usaha untuk membelinya sekarang. Pemaju yang terdesak akan buat apa sahaja untuk menjual hartanah mereka. Anda tak rugi apa-apa sebab sudah pun memiliki hartanah sendiri. Mintalah diskaun sebanyak mungkin dari pemaju. Bila sudah ada hartanah sendiri, masih boleh buat duit dengannya menerusi rumah sewa dan pembiayaan semula.

4. Turun dari RM500,000 kepada RM300,000. Nilai hartanah akan jatuh hampir separuh dari harga asal. Rumah-rumah mahal akan dilelong kerana pembeli gagal menjelaskan pembiayaan. Semuanya kerana terperangkap dengan tawaran pemaju. Ansuran rumah dalam pembinaan memang rendah, tetapi bila sudah siap pembeli perlu menjelaskan dengan nilai sebenar.

Pendapat saya : setiap tahun akan ada rumah yang turun harga, tetapi ia tidak mendapat liputan yang luas. Anda perlu bijak mencari rumah yang anda mampu miliki. Setiap rumah akan dilelong dengan harga rizab, tetapi harga yang terakhir pasti akan menjadi lebih tinggi.

5. Sewa sebelum membeli rumah. Jika anda tak mampu membeli rumah, sewalah dahulu. Usahakan untuk simpan RM1,000 sebulan selama setahun. Anggap ia sebagai pelan kecemasan anda sekiranya hilang kerja atau ditimpa musibah.

Pendapat saya : sewa biarlah berpada-pada, usah lama-lama. Jika kos sewa sudah hampir dengan harga ansuran rumah, beli sahajalah rumah anda. Anda perlu usaha untuk dapatkan 10% deposit, yuran guaman dan lain-lain. Ambil takaful jika tak mampu menyimpan RM1,000 sebulan sebagai pelan kecemasan.

Jika tiada ilmu, ambil inisiatif untuk belajar membeli hartanah yang pertama.

Jika tak dapat menyimpan dengan gaji kerja sekarang, manfaatkan kemudahan internet hari ini untuk menambah pendapatan.

5 thoughts on “Nilai Hartanah Bakal Menyusut Lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.