Bisnes

Nilai Pelanggan Seumur Hidup

Nilai pelanggan seumur hidup

Lifetime Customer Value (LCV) atau nilai pelanggan seumur hidup amat penting dalam bisnes. Menurut Hazli Khalim, jika anda tahu nilai setiap pelanggan, anda akan tahu berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan pelanggan. Sekiranya seorang pelanggan bernilai RM500, anda boleh belanjakan RM400 untuk mendapatkan mereka dan tetap buat untung.

Bisnes anda akan melonjak dengan lebih pantas bila anda tahu kepentingan LCV anda. Lebih banyak kos iklan yang anda keluarkan dari pesaing anda, lebih besar peluang untuk anda menang. Jika iklan anda buat iklan tanpa mengetahui LCV anda, maka anda sedang beriklan dengan mata yang tertutup. Persoalannya, bagaimana LCV anda dikira?

 

Kira-kira bisnes yang menguntungkan

Anda boleh jadikan angka-angka ini sebagai alat untuk meningkatkan bisnes anda dengan kos yang murah. Belajar untuk membuat analisis nombor-nombor ini berpandukan kajian kes untuk menguruskan kos pemasaran dan belanjawan bisnes anda. Anda boleh mendapat untung dalam bisnes ini selepas mengetahui perjalanan bisnes anda dengan jelas.

Perlu diingat bahawa ia bukanlah ilmu pengurusan kewangan. Ia adalah pengurusan bisnes yang boleh membantu anda mendapatkan nilai seorang pelanggan secara optimum sekaligus mendapat pulangan yang maksima. Sekurang-kurangnya 10% hingga 30% kos yang anda keluarkan akan meningkat dalam masa yang cepat.

 

Cara kira LCV bisnes

LCV dikira dengan cara yang berbeza mengikut bisnes masing-masing. Contohnya ialah bajet iklan anda RM5,000 untuk dapat 5,000 orang prospek pada kadar RM1 seorang. Dari 5,000 orang prospek, 500 daripadanya membeli produk yang bernilai RM10 menjadikan hasil jualan sebanyak RM5,000. Maka setiap pelanggan bernilai RM10.

 

3 bulan promosi 3 produk

Dalam kempen emel, anda boleh buat promosi 3 produk dalam masa 3 bulan bermakna 1 bulan untuk 1 produk. Katakan anda jual produk berharga RM97. Pelanggan yang membeli pula adalah 375 orang. Hasil jualan anda ialah RM36,375. Untuk produk seterusnya, anda jual dengan harga RM197. Pelanggan yang membeli ialah 75 orang menghasilkan jualan RM14,775.

Seterusnya anda jual produk bernilai RM997 dan 7 orang pelanggan akan membeli. Jualan anda ialah RM7,477.50. Jumlah keseluruhan jualan anda ialah RM63,597.50. Jadi LCV anda adalah RM5,000 + RM36,375 + RM14,775 + RM7,477 ÷ 500 = RM127.20.

Jika RM5,000 + RM36,375 + RM14,775 + RM7,477 ÷ 5,000 maka anda buat duit sebanyak RM12.72 dengan modal setiap pelanggan sebanyak RM1. Jika anda bayar RM50 untuk dapat seorang pelanggan pun anda tetap untung.

 

nilai-pelanggan-seumur-hidup
Berapa kos yang anda sanggup keluarkan untuk mendapatkan seorang pelanggan?

 

Kiraan Return Of Investment (ROI)

Jika kos iklan ialah RM5,000 dengan jumlah jualan RM63,597.50 akan dapat ROI 1,171.95%. Ini contoh jualan untuk 3 produk. Anda boleh hantar emel susulan untuk promosikan 3 lagi produk kepada pelanggan anda. Selain itu, anda perlu ingat bahawa pelanggan adalah pelanggan. Untuk memikat pelanggan, anda perlu tahu perkara-perkara di bawah ini :

  • Anda memiliki turutan emel susulan yang berkesan
  • Anda mempunyai tawaran dan produk yang ada permintaan
  • Anda tahu bagaimana nak letakkan tawaran anda
  • Anda tahu strategi up-sell, cross-sell dan down-sell
  • Anda tahu bagaimana nak berhubung dengan pelanggan anda

 

Kesimpulannya, LCV dapat diertikan sebagai berapa nilai yang anda berikan kepada pelanggan anda. Bisnes yang paling banyak berbelanja untuk iklan akan menang. Selagi Cos Per Acquisition (CPA) yang anda belanjakan untuk dapatkan pelanggan baru lebih rendah dari LCV, selagi anda boleh belanjakan kos iklan untuk dapat pelanggan baru, selagi itulah anda akan dapat buat duit.

Anda boleh belajar menghasilkan pemasaran emel yang boleh mendapat LCV yang tinggi dengan seorang usahawan internet yang terkenal.

 

7 thoughts on “Nilai Pelanggan Seumur Hidup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.