Nilai pendapatan pasif bila anda sakit
Sekarang anda sedang sihat dan mempunyai tenaga yang banyak untuk bekerja. Pelbagai kerja anda boleh lakukan untuk mendapatkan pendapatan aktif. Namun anda harus ingat, bukan selalu anda berada dalam keadaan sihat. Anda perlu mencari sumber pendapatan pasif yang boleh membantu anda sekiranya jatuh sakit. Pada masa itu barulah anda tahu nilai pendapatan pasif bila anda sakit.
Barangkali anda boleh hidup lama. Namun begitu ia bukanlah satu kemestian yang anda boleh kekal sihat. Tenaga anda sudah mulai lemah dan tidak sekuat dahulu untuk bekerja. Anda sudah pasti terpaksa berharap kepada orang lain untuk membantu anda. Sedikit sebanyak anda terpaksa menyusahkan mereka nanti. Sanggupkah anda membuat hidup orang lain menjadi lebih susah?

Tenaga semasa tua amat terhad
Di antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah masa, kewangan dan tenaga. Masa dan tenaga anda semasa tua amatlah terhad. Anda tidak boleh bekerja sekuat orang muda. Tetapi kewangan anda boleh diuruskan ketika ini sekiranya anda dapat menumpukan perhatian. Anda berhempas pulas memerah keringat untuk disimpan bagi kegunaan masa depan.
Memang sukar untuk bekerja dengan baik bagi mengumpulkan kekayaan. Oleh itu anda harus bina satu lagi saluran pendapatan secara pasif. Tidak mengapa jika hasil permulaannya amat sedikit. Ia akan meningkat dengan lebih banyak pada suatu hari nanti dengan syarat anda mulakannya dengan lebih awal. Bermula dengan kecil dan berakhir dengan suatu jumlah yang besar.
Mengapa harus ada pendapatan pasif?
Semasa anda sakit atau di saat meniti usia tua, anda akan mendapati pendapatan pasif ini memudahkan anda merawat masalah kesihatan, melancarkan aliran kewangan diri dan keluarga. Pada masa itu anda tidak perlu hidup susah dan terlalu mengharapkan bantuan dari orang lain. Oleh itu anda harus berusaha untuk mencipta satu lagi aliran pendapatan dari sekarang.
Ada banyak cabang-cabang pendapatan pasif yang anda boleh lihat di pasaran. Anda bebas untuk membuat pilihan sama ada untuk membuat pelaburan, pembelian saham atau takaful insurans. Namun begitu anda harus bijak memilih pendapatan yang mempunyai banyak kelebihan dan memberi manfaat kepada anda.
Pilihan saluran pendapatan pasif yang terbaik
Di antara saluran pendapatan pasif yang saya cadangkan ialah menggunakan modal yang paling minimum. Anda hanya perlu laburkan wang kurang dari RM70 untuk menjalankan satu bisnes. Kemudian ambil inisiatif untuk mengembangkan RM70 tersebut kepada satu jumlah yang lebih besar. Caranya ialah anda ajak rakan-rakan yang lain untuk membuat perkara yang sama seperti anda.
Adalah lebih menguntungkan apabila anda mendapat komisyen setiap kali ada rakan baru yang mendaftar di bawah rangkaian anda. Lebih hebat lagi anda boleh mendapat komisyen setiap kali mereka menggunakan produk keperluan yang dibekalkan. Ya, di situlah letaknya pendapatan pasif anda. Sistem ini sudah sekian lama digunakan di Malaysia bahkan serata dunia.
Jika anda mahu belajar menghasilkan pendapatan pasif, sila rujuk artikel 5 contoh pendapatan pasif.
itulah itu.
aku tengah demam nih..
titan recently posted…Time really flying FAST.
Demam kena rehat dulu cikgu, suruh maikel sambung blogwalking 🙂
banyak kelebihan, bila kita sudah siap-siap dengan punca pendapatan pasif..dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing..sebagai persediaan bila mana giliran sampai untuk diberhentikan kerja secara tiba-tiba, untuk mereka yang bekerja termasuk lah diri ini..
Junaidy Jaimi recently posted…Sepohon Kayu Unik Di Bulan Ramadhan
Masa sihat boleh kerja kuat, bila sakit takut nak bergantung dengan orang lain.
Suka pendapatan pasif sebab jangka panjang sangat menguntungkan tapi saya failed lah .Mungkin saya tak buat sungguh-sungguh.Ye, saya tak buat sungguh-sungguh !
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Saya pilih pendapatan pasif dalam bentuk tanaman, setahun lagi baru tuai 🙂
Yup..mau tak seronok kan..time dapat seronok la.time tak dapat, mula nak kecewa satu badan la..haha
Hafizul recently posted…Buat Akaun Syarikat Sendiri, Ofkos STRESS GILER
Masa kecewa tu emosi meracau campur meroyan 🙂
perlu ada perancangan masa depan yg mantap…
kak yatiadamv recently posted…MENJADI LELAKI SIHAT
Betul, saya masih bersabar dengan pendapatan pasif ini.
menjana pendapatan pasif sangat memudahkan masa dan tenaga untuk jangka panjang, cuma tapak awal agak renyah sket. kena hati kering je dulu
Shaima recently posted…5 Tips Pemudah Cara Ketika Berpuasa
wajib ada pendapatan pasif la ni untuk ‘cover’ semasa kita sakit kan?
Noriza Rahman recently posted…Rahsia Jerawat Cepat Kering dan Parut Cepat Hilang!
Betul, kalau tak kena ambil takaful.
Kena start jana pendapatan pasif. Sihat sakit x boleh diduga bila nak datang.
Hamidah Ahmad recently posted…7 Sebab Kenapa Badan Memerlukan Supplemen
Sedang berusaha menghasilkan pendapatan pasif..
anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!