Uber

Pandu Uber Lebih Untung Dari Grabcar

Pandu Uber lebih untung dari Grabcar

Hari ini banyak permintaan untuk memandu dengan Uber. Ada yang nak buat sepenuh masa dan ada yang nak pandu secara sampingan. Sambil kerja makan gaji, bawa kereta untuk Uber bagi memenuhi masa yang terluang. Tapi berbaloi ke pandu Uber secara sampingan? Kalau buat sepenuh masa boleh dapat banyak wang. Adakah pandu Uber lebih untung dari Grabcar?

 

pandu uber lebih untung dari grabcar

 

Uber dan GrabCar mana satu lagi untung?

Selepas Uber dan GrabCar dilancarkan di Malaysia, peluang untuk jana wang dengan Uber terbuka luas. Anda tak perlu tinggalkan kerja untuk memandu dengan Uber. Namun dengan masa yang terhad, anda perlukan maklumat sama ada memandu dengan Uber berbaloi atau tidak. Mari lihat kadar tambang yang dikenakan dan komisyen oleh Uber dan GrabCar.

 

UberX

  • Caj yang diambil 25%
  • Tambang asas RM0.95
  • Kadar per kilometer RM0.60
  • Kadar per minit RM0.25

 

GrabCar Ekonomi

  • Caj yang diambil 20%
  • Tambang asas RM1.00
  • Kadar per kilometer RM1.10
  • Kadar per minit RM0.00

 

Berdasarkan struktur tambang di atas, tanpa kadar per minit, memandu dengan GrabCar lebih menguntungkan semasa trafik lancar. Walau bagaimanapun, di Lembah Klang sukar untuk melalui jalan yang tidak sesak. UberX mungkin platform yang lebih menguntungkan untuk membawa penumpang dalam trafik yang perlahan.

Menjelang waktu puncak, Uber mengenakan caj Surge. Ia akan meningkatkan kadar tambang kerana waktu ini ramai penumpang perlukan kereta pada masa yang sama. Caj ini naik dalam masa yang singkat sahaja. Pemandu Uber boleh dapat lebih wang semasa waktu puncak dengan tambahan caj Surge kerana GrabCar tiada caj Surge.

 

Bagaimana pula pendapatan anda dengan jarak yang sama untuk UberX dan GrabCar Ekonomi? Ambil contoh perjalanan dari 1 Utama dan KL Sentral. Jarak dari Lebuhraya Damansara Puchong dengan Lebuhraya Sprint adalah 14.3 kilometer.

 

Perjalanan bukan waktu puncak (21 minit)

UberX

  • Tambang asas RM0.95
  • Kadar per kilometer 14.3 x RM0.60 = RM8.58
  • Kadar per minit 21 minit x RM0.25 = RM5.25
  • Jumlah RM0.95 + RM8.58 + RM5.25 = RM14.78
  • Jumlah selepas tolak caj Uber RM14.78 – 25% = RM11.08

 

GrabCar Ekonomi

  • Tambang asas RM1.00
  • Kadar per kilometer 14.3 x RM1.10 = RM15.73
  • Kadar per minit RM0.00
  • Jumlah RM1.00 + RM15.73 = RM16.73
  • Jumlah selepas tolak caj GrabCar RM14.78 – 20% = RM13.38

 

Perjalanan waktu puncak dengan trafik sesak (40 minit)

UberX

  • Tambang asas RM0.95
  • Kadar per kilometer 14.3 x RM0.60 = RM8.58
  • Kadar per minit 40 minit x RM0.25 = RM10.00
  • Jumlah RM0.95 + RM8.58 + RM10.00 = RM19.53
  • Jumlah komisyen + Surge RM19.53 x 1.5 = RM29.30
  • Jumlah selepas tolak caj Uber RM29.30 – 25% = RM21.97

 

GrabCar Ekonomi

  • Tambang asas RM1.00
  • Kadar per kilometer 14.3 x RM1.10 = RM15.73
  • Kadar per minit RM0.00
  • Jumlah RM1.00 + 15.73 = RM16.73
  • Jumlah selepas tolak caj GrabCar RM16.73 – 20% = RM13.39

 

GrabCar menawarkan tambang pada kadar rata, tidak berpandukan kepada keadaan trafik. Tambang ditunjukkan pada aplikasi dan kiraan di atas adalah panduan sahaja.

Berpandukan kiraan di atas, GrabCar lebih menguntungkan bila anda mampu memandu di waktu bukan puncak dengan trafik yang lancar. Jika anda bekerja dari 9 pagi ke 5 petang, anda pasti suka memandu di waktu pagi dan petang. Jika memandu di waktu puncak, maka memandu dengan Uber lebih untung dari GrabCar.

 

Insentif Uber dan GrabCar

Kedua-dua pemandu Uber dan GrabCar bukan sekadar jana wang dengan komisyen. Insentif kepada kedua-dua pemandu ini adalah wang yang sebenar. Insentif ini diberikan mengikut waktu dan jam pemandu membawa penumpang. Rujuk pada jadual yang telah diberikan oleh Uber di bawah sebagai panduan.

 

pandu uber lebih untung dari grabcar

 

Di atas adalah insentif Tier 1 untuk pemandu UberX. Ianya dibezakan dengan warna. Waktu pagi adalah insentif yang paling tinggi iaitu RM30 sejam.

 

pandu uber lebih untung dari grabcar

 

Untuk melayakkan insentif kedua-dua platform di atas, setiap pemandu haruslah memenuhi kriteria di bawah :

 

UberX

  • Tambang minimum mingguan RM500
  • Kadar perjalanan diterima 90%
  • Penarafan bintang 4.3
  • Kadar pembatalan pemandu (tiada data)
  • Kadar perjalanan lengkap 1.25 perjalanan sejam
  • Lokasi di kawasan permintaan tinggi

 

GrabCar Ekonomi

  • Tambang minimum mingguan RM1,115
  • Kadar perjalanan diterima 80%
  • Penarafan bintang 4.3
  • Kadar pembatalan pemandu 12%
  • Kadar perjalanan lengkap capai 40% dari jam bonus dalam seminggu
  • Lokasi di kawasan Lembah Klang, KLIA dan KLIA2 kecuali Cyberjaya

 

GrabCar ekonomi meletakkan syarat tambahan iaitu kadar pembatalan tidak lebih dari 12%. Jika penumpang yang membatalkan tempahan, ia tidak akan memberi kesan pada pemandu. Perjalanan dikira untuk insentif berdasarkan kiraan penumpang secara mingguan.

Baik Uber atau GrabCar, ada banyak syarat dan terma. UberX memberi insentif berdasarkan jam, manakala GrabCar Ekonomi memberi insentif berdasarkan perjalanan.

Mari bandingkan insentif kepada waktu pagi. Lihat perbezaan tier 1 Uber dan tier 2 GrabCar.

 

UberX

  • Isnin – Jumaat, 6 pagi – 10 pagi
  • Tier 1 = RM30 per jam
  • Perjalanan sehari 1.5 x 4 jam = 6 perjalanan
  • Jumlah pendapatan dari tambang sehari RM14.10 x 6 = RM84.60
  • Insentif Isnin – Jumaat 4 jam x RM30 = RM120
  • Insentif bersih RM120 – RM84.60 – 25% = RM26.55
  • Jumlah pendapatan tambang sebulan RM84.60 x 20 hari = RM1,692
  • Jumlah insentif sebulan RM26.55 x 20 hari = RM530
    RM100 tambahan untuk 100 perjalanan + RM50 tambahan untuk 25 perjalanan = RM150
  • Jumlah pendapatan bulanan RM1,692 + RM520 + RM150 = RM2,372

 

GrabCar Ekonomi

  • Isnin – Jumaat, 6 pagi – 10 pagi
  • Tier 2 = RM21 per perjalanan
  • Tier 4 (Jumaat) RM16 per perjalanan
  • 1.5 x 4 jam = 6 perjalanan
  • Jumlah pendapatan dari tambang sehari RM15 x 6 = RM90
  • Insentif Isnin – Khamis 6 perjalanan x RM21 = RM126
    Insentif Jumaat  6 perjalanan x RM16 = RM96
  • Insentif bersih Isnin – Khamis RM126 – RM90 = RM36
  • Insentif bersih Jumaat RM96 – RM90 = RM4
  • Jumlah pendapatan tambang sebulan RM90 x 20 hari = RM1,800
  • Jumlah pendapatan tambang Isnin – Khamis RM336 x 16 hari = RM432
  • Jumlah pendapatan tambang Jumaat RM4 x 4 hari = RM16
    RM432 + RM16 = RM448
  • Jumlah pendapatan bulanan RM1,800 + RM448 = RM2,248

 

Uber mengenakan caj Surge bila ada permintaan tinggi. Andaikan ada Surge dengan kadar 1.3x setiap Isnin hingga Jumaat di antara 6 pagi – 10 pagi. Pemandu Uber berpotensi mendapat tambahan RM508 (RM1,692 x 1.3 = RM2,200).

GrabCar tidak ada Surge, hanya caj kadar rata tanpa melihat keadaan trafik atau permintaan. Tanpa ada caj Surge dari Uber, pendapatan GrabCar lebih 3.3% dari Uber.

Dengan contoh di atas, pemandu GrabCar hanya layak untuk insentif Tier 4 pada hari Jumaat sahaja kerana mereka perlu mendapat tambang RM180 untuk menikmati insentif Tier 2. Walau bagaimana pun GrabCar memberi peluang untuk memandu lebih masa pada hari Jumaat untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi.

 

Anda boleh memandu lebih masa pada hari Jumaat dan hujung minggu untuk sasaran hari Jumaat. Jika anda menyelesaikan 6 perjalanan di hari Jumaat (12 perjalanan sehari), anda akan dapat insentif 28% dari GrabCar. Berbanding UberX hanya memberi tambahan 3.5% sahaja.

 

Jumlah pendapatan bulanan UberX

  • Isnin – Khamis = RM1,778.40
  • Jumaat RM14.10 x 12 perjalanan = RM169.20
  • Insentif kasar (4 jam x RM30 = RM120) + (4 jam RM12 = RM48) = RM168
  • Jumlah keseluruhan (RM169.20 x 4 Jumaat) + RM1,778.40 = RM2,455.20

 

Jumlah pendapatan bulanan GrabCar Ekonomi

  • Isnin – Khamis = RM1,872
  • Jumaat RM15 x 12 perjalanan = RM180
  • Insentif kasar RM21 x 12 perjalanan = RM252
  • Jumlah insentif RM252 – RM180 = RM72
  • Jumlah keseluruhan (RM180 + RM72) x 4 Jumaat = RM1,008 + RM1,872 = RM2,880

 

Apa beza GrabCar dan Uber?

Beza Uber dan GrabCar ialah Uber memberi insentif berdasarkan jam, manakala GrabCar memberi insentif berdasarkan perjalanan. Uber mengambil 25% komisyen dari insentif manakala GrabCar mengambil 20% sahaja.

GrabCar mempunyai insentif yang lebih menarik dari Uber. Lebih banyak perjalanan pendek, lebih banyak insentif GrabCar. Namun Uber ada caj Surge yang boleh menggandakan komisyen bila memandu dengan Uber.

 

Markah dari penumpang

Adakalanya kita berjumpa dengan pemandu tak beretika, begitu juga dengan penumpang yang teruk. Untuk melindungi pemandu, aplikasi Uber membenarkan pemandu dan penumpang memberi markah dalam bentuk bintang di antara satu sama lain. Lain pula dengan GrabCar, hanya penumpang yang boleh memberi markah.

Pemandu Uber tidak boleh melihat destinasi sebelum menerima tempahan. Ia menyukarkan pemandu untuk merancang perjalanan dan pendapatan sebelum mereka online. Berbeza dengan GrabCar, ia menunjukkan destinasi penumpang anda. Jadi anda boleh membuat anggaran tambang dan mengelakkan destinasi yang anda tidak dapat pergi.

Dengan kenaikan kos sara hidup, setiap wang amat berharga. Untuk memastikan anda hidup selesa, anda perlukan pendapatan tambahan. Memandu dengan Uber atau GrabCar adalah jawapan yang tepat untuk anda.

Pastikan ia boleh menampung kos minyak dan kereta anda sebelum anda membuat keputusan untuk memandu. Tambang dan insentif kedua-dua platform ini sentiasa berubah, jadi anda perlu pertimbangkan platform manakah yang sesuai untuk anda.

12 thoughts on “Pandu Uber Lebih Untung Dari Grabcar”

  1. Assalamualaikum.

    Kalau dilihat dari segi perkiraan hitam putih, nampak seperti jadi Uber driver lagi untung daripada jadi Grab driver.

    Tapi dari pengalaman saya sendiri, saya terpaksa akui bahawa jadi Grab driver lebih menguntungkan sebenarnya.

    Saya buat Uber biasanya di kawasan Putrajaya, Bangi dan Kajang dan bila saya bandingkan dengan rakan2 lain yang buat Grab, ternyata hasil mereka lebih dalam 30%-50% berbanding saya.

    Buat masa ini saya masih lagi mencapai target insentif weekday dan weekend namun hasil masih lagi kurang berbanding Grab yang saya rasa tiada insentif mingguan (tolong betulkan jika saya silap).

    Sekiranya anda memandu MPV, Grab mempunyai pilihan untuk anda set supaya anda hanya beroperasi sebagai kenderaan 6-seater sahaja, bermakna tambang minima RM12 adalah terjamin walaupun jarak perjalanan hanya sejauh 10 meter. Jika anda buat UberXL seperti saya, anda tidak dapat set supaya kenderaan anda berfungsi sebagai 6-seater sahaja (bergantung kepada lokasi anda, boleh jadi sangat untung dan boleh jadi sangat rugi).

    Walaupun tambang Grab sedikit mahal berbanding Uber tetapi agak pelik juga ramai yang lebih gemar guna Grab berbanding Uber. Dan saya lihat ramai pemandu Uber yang dah berpindah ke Grab.

    Info yang saya berikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang pemandu UberXL dan rating saya setakat ini 4.82 alhamdulillah.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.