Kewangan

Panduan Beli Kereta Secara Tunai

Panduan beli kereta secara tunai

Bagi anda yang menggunakan kereta untuk bergerak ke sana dan ke mari pasti perlukan sebuah kereta yang mampu dibayar dan dimiliki. Panduan beli kereta secara tunai ditulis khas untuk anda yang mahu melangsaikan pembiayaan kereta dengan cepat. Semestinya cara ini tidak digemari oleh pihak bank. Maklumlah hendak mengumpul wang pun bukannya mudah.

Anda perlukan pendahuluan RM5,000 untuk sebuah kereta yang berharga RM50,000. Jika faedah bank 3% dikenakan, anda perlu bayar RM529.17 selama 9 tahun. Keuntungan yang bank perolehi adalah RM57,150.36 – RM50,000 = RM 12,150.36. Jika anda buat pinjaman penuh, maka lebih tinggilah keuntungan yang bank dapat.

Caj yang dikenakan untuk dokumen pembelian mencecah RM4,000 untuk bank, surat perjanjian, takaful atau insurans, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka akan upah seseorang untuk menguruskan hal ini. anda hanya perlu turunkan tandatangan sahaja. Seterusnya bayar sewa beli kereta secara ansuran bulanan.

Bulan pertama bayar kereta, mungkin tak terasa wang mengalir. Tapi selepas 6 bulan, bukan sahaja bayar kereta, anda mula membayar kos selenggara, kos minyak dan kos sana-sini. Pastinya anda akan terasa banyak wang anda yang mengalir hanya untuk kereta anda. Alangkah bagusnya jika anda fikirkan hal-hal seperti ini sebelum membeli kereta baru?

 

Beli kereta tunai elak wang bocor

Harga sebuah kereta baru ialah RM50,000. Jika dibeli secara tunai, anda hanya perlu bayar RM48,000 tanpa memberi keuntungan pada pihak bank. Tips ini amat sesuai untuk diamalkan oleh graduan atau anda yang serius untuk membeli kereta secara tunai. Letakkan target kereta Perodua Alza yang berharga RM52,332 atau yang setara dengannya.

Simpan RM5,000 untuk digunakan bagi membeli sebuah kereta terpakai secara tunai seperti Perodua Kancil atau Perodua Kelisa. Anda mungkin boleh dapat Proton Wira atau Proton Iswara dengan nilai yang sama. Usia kenderaan yang sudah melebihi 10 tahun sudah susut nilainya. Rupa kenderaan tersebut pasti tidak menarik untuk dihutangkan.

Jangan silap pilih kereta. Cari model yang tidak banyak masalah dan kos selenggaranya rendah. Lihat juga bagaimana pemiliknya menjaga kereta tersebut. Ini adalah kereta yang anda perlukan untuk pergi dan balik kerja. Lupakan dahulu kereta yang anda perlukan untuk bergaya. Biarkan orang lain yang memilih kereta seperti Honda Jazz untuk bergaya. Gaji mereka sebahagian besarnya hanya untuk kereta.

 

panduan-beli-kereta-secara-tunai
Beli kereta baru bakal buat anda pening kepala kalau silap merancang.

 

Mula buat simpanan bulanan

Urusan kereta anda sudah diselesaikan. Mulakan untuk membuat simpanan sebanyak RM500 di mana-mana unit amanah atau pelaburan yang dipercayai. Jika anda beli kereta baru, RM500 ini pasti akan habis untuk kereta. Ini adalah simpanan yang tidak boleh diusik langsung. Cari simpanan yang tiada kemudahan mesin Auto Teller Machine (ATM) atau anda asyik nak cucuk sahaja setiap bulan.

RM500 x 90 bulan = RM45,000

Andaikan anda mendapat pulangan 10% setahun dalam pelaburan, anda tak perlu tunggu sehingga 90 bulan untuk mendapat RM50,000. Atau dalam masa 90 bulan tersebut simpanan anda boleh mencecah sehingga RM60,000 bergantung pada prestasi pelaburan.

 

Idam Perodua Alza dapat Honda City

Sekiranya anda dapat mendisiplinkan diri bagi membuat simpanan RM500 sebulan, pada bulan ke 70 anda mungkin sudah mempunyai RM40,000 untuk tempoh 5 tahun. Mari kita lihat kira-kira di bawah :

Wang yang disimpan : RM40,000
Harga Perodua Kancil terpakai : RM5,000

Niat asal anda ialah memiliki sebuah Perodua Alza, namun sekarang dengan kuasa tunai yang anda miliki, sebuah Honda City terpakai boleh dimiliki. Harga yang ditawarkan mungkin lebih dari RM40,000 tapi anda masih boleh tawar menawar sehingga harganya turun kepada RM45,000. Untuk jangka masa 7 tahun lagi, anda boleh memiliki sebuah Mercedez Benz S320 terpakai dengan hanya RM100,000.

Ibarat petani yang menanam pohon dan sudah berbuah. Ambil buahnya sedikit tanpa menebangnya sekaligus. Biarkan wang bekerja untuk anda. Anda hanya perlu bersabar untuk 7 tahun yang pertama. Selepas itu anda boleh lihat mereka yang ambil kereta Honda City baru 7 tahun lepas masih lagi berhutang. Anda pula bawa sebuah kereta yang tiada hutang.

Memandu sebuah kereta baru hanya seronok untuk seketika. Kemudian anda perlu tanggung hutang setiap bulan. Poket anda akan sengsara sampailah hutang kereta habis dilunaskan. Memandu sebuah Mercedes Benz S320 yang baru dengan yang terpakai tiada bezanya kerana kedua-duanya tetap Mercedes Benz.

Oleh itu carilah kereta untuk keperluan. Bukan untuk ditayangkan bagi memuaskan hati orang. Beli kereta secara tunai pasti kena bayar cukai. Biar bayar cukai sedikit daripada membayar faedah bank bertahun-tahun. Cukai dikutip hasil dari pendapatan anda dan bukan sebab anda beli kereta tunai.

Jika anda mahu belajar bagaimana untuk menggunakan ASB bagi membiayai ansuran kereta anda, sila rujuk artikel Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB.

9 thoughts on “Panduan Beli Kereta Secara Tunai”

  1. Saya minta tuan tolong bagi nama kereta yang tak banyak ragam…mudah dijaga…below 1.5 ke 1.3.Saya keje kerani tapi ada keluarga.Saya mmg tak bernai nak beli impot car macam toyota atau honda…kalau impot pun mampu yang second-hand aje…saya juga nak beli yang second-hand made in Malaysia..kita ada proton..iswara ..wira…dll .Jadi pada pandangan tuan elok yang mana ?yang tahan lasak?juga bagaimana kita nak test tahu kereta tu walau secong-hand masih ok…stering tak bergegar…ada kawan saya beli Nissan Sentra murah je..besar wow..tapi lepas dha pakai 3-4 bulan stering dia rosak…punyalah bala kena repair balik lepas tu wiring pulak…tingkap jam…apa nasihat tuan?

  2. Terima Kasih kepada saudara Ikhwan dengan setulus jiwa mengesyorkan cara yang seimbang kepada para pembaca yang bercadang dan merancang untuk memiliki sebuah kenderaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.