Panduan beli kereta untuk graduan
Banyak perkara yang perlu diperhatikan sebelum membeli kereta. Keputusan perlu dibuat mengikut kemampuan untuk mengelakkan kebocoran kewangan yang serius. Panduan beli kereta untuk graduan ini ditulis untuk membantu graduan membuat pertimbangan sebelum membeli kereta.
Jika graduan sendiri tidak ada pengalaman membeli kereta, maka sikap berhati-hati perlu disemai kerana risiko ditipu oleh jurujual kereta amatlah tinggi. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah jumlah bayaran yang perlu dikeluarkan untuk tempahan dan ansuran bulanan.

Kiraan ansuran bulanan untuk kereta
Sebagai contoh, harga sebuah kereta Perodua Alza S (automatik) ialah RM57,017. Jurujual menawarkan rebet dan hadiah pembelian. Jadi harga kereta selepas rebet ialah RM56,017. Jika anda membayar RM6,017 sebagai pendahuluan, maka ansuran bulanan ialah RM621 untuk 9 tahun.
Perkara yang perlu dilihat ialah kadar faedah yang dikenakan. Ada bank yang mengenakan kadar 2.8% sebulan dan ada yang 3.8% sebulan. Kadar RM621 di atas dikira berdasarkan faedah 3.8%. Jika diambil kadar 2.8% bayaran bulanan akan jadi RM580.
Bank akan untung RM17,100 jika faedah 3.8% dikenakan dan untung RM12,600 jika faedah 2.8% dikenakan. Beza di antara keduanya ialah sebanyak RM4,500. Oleh itu, sebelum membuat sebarang tempahan, semak kembali jumlah faedah yang dikenakan.
Selidik kadar faedah yang sebenar
Sekiranya hal ini tidak diketahui oleh pembeli, maka jurujual yang nampak jujur dan pemurah tadi akan untung RM4,500 begitu sahaja. Nampak licik apabila beliau memberikan diskaun, tetapi dalam diam wang anda sudah bertukar tangan.
Untuk mengelakkan perkara ini daripada menimpa diri anda, beberapa perkara yang penting haruslah diberi perhatian. Rujuk senarai di bawah ini :
1. Selidik harga kereta di pasaran. Pastikan harganya sama dengan harga di pusat pameran yang lain.
2. Semak kadar faedah semasa bank. Kadar yang dikenakan berbeza mengikut tahun pembayaran.
3. Semak bayaran pendahuluan dan bulanan. Pastikan ianya mengikut perjanjian pinjaman yang anda pilih sama ada 5, 7 atau 9 tahun.
4. Semak kadar faedah bulanan yang bank kenakan. Bila pihak bank telefon anda, tanya berapa kadar faedah yang sebenar. Bincang dengan bank untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah.
5. Dapatkan resit rasmi selepas menempah dan membayar pendahuluan. Pastikan ada cetakan resit rasmi dari penjual kereta. Bukan resit tulisan tangan yang dibeli dari kedai.
Huhu.. Terima kasih kongsikan tips berguna ni.. Perncangan nak Beli cash untuk kereta kedua ni.. Entah bila Baru berjaya pun tak tahu la..hehe
Hafizul recently posted…Cerita Seram Blogger Sepenuh Masa
Kalau mampu beli tunai, dah tak payah fikir bayar bulanan dah.
Tips yang sangat menarik. Teringat kenangan beli kereta dahulu, banyak dapat diskaun daripada penjual. Katanya memang tolak untung dari komisyen dia. Namun beliau mementingkan kuantiti dan bila dah kuantiti tu pastilah komisyennya banyak juga.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Kisah Ceria Giant Bubble dan Cara Mudah Membuatnya
Ya, memang sukar nak dapat jurujual yang tak ambil banyak komisyen.
hehe..
kawan ramai ambil komisen bab kenalkan orang nih..
ohcikgu recently posted…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015
Itu pun dah dapat untung dengan senang, duit poket la katakan.
teringat waktu zaman mula kerja. kerja swasta gaji 1300 je. keta hampir 500. huhu.. sewa rumah. memang kena jimat-jimat gilerrrr zaman tu.. huhu
effa recently posted…Tips Berkesan Hilangkan Sakit Pinggang Sewaktu Hamil
Betul, kereta pun kena bagi makan tiap hari.
Zaman saya dulu, bos yang bagi nasihat.
Bulan-bulan bayer jer, langsung tak buat research.
9 Tahun buat loan, adui menyesal betul. Seksa nak habis.
Nasib baik dah setel.
Kalau ada duit, better beli cash second hand. Kalau nak beli baru pastikan wang cukup bulan-bulan.
lankapo recently posted…Jom Buat Duit Dengan Website Online Game
Saya tak mampu beli kereta masa bujang.
Salam…rupanya nak beli kereta kena ada tip juga ya…. semoga dengan tip ini, tidaklah lagi kita tertipu oleh jurujual…
sensasi2020 recently posted…7 Cara Lajukan Komputer Anda
Takut duit yang hilang tu lebih banyak.
kena pastikan jugak semua belanja untuk keta tak lebih 20% daripada jumlah pendapatan..ansuran bulanan, minyak, road tax/insuran, maintenance, mekap bubuh sport rim..
Amir Mazlan recently posted…Cara tarik trafik ke blog dan pujuk pelanggan ‘kelaparan’