Pegawai Perubatan Gred UD41
Pegawai Perubatan Gred UD41 merupakan jawatan yang dikelaskan dalam kategori Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bayaran gaji yang ditawarkan bermula dengan RM2,777.98 dengan tambahan elaun perumahan RM250, Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam (ITKA) RM300, elaun kritikal RM750, elaun sara hidup RM100 – RM300 dan elaun on call.
Syarat-syarat lantikan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41
Untuk menjadi seorang Pegawai Perubatan Gred UD41, calon-calon perlu mendaftar di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kemudian pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh SPA di bawah ini :
- Memiliki ijazah di dalam bidang ilmu perubatan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan sama taraf dengannya serta didaftarkan secara sementara atau tetap dengan Majlis Perubatan Malaysia. Gaji yang ditawarkan bermula dengan RM2,777.98 atau
- Calon-calon yang mendapat lantikan di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan menepati Peraturan-peraturan Perubatan seperti di para (12)(1)(a) dan sudah mendaftar secara sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. Gaji yang ditawarkan bermula dengan RM2,777.98 dan
- Lulus Bahasa Melayu termasuk mendapat lulus dalam Ujian Lisan di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan yang sama taraf oleh Kerajaan.
Tugas-tugas Pegawai Perubatan Gred UD41
Membuat pemeriksaan dan merawat pesakit, merawat dan membuat pemeriksaan ibu-ibu hamil, menguruskan ibu bersalin, membuat pemeriksaan jenazah dan menyiapkan laporan, menyelesaikan kerja-kerja on call dan memberi ceramah kesihatan.
Contoh soalan temuduga Pegawai Perubatan Gred UD41
Untuk menjadi seorang Pegawai Perubatan Gred UD41, anda wajib membuat persediaan untuk menghadapi ujian temuduga Pegawai Perubatan yang bakal dianjurkan oleh SPA. Contoh soalan temuduga Pegawai Perubatan yang disenaraikan di bawah ini adalah hasil daripada perkongsian calon-calon yang pernah menghadiri temuduga yang lepas.
1. Seorang ibu membawa anaknya yang mengalami muntah dan cirit-birit ke hospital, bagaimana anda nak uruskan pesakit tersebut?
Anaknya mungkin nyah hidrasi (dehydration), berikan fluid ORS dan periksa keadaan anak sama ada haus, mata sembab, anak aktif atau tidak dan mengalami hypovolemic shock.
2. Mengapa anda tidak boleh beri air sirap manis untuk rehidrasi pesakit? Jika boleh mengapa? Jika tidak boleh mengapa sebabnya?
Tidak boleh beri air bergula kerana glukos akan menarik keluar lebih banyak air iaitu menambahkan lagi dehidrasi serta menambah buruk gejala muntah yang dihidapi.
3. Nyatakan perkara yang perlu diberi untuk rehidrasi pesakit.
Untuk rehidrasi pesakit beri minum air garam, jika bayi campurkan dengan air susu atau sup.
4. Nasihat yang perlu diberika pada ibu pesakit tadi.
Jaga kebersihan barang-barang anak, panaskan botol susu, usah hantar ke pusat jagaan kanak-kanak untuk elakkan penyakit berjangkit.
5. Apakah penyakit yang biasa menimpa rakyat Malaysia terutamanya di kawasan bandar?
Di kawasan bandar banyak kes penyakit demam denggi.
6. Bagaimana nak menguruskan pesakit yang ditimpa demam denggi?
Berikan cecair secara orang kepada pesakit demam denggi bagi membekalkan semula cecair badan yang hilang disebabkan muntah dan demam. Awasi pesakit bagi mengesan simptom awal renjatan. Mereka yang mengalami sindrom renjatan denggi perlu dirawat dengan gentian awal plasma yang hilang, menambah plasma atau larutan elektrolit.
7. Apakah simptom yang menimpa pesakit demam denggi?
Pesakit yang ditimpa demam denggi mengalami demam mengejut, disusuli dengan sakit kepala, sakit di bahagian belakang bola mata, sakit pada bahagian sendi dan bahagian otot.
8. Apakah 3 parameter makmal yang digunakan untuk memeriksa demam denggi?
WBC Decrease, Platelet Decrease dan HCT Increase.
9. Apakah rawatan yang perlu diberikan kepada pesakit demam denggi di rumah?
Beri pesakit makan paracetamol, minum banyak air, waspada dengan tanda-tanda seperti sakit perut, pening dan muntah-muntah.
Bukan mudah nak melepasi kelayakan nak menjadi seorang doktor kan sebab ianya melibatkan nyawa
Noriza Rahman recently posted…Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Doktor kena berani tanggung risiko.
Kalau dah dalam bidang kita bagi soalan macam mana mesti boleh jawab tapi tak semua perkara dah tahu. Mesti juga membaca dan cari panduan sebagai persediaan temuduga dan exam.
Khairul Zamri recently posted…Traveloka Official Online Travel Partner KL2017
Bidang seperti ini bukan shj memerlukan org yg ada ilmunya tetapi dedikasi terhadap tugasan sbg satu amanah. Besar tanggungjawab sebenarnya ni.
Khir Khalid recently posted…Aspirasi Kemerdekaan Dan Salam Aidiladha
Benar, emosi semasa menunaikan tanggung jawab dalam servis kesihatan perlukan kesabaran.
Tips terbaik untuk bakal doktor…
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
terima kasih sudah di bagi
kita bisa ketahui tugas2 nya
5
4