Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Oct 03

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Untuk berkhidmat dalam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD), calon yang berminat wajib membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Setiap calon perlu melalui 3 peringkat tapisan sebelum diserap ke jawatan PTD.

Mereka yang mempunyai kelayakan minimum ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf daripada universiti tempatan atau luar negara sahaja akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan khas memasuki PTD.

 

pegawai-tadbir-dan-diplomatik-gred-m41

Persediaan untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik semakin mudah dengan adanya internet.

 

Tugas dan fungsi Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai yang telah dilantik ke jawatan PTD diberikan tanggungjawab untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar awam berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, sumber kewangan, ekonomi, pengurusan organisasi dan tenaga manusia, hubungan antarabangsa dan luar negeri,  pertahanan dan keselamatan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

 

Pelaksanaan fungsi PTD

Menteri Kewangan melantik ketua jabatan atau pun ketua setiausaha kementerian sebagai pegawai pengawal bagi menguruskan kewangan di kementerian atau pun jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik menjadi Pengawal Perumahan. Mereka ditauliahkan kuasa bagi meluluskan dan mengeluarkan permit iklan, lesen dan lain-lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditauliahkan kuasa meluluskan lesen mengedar dan memasarkan bahan-bahan yang berkaitan dengan petroleum.

 

8 bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) termasuklah merancang, mentadbir, mengurus dan mengawalselia hampir setiap perkara yang melibatkan aktiviti kerajaan. PTD diibaratkan sebagai pemimpin kepada keseluruhan kementerian dan jabatan-jabatan utama serta pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Dari perspektif tugas, PTD bertanggungjawab sebagai penggubal dasar, pemikir dan perancang strategik, perunding khidmat nasihat dan pelaksana dasar-dasar kerajaan. 8 bidang tugas utama PTD boleh dikategorikan kepada :

  • Pengurusan Sumber Ekonomi
  • Pengurusan Sumber Kewangan
  • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  • Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah, Daerah dan Kerajaan Tempatan
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara

 

Bidang tugas dan peranan PTD telah berevolusi sejak era tahun 60an ke era tahun 90an selaras dengan perubahan pembangunan negara.

Perkhidmatan PTD menjanjikan pembangunan kerjaya yang menarik. Bermula dari segi penempatan seperti yang telah disebutkan dan peluang untuk mengikuti latihan dan kursus dalam perkhidmatan yang terbuka luas. Dari segi peluang kenaikan pangkat, PTD tergolong dalam kategori perkhidmatan yang teratas.

Bagi merancang dan menggubal satu pelan pembangunan PTD,  Jabatan Perkhidmatan Awam telah menubuhkan Unit Strategik pada awal tahun 1999 di bawah Bahagian Perkhidmatan. Hasilnya, semua dasar dan strategi pembangunan kerjaya PTD telah dibentuk dan diluluskan dalam bulan Jun 1999 dan kini sedang dilaksanakan.

Dasar dan strategi ini termaktub dalam Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia PTD abad Ke-21. Pelan ini temasuklah dasar pengambilan, penempatan, latihan, perancangan penggantian (succession planning) dan exit policy. Kini, model pelan komprehensif ini telah dicontohi oleh perkhidmatan awam yang lain seperti perkhidmatan Pegawai Sistem Maklumat dan pegawai perkhidmatan sokongan.

 

Latihan dan pembangunan kepegawaian

Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Ini kerana dasar latihan perkhidmatan PTD ialah untuk melahirkan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selari dengan fungsi tugas PTD.

Fokus pada aspek latihan dari peringkat awal lagi di mana PTD diwajibkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum jawatannya disahkan. PTD selanjutnya akan dilatih semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, teknik berunding, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. PTD yang cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D.

 

PTD Assessment Centre (PAC)

Calon-calon yang lulus dalam peperiksaan bertulis SPA akan dipanggil ke PTD Assessment Centre (PAC). PAC adalah mekanisme yang digunakan oleh SPA bagi menilai kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diserap ke dalam SPA untuk ditemuduga dan lantikan perkhidmatan awam. PAC telah dilaksanakan sejak tahun 1999 melibatkan semua INTAN kampus wilayah tidak terkecuali INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Calon-calon yang terlibat akan menjalani ujian kecergasan termasuklah berlari sejauh 2.4 kilometer dalam masa yang tertentu dan latihan jasmani yang berkaitan.

 

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Temuduga adalah proses terakhir yang perlu dijalani oleh calon-calon PTD sebelum diserap dalam jawatan tetap yang dikendalikan oleh SPA. Urusetia PAC akan mewujudkan satu pangkalan data markah untuk menilai calon semasa PAC dijalankan. Senarai nama yang mendapat penilaian tertinggi akan dipanggil ke temuduga bagi memasuki perkhidmatan PTD.

 

Pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik

Calon-calon yang melepasi proses temuduga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai PTD.

 

Langkah penting untuk masuk PTD

Anda wajib mendaftar di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk ditapis dan dipilih bagi menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

 

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Peperiksaan online bagi pengambilan terkini Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 (PTD) sudah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon yang sudah mengisi borang SPA dan dikategorikan sebagai layak sudah mula membuat persiapan kerana tarikh peperiksaan sudah pun diputuskan.

Laman carian seperti Google dibanjiri dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Ada banyak maklumat yang bertaburan di blog dan laman sosial. Namun begitu maklumat yang boleh didapati secara terkumpul akan dapat membantu calon-calon peperiksaan membuat persiapan dengan lebih tersusun dan terperinci.

 

Seksyen A : Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Dalam seksyen ini, calon-calon perlu tahu perkara-perkara yang melibatkan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 seperti Kerajaan Persekutuan, Pembahagian Kuasa Pentadbiran, Kuasa Perundangan, Kuasa Parlimen Dalam Setiap Negeri, Kuasa Eksekutif, Kuasa Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Doktrin Pengasingan Kuasa, Struktur Pemerintahan Malaysia, Peranan Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat, Keistimewaan Ahli Majlis Parlimen, Kabinet, Badan Eksekutif Kerajaan Persekutuan dan banyak lagi.

Contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 boleh dirujuk kepada contoh-contoh soalan di bawah sebagai panduan.

 

 

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1.    4 2/3 – 2 jam 55 minit =
A. 1 jam 25 minit
B. 1 jam 35 minit
C. 1 jam 45 minit
D. 1 jam 55 minit

2/3 = 2/3 x 60 20 minit
= 40 minit
4 3 jam 40 100 minit – 2 jam 55 minit
= 1 jam 45 minit

Jawapan : C

2. Hasmah membeli 1,240 biji gula-gula dan memberi Maswita 200 biji gula-gula. Bakinya disimpan dalam 8 balang kaca. Berapakah jumlah gula-gula dalam 3 balang tersebut?

A. 300 biji
B. 330 biji
C. 360 biji
D. 390 biji
(1,240 – 200) ÷ 8 x 3
= 1,040 ÷ 8 x 3
= 130 x 3
= 390 biji

Jawapan : D

3. Shahrul membeli 60 biji telur. 2/3 daripadanya diberi pada Kamal. Kirakan jumlah telur yang diperlukan untuk diberikan kepada 8 orang.

A. 16 biji
B. 32 biji
C. 64 biji
D. 72 biji

60 20 x 2/3 1 = 40
= 40 ÷ 5 x 8
= 64 biji

Jawapan : C

4. Nazri mempunyai 120 biji buah durian. Beliau memberi 1/5 buah durian kepada kawan-kawannya. 1/2 daripada bakinya dijual. Berapakah peratus buah durian yang masih ada?

A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%

(1 – 1/5) = 4/5
= 4/5 x 120 24 = 96
Peratus buah durian yang tinggal
96 48 x 1/2 = 48
100% x 48 2/120 5 = 2/5 1 x 100 20%
= 40%

Jawapan : B

5. Sebuah penimbang menunjukkan berat beberapa ekor ketam sebanyak 2.8 KG. Azli menambah 2 ekor ketam dengan berat 1 1/4 KG dan 800 G. Hitung jumlah berat keseluruhan ketam tersebut.

A. 4.15 KG
B. 4.30 KG
C. 4.60 KG
D. 4.85 KG

2.8 KG + 1 1/4 KG + 800 G
2.8 KG + 1 25/100 KG + 800/1000 G
2.8 KG + 1.25 KG + 0.8 KG
= 4.85 KG

Jawapan : D

 

468 ad

16 comments

  1. Jawatan Pegawai Tadbir dan diplomatik ini antara jawatan paling ramai calon nanti-nantikan
    Khairul Zamri recently posted…Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016My Profile

  2. Pastikan anda mendapatkan contoh soalan PTD Gred M41 yang akan diedarkan oleh laman Exam PTD Malaysia.

  3. info yang menarik untuk mereka memerlukan..
    mrhanafi recently posted…Jana Pendapatan Pasif Jadi Cabaran BloggerMy Profile

  4. pernah dapat sekali interview ptd ni tapi tak berjaya
    ajumohit recently posted…Salam Aidilfitri 1438 HijrahMy Profile

  5. Susah juga nak lepas temuduga pegawai tadbir diplomatik ni ya.
    Noriza Rahman recently posted…Terbukti dengan 7 Ramuan Utama Hasilkan Kolagen TerbaikMy Profile

  6. pegawai negara masih ramai menjadi pilihan untuk hidup masa kini di malaysia ya tuan
    jalan jalan recently posted…Resep Saus CakueMy Profile

    • ikhwanfahmi /

      Ya, PTD M41 ini jawatan kerja kerajaan yang popular di Malaysia.

  7. Boleh tahan juga soalan exam ni. Kena buat persediaan yang sepatutnya untuk lulus.

    Semoga berjaya kepada mereka yang menduduki peperiksaan online ni k?
    Dedaun Comel recently posted…3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !My Profile

  8. dulu masa habis belajar, ayah suruh masuk gomen jadi PTD. tapi itulah saya tak minat. konon nakkan cabaran kerja swasta, tak sampai 10 tahun saya berhenti. sekarang buat bisnes online sendiri dari rumah.
    Suriya Majid recently posted…Ini Ikhtiar Akhir Elak Kaki Kena Potong, Cepat Sebelum TerlambatMy Profile

  9. Sesiapa yang berminat memang memilih untuk jadi PTD. Kak Yong cuma jadi kumpulan pelaksana sahaja.
    azimah mohd zainuddin recently posted…Legakan Perut Meragam Dengan Smoothie Betik dan HaliaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge