Bisnes

Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads

Pemasaran emel lebih pantas dari FB Ads

FB Ads perlukan masa untuk sampai kepada pelanggan. Dalam 60 minit, berapa ramai prospek yang dapat lihat iklan anda? 5,000 orang? 10,000 orang? Untuk mencapai 1,000 orang prospek pun belum tentu kecuali anda bernasib baik kerana pemasaran emel lebih pantas dari FB Ads. Jika anda ada 10,000 orang subscriber kurang dari 1 jam emel yang dikirim sudah sampai.

Ada cadangan dari Hazli Khalim supaya anda buat jualan Happy Hour. Jam 11 pagi hingga 12 tengahari dapat rebet 50%. Hantar emel tersebut pada jam 9 – 10 pagi. Atau jualan pra pelancaran dengan rebet 70%. Habiskan stok dalam masa 2 – 3 jam sahaja. Dengan strategi Sense Of Urgency, jualan anda akan berjalan dengan cepat.

Boleh guna 2 cara untuk menjual seperti :

  • Harga tudung RM200 tapi saya boleh bagi potongan 50% atau
  • Harga tudung RM200 tapi saya bagi potongan 50% bermula jam 11 pagi sampai 12 tengahari saja. Kakak kena cepat sebab sistem kami setkan secara automatik.

 

Sebab itu ada sesetengah penjual tudung berjaya jual dan habiskan stok tudung mereka licin sebelum pelancaran. Perkara yang sama anda boleh terapkan dalam bisnes anda. Strategi yang sama digunakan oleh usahawan di luar sana untuk menjual seminar-seminar mereka. Pakej seminar terjual dalam masa 10 minit sahaja.

 

pemasaran emel lebih pantas dari fb ads
Pemasaran emel mampu menghantar emel sehingga 50,000 orang dengan pantas.

 

Cerita pada 1,000 orang serentak

Jika anda ada 1,000 orang yang melewati kedai anda dan anda mahu beritahu tentang jualan murah, adakah anda nak :

  • Cakap seorang demi seorang yang lalu lalang
  • Atau guna pembesar suara dan cakap kuat-kuat beritahu anda buat jualan Happy Hour?

 

Sudah tentu lagi senang guna pembesar suara. Semua orang boleh dengar. Begitulah bila membuat prosmosi bisnes anda. Pemasaran emel ibarat pembesar suara yang boleh menarik perhatian ramai orang dengan pantas. Hari ini ramai orang guna smartphone, jadi emel pun boleh baca dengan cepat. Prospek baca emel macam baca mesej WhatApps dan SMS.

Jual 100 helai tudung sebulan memang bagus. Tapi kalau dapat jual 100 tudung seminggu atau sehari lagi bagus. Jika wang keluar macam air paip, usahakanlah wang masuk balik macam paip bomba.

 

Target FB Ads dan target pemasaran emel

Bila anda guna FB Ads, target anda boleh ditentukan dengan lokasi, minat, umur dan jantina. Nak jual tudung pun mudah, sasarkan pada wanita sahaja, yang minat Page tudung, minat Page ustazah dan lain-lain.

Prospek pemasaran emel boleh disasarkan menerusi surat jualan yang dihantar. Sistem autoresponder akan berjalan secara automatik dan emel akan sampai pada pembaca. Setiap autoresponder akan memberi laporan seperti di bawah :

  • Berapa ramai yang buka dan tidak buka emel
  • Berapa ramai yang klik link dalam emel dan tidak klik
  • Berapa ramai yang membeli dan tidak membeli
  • Berapa ramai yang sudah lihat produk di laman jualan

 

Laporan di atas boleh membantu anda menghantar emel susulan untuk menghasilkan jualan. Ada seorang subscriber yang melihat tudung yang dijual, tetapi masih belum membuat tempahan. Sama ada tidak mampu, masih ragu-ragu atau tunggu gaji masuk. Anda boleh tawarkan rebet dengan menghantar kod diskaun supaya mereka terus membeli.

Selepas membuat tempahan, hantar emel terima kasih dan emel seterusnya untuk bertanyakan pendapat tentang tudung yang dibeli. Bukan itu sahaja, anda boleh berikan diskaun 20% pada pembeli yang mencadangkan tudung tersebut pada rakan-rakan mereka? Hanya perlu set sekali untuk jimatkan masa dan tenaga.

Anda boleh lakukan promosi produk yang betul, dengan prospek yang betul, pada waktu yang betul secara automatik. Sistem tersebut akan bekerja berterusan selagi ia tidak dihentikan. Walau bagaimana pun setiap bisnes mempunyai aliran jualan yang berbeza. Anda boleh jimat sehingga 70% dengan kempen pemasaran emel.

 

Kaedah yang berkesan untuk pemasaran

Sekarang ramai orang guna WhatApps untuk menjual dan close sale. Bila dikaji semula, usahawan yang sudah menjalankan lebih dari 5 tahun seperti Raja Kamil, Aqif Azizan, Jamal Sifu FB Ads, Irfan Khairi dan Cikgu Hafis menggunakan pemasaran emel sebagai medium pemasaran yang berkesan. Jika tidak, takkan mereka pilih pemasaran emel.

 

Pemasaran emel sebagai aset bisnes

Senarai emel dipanggil list. Jika berniaga tapi tak simpan senarai emel, ia ibarat berniaga tapi tak buat simpanan. Bila jualan menurun, tiada simpanan untuk digunakan. Sama sahaja dalam mempromosikan bisnes anda. FB Ads gunanya untuk tarik prospek terbaru dan pemasaran emel digunakan untuk simpan semua senarai emel pelanggan dari FB Ads.

Bila emel sudah dikumpul, emel boleh dihantar untuk mempromosikan produk sehinggalah mereka unsubscribe. Jika akaun Facebook anda dibekukan atau FB Ads kena flag, bisnes anda masih boleh hidup. Facebook juga pernah down jika anda perasan. Kalau tak, terpaksalah pos iklan ke group percuma, status sendiri dan guna media sosial yang lain.

Jika Fan Page yang ada 100,000 Likes boleh hilang, anda terpaksa buat yang baru. Mula dari bawah untuk cari Likers semula. Tetapi jika anda ada 10,000 ke 50,000 senarai emel, boleh minta mereka Like semula Fan Page anda. Minta mereka Share dengan rakan-rakan yang lain. Dalam masa yang singkat, Fan Page anda sudah hidup semula.

Pemasaran emel boleh membantu anda menjana pendapatan yang berganda. Dengan kos yang lebih rendah, anda boleh dapat hasil yang banyak dalam masa yang singkat. Guna teknik asas sahaja, jualan bisnes tudung menghasilkan jualan tambahan RM131,392.50. Jika guna teknik yang lebih baik, jualan tahunan anda pasti akan berlipat ganda.

Jamal Sifu FB Ads adalah usahawan yang menggunakan pemasaran emel selain dari FB Ads untuk hebahan maklumat. Anda tak perlu buat pemasaran emel yang susah, cukup untuk anda mulakan teknik asas dahulu. Belajarlah dari sekarang supaya anda tak menyesal dikemudian hari.

 

7 thoughts on “Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.