Pembantu Penguasa Kastam WK19
Kerjaya Pembantu Penguasa Kastam WK19 merupakan kumpulan sokongan kepada Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Calon-calon yang melepasi ujian temuduga akan ditempatkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 akan menerima kadar gaji yang bermula dengan RM929.00 sebulan sehingga RM3,377.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM95.00.

Syarat-syarat lantikan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Untuk menjadi seorang Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19, calon-calon mestilah mempunyai kelayakan minimum yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu :
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan tersebut.
- Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (serta mendapat lulus dalam Ujian Lisan) dalam tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan.
Tugas dan tanggungjawab Pembantu Penguasa Kastam :
- Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport/eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar/masuk di pintu-pintu masuk negara.
- Membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais.
- Menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti.
- Menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan.
- Membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Dapatkan rujukan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 di sini :
Contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Panduan temuduga Pembantu Penguasa Kastam
Jika anda mendapat panggilan temuduga Pembantu Penguasa WK19, sila rujuk kepada artikel contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam.
terima kasih atas info bermanfaat ini Tuan Ikhwan Fahmi
Arif Luqman recently posted…10 Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Dengan Jual Produk Orang Lain Dahulu
Sama-sama, semoga anda mendapat maklumat yang berharga dari artikel ini.
Assalamualaikum. Saye dpt panggilan iv pembantu penguasa kastam w17 28.10 ni. Saye nk tanye klaw bmi overweight n rabun boleh ke dpt jwtn ni ?
Sy dpt iv, bleh pm sy di nom 01117910649.. sy nk tanye sedikit info temuduga. Tq
Xde pemeriksaan fizikal ye temuduga pembantu kastam tahun ni?
Assalamualaikum .Saya dpt iv utk jawatan pembantu penguasa kastam wk19 .Soalan saya ,adakah iv utk tahun 2017 ada ujian fizikal dan pancaindera sbb saya rabun ( pakai cermin mata & kanta lekap) tetapi utk pemeriksaan yg lain seperti ketinggian ,berat badan dan berkawad ,saya rasa saya boleh melepasi peringkat tersebut sbb saya aktif berkawad sejak sekolah serta mempunyai bmi yg ideal .Mintak pendapat tuan ikhwan .
Wahh , saya pn dapat iv next april . Sy doakan awak berjayaa 🙂
Fiza tinggi minimum wanita brpe yer
awak dpt tak? sy pon rabun ni.. kena pegi iv tp tkt xlepas..huhu