Pembantu Tadbir Gred N19

Rakyat Malaysia yang membuat permohonan jawatan Pembantu Tadbir akan ditapis dan dipilih menerusi peperiksaan dan temuduga. Jawatan ini mempunyai permintaan yang tinggi baik di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia. Peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 diadakan bagi calon-calon yang layak.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 adalah jawatan dalam Kumpulan Sokongan II yang memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kelayakan minimum. Jawatan ini mendapat banyak permintaan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kerajaan negeri, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Tugas dan tanggung jawab Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 termasuklah menjalankan tugas perkeranian dan operasi dalam Kumpulan Sokongan meliputi tugas pentadbiran am, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengurusan personel, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi serta pengumpulan data dan maklumat.

Berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda kini berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada penjawat awam. Kerja sebagai Pembantu Tadbir banyak diperlukan dalam pelbagai kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Biar pun Gred N19 ini merupakan kakitangan sokongan, tugas dan tanggung jawab kerjaya Pegawai Tadbir ini tidak boleh dipandang rendah. Berikut adalah pecahan utama dalam kerjaya Pembantu Tadbir :

  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred WK19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19

 

pembantu tadbir gred n19

Pegawai Tadbir merupakan salah satu jawatan yang mendapat permintaan yang tinggi untuk lulusan SPM.

 

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Di antara syarat-syarat lantikan untuk Pembantu Tadbir Gred W19 ini termasuklah :

  • SPM atau kelulusan yang diiktiraf dan setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan kepujian dalam subjek Matematik atau Prinsip Akaun atau Perdagangan pada tahap peperiksaan berkaitan. Bakal gaji yang diterima pada peringkat permulaan ialah sebanyak RM929.00 atau
  • SPM dengan sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelulusan yang diiktiraf dan setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan menerima gaji RM983.13 pada peringkat permulaan atau
  • SPM dengan Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelulusan yang diiktiraf dan setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan gaji yang diterima sebanyak RM1,154.33 atau
  • Sijil Penyimpanan Kira-Kira atau Sijil Pengurusan Perniagaan yang dikeluarkan oleh Politeknik dan menerusi Kementerian Pendidikan atau kelulusan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia. Gaji sebanyak RM1,379.92 akan diterima sebagai permulaan dan
  • Mendapat Kepujian Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada tahap SPM atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

 

Tugas-tugas Pegawai Tadbir (Kewangan) Gred W19

Dipertanggung jawabkan untuk pengurusan kewangan secara sepenuh masa menerusi kerjasama dengan penyelia atau pihak pengurusan dalam aktiviti-aktiviti seperti :

  • Mengemaskini dan menyediakan belanjawan setiap tahun.
  • Mengawal dan menguruskan peruntukan dari kerajaan.
  • Menyediakan rekod dan menyelenggara laporan belanja.
  • Memantau, mengurus dan menyelenggara kesemua jenis panjar.
  • Merekod, mengurus dan membuat tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan pelbagai, pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer.

 

Pembantu Tadbir Kewangan W19

 

 

7 punca temuduga Pembantu Tadbir gagal

1. Tiada persediaan. Calon yang dipanggil temuduga Pembantu Tadbir hanya membuat persiapan ala kadar. Tidak ada persiapan yang rapi dan serius.

2. Tiada dokumen sokongan. Datang berlenggang tanpa bukti dokumen yang sama seperti dalam borang yang diisi semasa memohon jawatan Pembantu Tadbir. Tanpa bukti bagaimana mahu berjaya dalam temuduga?

3. Tak tahu isu semasa. Apa yang berlaku di Malaysia tidak diambil peduli. Jika pengetahuan am Malaysia pun tidak tahu, bagaimana mahu mentadbir pejabat bila dapat kerja kerajaan nanti?

4. Pakaian tidak formal. Semasa temuduga Pembantu Tadbir, pakaian anda mestilah mengikut kriteria yang boleh dirujuk pada laman SPA. Lihat sahaja contoh pakaian guru sekolah lelaki dan wanita. Begitulah contoh pakaian yang boleh anda ikuti.

5. Tidak bermaya. Tanpa tidur dan rehat yang cukup, anda akan keletihan. Prestasi anda akan menurun. Minda anda tidak dapat berfikir dengan cergas dan cerdas. Fikiran anda tidak dapat fokus pada sesi temuduga dan soalan tak dapat dijawab dengan baik.

6. Bersikap pasif. Calon tak berkomunikasi dengan panel penemuduga. Soalan yang ditanya tak dijawab dengan serius. Calon menjawab dengan terlalu pendek atau ringkas tanpa menghuraikan jawapan.

7. Datang lambat. Pastikan anda hadir 1 jam lebih awal di lokasi temuduga. Jika hadir lewat, panel penemuduga menganggap anda tidak serius dan komited dengan kerja yang ditawarakan. Selain itu, bila dapat kerja kerajaan Pegawai Tadbir nanti, anda akan lewat ke pejabat.