Pencen kerja kerajaan bukan jaminan
Ada seorang pelabur hartanah berpendapat, pencen kerja kerajaan bukan jaminan untuk hidup selesa. Zaidi Ismail memberitahu semasa sesi analisa kewangan bahawa :
Penjawat awam menolak wang percuma 13% dari gaji kerja yang dicarum kerajaan setiap bulan kerana mereka boleh manfaatkan akaun 2 dari KWSP untuk bina aset tanpa menunggu waktu pencen.
Kerajaan juga boleh bertukar pentadbiran di masa akan datang, maka skim pencen juga boleh diubah dengan skim lain. Selain itu, penjawat awam yang bersara awal tak dapat menikmati skim pencen, tiada KWSP dan tiada imbuhan.
Wang KWSP mahu digunakan secepat mungkin, masa pencen nanti belum tentu sempat merasa.

4 hartanah dengan pembiayaan bank dan kerajaan
Penjawat awam yang mengambil caruman KWSP boleh memiliki 4 hartanah tanpa hutang dalam masa 30 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Setiap 15 tahun yang pertama dan 15 tahun yang kedua, boleh membeli rumah dengan pembiayaan bank. 15 tahun yang ketiga dan 15 tahun yang keempat boleh memohon pembiayaan dengan kerajaan.
Staf kerajaan yang mempunyai hutang pembiayaan peribadi dan kad kredit, akaun KWSP boleh dimanfaatkan bagi meringankan beban hutang-hutang tersebut. Jika tidak, anda hidup untuk membayar hutang dalam tempoh yang lama.
Setiap 3 bulan sekali, akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan dengan jumlah tertentu untuk memiliki ekuiti syarikat awam yang mematuhi syariah.
Pencen yang bakal diterima pada masa akan datang akan terkesan dengan inflasi. Jika anda sudah mula membina harta pada hari ini dengan KWSP anda, beban anda akan menjadi lebih ringan.
Jalan lain menambahkan kekayaan
Bagi memastikan anda mempunyai pendapatan tambahan untuk persediaan hari tua, anda masih berpeluang untuk buat duit menerusi beberapa cara iaitu :
Membeli rumah kemudian menyewakannya. Anda boleh sewakan kepada orang lain sama ada sublet, homestay atau sewaan mengikut kepala. Jika anda tidak pasti untuk bermula, baca kisah-kisah bagaimana pelabur hartanah membina aset mereka.
Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk menjana pendapatan, apa yang anda perlu buat ialah pilih salah satu cara di atas dan mulakannya dari sekarang. Bertangguh hanya akan melambatkan usaha anda menambah pendapatan.
Jangka hayat semakin pendek, umur wajib pencen makin panjang…
Jadi, secara matematiknya….
Azwan recently posted…5 teknik menghasilkan gambar terbaik untuk iklan di media sosial
Sangat menarik perkongsian ni. Tapi kalau kwsp pun boleh tawarkan untuk semua pencarum kan lagi bagus
Noriza Rahman recently posted…Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Boleh kata hampir setiap hari saya dapat call dari pencen kerajaan yang bertanya untuk memohon pinjaman peribadi..
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
Ada pesara kerajaan lepas 3 tahun bersara, duit pencen habis, selepas tu kembali bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tanpa perancangan yang betu, duit yangbanyak tu sekejap aje habis. 🙂
Sani recently posted…5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
Bila wang pencen tidakdiuruskan dengan baik menyebabkan pesara terpaksa berkerja kembali..
semakkini recently posted…Tempat-Tempat Menarik di Sabah
jana pendapatan semaksima yang mungkin masa muda..
dalam masa yang sama hidup demgan takwa..
in shaa Allah …
masa tua akan diberi keberkatan ..
mati pun dipermudahkan ..
aamiin
mrhanafi recently posted…5 Punca Kalah Teruk Dalam Contest SEO