Penduduk murtad masjid terbiar
Peristiwa ini diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi bersama beberapa jemaah tabligh yang kini sedang giat berdakwah di negeri Sabah. Perjalanan mereka telah menemukan sebuah masjid yang terbiar sejak tahun 1996. Lokasi yang dikenal pasti terletak di Kampung Langkabong, Tongod, Sandakan.
Berdasarkan kenyataan dari Ustaz Ebit Lew, seluruh penduduk kampung tersebut telah dimurtadkan. Imam Daim iaitu Imam Daerah Tongod yang ditemui selepas solat Jumaat minggu lepas di Masjid Kampung Entilibon telah menceritakan hal tersebut dengan jelas.
Pada 6 Julai 2014, saya bersama ketua jemaah, Maulana Jamal mengharungi perjalanan ke Kampung Langkabong dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda model Hilux yang dimiliki oleh Poushto, seorang peniaga dari Pakistan. Kampung tersebut terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Masjid Daerah Tongod.
Sebaik sahaja kami tiba di kawasan berhampiran masjid, kami terpaksa meredah semak-samun dengan dibantu oleh Poushto. Tidak terfikir dalam hutan tersebut ada sebuah tinggalan masjid di dalamnya. Kira-kira 70 meter dari semak-samun tersebut barulah kami dapat melihat bangunan masjid yang samar-samar.
Terkedu kami melihat keadaan masjid tersebut. Kami meredah kotoran dan serpihan bumbung yang sudah runtuh untuk masuk ke dalam. Kami membuat keputusan untuk membersihkan bangunan masjid tersebut bersama-sama.

Menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum beredar
Salah seorang jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan setelah hampir 20 tahun kesepian. Sebelum beredar, kami menunaikan solat sunat 2 rakaat di situ.
Kami diberitahu oleh Poushto, masih ada 2 keluarga di sana yang masih beragama Islam. Kami membuat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berasal dari keturunan Bajau dan dilahirkan sebagai Muslim. Isterinya yang merupakan anak tempatan dan berketurunan Sungai yang memeluk agama Islam. Keluarga bapa dan adik-beradik sebelah isterinya sudah murtad kesemuanya.
Sejarah Islam dan murtad di Kampung Langkabong
Pada tahun 1979 sehingga 1982 adalah tahun bermulanya pengislaman beramai-ramai melibatkan 370 orang di Kampung Langkabong. Sebahagian besar dari mereka dilatih di Pusat Dakwah Keningau selama 3 tahun selepas mereka diislamkan. Adik ipar kepada Pakcik Awang, Abdul telah dilantik menjadi Bilal di masjid Lankabong.
Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.
Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.
Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”
Tangisan umat di Langkabong
Tujuan saya mengetengahkan isu kemurtadan yang berlaku di Sabah bukan utk menyalahkan mana-mana pihak. Dari peristiwa yang berlaku adalah untuk kita umat islam bermuhasabah semula apakah yang telah kita sumbangkan kepada agama kita.
Adalah senang menyalahkan orang lain tetapi susah dan jarang sekali yang berani mengatakan ‘semua ini berlaku kerana salah saya’. Dan inilah sifat yang ada pada Rasul kita (SAW), penghulu segala Anbiya dan sebaik-baik ciptaan di alam ini.
Cuba kita lihat apa yang Rasulullah lafazkan sewaktu beliau dilontar dan dihalau dengan batu oleh pemuda-pemuda samseng sewaktu Rasulullah menyampaikan dakwah di Thoif sehingga jasad baginda mengalirkan darah yang banyak.
Rasulullah mengadukan kelemahan dirinya ‘Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia…’.
Rasulullah tidak memarahi orang-orang kafir yang melontari beliau bahkan apabila ditawarkan oleh malaikat utk melagakan kedua belah bukit untuk menghancurkan orang-orang kafir tersebut, Rasulullah telah menolak dan berkata ‘walaupun kaum Bani Thaqif ini tidak nenerima dakwah saya, semoga zuriat-zuriat mereka akan menerima hidayat.
Hari ini apabila berlakunya peristiwa kemurtadan sebagai contohnya di Sabah, janganlah kita hanya menyalahkan Jabatan Agama Islam, missionary Kristian, para Imam masjid, pemimpin politik tetapi sebenarnya setiap individu muslim seharusnya di pertanggungjawabkan di atas kelalaian kita di dalam memegang amanah agama.
Seperti kata-kata Imam Ghazali ‘Jika seorang umat islam mati tanpa kalimah di kutub utara, semua umat islam akan dipertanggungjawabkan di atas kelalaiannya’.
Di kawasan Telupid ini di kebanyakan sekolah pelajarnya adalah 15% muslim dan 85% kristian tetapi guru-guru dan ustaz di sekolah adalah 50% muslim dan sebahagian besar adalah dari semenanjung (khususnya dari Kelantan).
Jika setiap guru-guru dan ustaz-ustaz menjadi sebagai dae’i (pendakwah) dan memberi sumbangan yg sewajarnya utk agama Allah, insyaaAllah gejala kemurtadan akan dapat dielakkan dan manusia akan berbondong-bondong masuk agama Allah.
Di sini sekali lagi saya ingin menekankan, semailah sikap “Salah Saya” dan sama-sama kita berdoa di bulan puasa ini agar Allah SWT mengampun dosa kita dan memberi keselamatan kepada umat islam di seluruh dunia.
Wassalam.
(Maaf jika ada kesilapan di dalam melaporkan
kisah ini bermula dizaman jeffery kitingan?
encikhafiz.my recently posted…Harga Kereta Perodua Selepas SST September 2018