Separa Perubatan

Pengajar Jururawat Gred U41

Pengajar Jururawat Gred U41

Kerjaya Pengajar Jururawat Gred U41 dikategorikan dalam kumpulan pengurusan dan profesional di Kementerian atau Jabatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kadar gaji yang bakal diterima oleh individu yang dilantik untuk jawatan ini bermula dengan RM2,260 dan akan bertambah sebanyak RM225 setahun sehingga mencapai gaji maksimum sebanyak RM8,756.

Untuk dilantik sebagai Pengajar Jururawat Gred U41, syarat-syarat seperti berikut haruslah dipenuhi iaitu :

  • Memiliki kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang mendapat pengiktirafan setaraf dengannya. Gaji yang akan diterima pada peringkat permulaan ialah RM2,260.
  • Pemohon berkenaan telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan).
  • Lulus Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

pengajar jururawat gred u41
Pengajar Separa Perubatan amat diperlukan untuk menampung kemasukan pelatih-pelatih baru.

 

Syarat-syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat layak untuk dipertimbangkan untuk PSL ke jawatan Pengajar Jururawat Gred U41 bergantung pada kekosongan jawatan, apabila telah mendapat pengesahan perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di atas. Umur yang ditetapkan mestilah kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Bidang-bidang yang boleh dipertimbangkan untuk Pengajar Jururawat Gred U41 adalah seperti berikut :

  • Nursing
  • Sarjana Muda Sains
  • Sarjana Muda Sains Kejururawatan

27 thoughts on “Pengajar Jururawat Gred U41”

  1. kalau saya lepasan stpm dalam bidang sastera, bolehkah saya apply untuk kerjaya pengajar jururawat?

      1. Betul ke kalau nak jadi pengajar jururawat u41 kena ada post basic selain ijazah baru boleh kena serap?..mohon penjelasan yang berpengalaman..

  2. gaji permulaan rm2260,lau gaji masa u29 lebih dr tu,lau dapat offer pengajar tetap gaji start rm2260 jugak?mohon pencerahan
    mcmne ngan elaun critical,elaun post basic, masih diteruskan atau tidak layak dapat?

  3. Kalau gaji basik sudah melebihi gaji yg ditawarkan..brp kah gaji yg diberi dan adakah dikira lantikan baru kerana cuti tahunan telah mencapai 35 hari setahun. Maksudnya cuti menjadi 25 hari shj setahun. Kerana gred saya U32.

  4. as salam saya kini bekerja diukm,tetapi ingin berpindah kerja untuk mohon sebagai pengajar jururawat tetapi adakah dari segi gaji….adakah akan berlaku transfer gaji ke macamana sebab gaji pook saya kini rm49xx…mohon pencerahan

  5. Hi, saya seorang jururawat tetapi sekarang sambung belajar untuk ijazah. Kalau nak jadi pengajar, kena ambil kursus teaching metadology ke….?

  6. Helo encik. Sy auda bertugas 12 tahun di hospital kkm sbg jururawat u41. Dan baru di naikkan pangkat tahun lepas ke u44. Sy apply spa9 sbb mmg sy agt minat utk jd pendidik. Tp sy apply pengajar u41 sbb itu shj yg ditawarkan. Adalah sy perlu downgrade gaji pokok dan gred sy ke u41 semula utk menjadi pengajar tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.