Uber

Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya

Pengalaman pemandu Uber Cyberjaya

Memiliki pengalaman sebagai Uber Driver amat penting untuk anda membantu pemandu Uber yang baru memulakan kerjaya mereka. Jika pengalaman pemandu Uber Kuala Lumpur boleh membantu pemandu Uber memandu di sekitar Kuala Lumpur, pengalaman pemandu Uber Cyberjaya pula penting untuk anda yang nak memandu Uber di Cyberjaya dan KLIA.

 

pengalaman pemandu uber cyberjaya

 

Pandu kereta seawal 6 pagi

Pemandu Uber Cyberjaya yang dikenali dengan nama Ruslan Saharudin mula memandu pada jam 6 hingga 10 pagi, 12 tengahari hingga 2 petang dan 4 petang hingga 8 malam. Lokasi yang menjadi tumpuan beliau ialah tempat sibuk seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Bangsar, Hartamas dan tempat-tempat yang ada Boost dan Surge.

 

Sehari RM250 seminggu RM1,500

Target sehari beliau adalah RM250 dan ke atas. Pendapatan kasar mingguan ialah RM1,500 hingga RM1,800. Untuk tabung selenggara kereta RM10 dan RM20 untuk simpanan. Bank deposit digunakan untuk belanja rumah dan selesaikan komitmen. Jika target RM250 tak tercapai, ia akan disambung pada keesokkan harinya.

 

Tips elak rugi semasa memandu

Untuk mengurangkan kerugian semasa memandu, beliau mengelakkan waktu sesak, tiada Surge atau Boost dan kecewa dengan Upfront Fare. Jadi beliau memilih untuk memandu dengan pendapatan RM20 sejam dan ke atas. Lapangan terbang bukanlah minat beliau kerana selalu balik dengan kereta kosong, kecuali hari Ahad malam kerana permintaan tinggi.

Hari minggu kurang waktu memandu kerana kurang permintaan. Kurangkan mengambil penumpang jika lebih dari 10 minit dan melebihi 5 kilometer. Jika ada tanda-tanda awal penumpang yang bermasalah, batalkan sahaja untuk menjaga penarafan bintang. Anda akan belajar sendiri menguruskan penumpang bila mula memandu nanti.

Memandu dengan Uber ibarat buat bisnes, ada hari dapat komisyen lebih, ada yang kurang. Bila memandu hadkan kepada 10 hingga 15 jam sehari untuk menjaga kesihatan. Kereta yang beliau gunakan ialah Persona dan Myvi.

 

Buat duit tambahan dengan Quest

Katakan ada 13 trips untuk dapat RM60, 1 trip dikira RM4.61. Anda perlu memandu dari 6 pagi ke 9 pagi dan 5 petang ke 8 malam selama 6 jam. Pendapatan boleh dapat RM20 per jam, jadi anda boleh dapat RM60 campur tambang RM60 = RM120.

Anda boleh sasarkan pendapatan RM25 sejam bila waktu puncak. Jumlah kutipan boleh dapat RM90 campur Quest RM60 jadi RM150.

 

Quest mingguan

  • 54 trip dapat RM130 hingga RM170
  • 1 trip dapat ekstra RM2.40 hingga RM3.15
  • Trip biasa mudah nak capai sebab sehari boleh buat 15 trip jika memandu 8 jam
  • 15 trip x 4 hari dapat 60 trip
  • 1 jam = 2 trip

Tak perlu kejar trip pendek jika boleh maksimumkan pendapatan dengan waktu puncak dan tambang tinggi.

11 thoughts on “Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.