Uber

Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur

Pengalaman pemandu Uber Kuala Lumpur

Bagi anda yang baru nak memandu dengan Uber, anda boleh baca kisah Uber Driver yang terdahulu. Ini adalah pengalaman pemandu Uber Kuala Lumpur yang memandu kereta Perodua Myvi. Menurut beliau, Perodua Bezza lagi jimat dari segi penggunaan minyak petrol. Beliau menjadi Uber Driver Kuala Lumpur sepenuh masa.

 

pengalaman pemandu uber kuala lumpur
Gunakan pengalaman pemandu Uber yang lain untuk menambah pengetahuan anda.

 

Kos minyak RM50 sehari

Sehari isi petrol untuk RM50 dan tol Touch and Go RM100 untuk kegunaan seminggu. Sasaran beliau ialah RM180 ke atas (tidak termasuk insentif). Untuk 5 hari memandu sudah dapat RM900 belum dicampur dengan insentif. Tolak kos minyak RM250 dan tol RM100 boleh dapat bersih RM550. Jika insentif RM300 maka seminggu RM850 beliau dapat bersih.

 

Seminggu RM850 dengan memandu Uber

Hari Sabtu dan Ahad beliau tak memandu, kalau ada pun dikira sebagai lebih masa. Jadi modal memandu yang diperlukan ialah RM350. Untuk pendapatan seminggu, beliau dapat RM850 x 4 minggu = RM3,400 termasuk insentif.

Ini adalah pendapatan anggaran, bukan jumlah yang tempat. Cara ini adalah pengalaman dari beliau sendiri. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza semasa memandu dengan Uber. Ada yang boleh dapat RM1,500 dengan memandu Uber, ada yang dapat RM2,000 dengan memandu Uber.

Ada juga yang boleh dapat sehingga RM4,300 dengan memandu Uber, malah ada yang boleh dapat sehingga RM10,000 dengan memandu Uber. Itu semua bergantung pada jarak, masa dan insentif memandu. Paling seronok bila anda dapat tips dari penumpang Uber.

 

Syarat mohon jadi pemandu Uber

Gunakan kereta anda yang selama ini dianggap sebagai liabiliti sebagai aset untuk menambah pendapatan dengan Uber. Asalkan kereta anda mempunyai 4 pintu, bukan dari model Perodua Kancil, Kelisa dan Kenari atau Proton Iswara, Wira dan Waja. Kereta anda mestilah tidak lebih dari 10 tahun atau dikeluarkan pada tahun 2009 ke atas.

5 thoughts on “Pengalaman Pemandu Uber Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.