Penguasa Kastam Dipecat Kerana Rasuah
Jun 15
Penguasa kastam dipecat kerana rasuah
Gejala rasuah berlaku di mana-mana sahaja termasuk dalam perkhidmatan awam. Seramai 40 orang Penguasa Kastam dipecat kerana rasuah yang berlaku setiap tahun. Ini diakui oleh Datuk T Subromaniam selaku Ketua Pengarah Kastam menyatakan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap Penguasa Kastam yang terlibat dengan rasuah.
Beliau telah mengemaskini pengurusan Jabatan Kastam untuk menangani penyelewengan dan gejala rasuah selepas dinaikkan sebagai Ketua Pengarah. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam terdahulu mempunyai kelemahan dari aspek penguatkuasaan.
Sistem pentadbiran hari ini akan diteliti supaya dapat mengesan Penguasa Kastam yang cuba mengambil peluang untuk menerima suapan bersama dengan individu yang menjalankan kegiatan penyeludupan.

Rasuah yang berlaku di Malaysia turut melibatkan Penguasa Kastam.
Jabatan Kastam akan memeriksa setiap barang yang dieksport atau diimport memiliki rekod yang jelas bersama dengan nama Penguasa Kastam yang bertugas meluluskan kemasukan dan pengeluaran barang tersebut.
Disebabkan segelintir Penguasa Kastam yang terlibat dengan rasuah, seluruh Jabatan Kastam tercemar. Bagi melicinkan gerak kerja seseorang Penguasa Kastam, tempat bertugas seseorang Penguasa Kastam akan diubah.
Seseorang Penguasa Kastam tidak akan berada di sesuatu tempat yang sama dalam jangka masa yang panjang untuk mengelakkan mereka berada dalam zon selesa.
Download Ebook PERCUMA Di Sini!
Borang Daftar Ebook Percuma
Isikan nama dan emel anda di bahagian ini.
Kami bencikan SPAM seperti anda juga! Nama dan emel anda terpelihara bersama kami.
Penting : Semak Inbox atau Spam Folder anda selepas mendaftar!
Rasuah dah membarah dalam masayarakat kita
Kalau makan babi memang jijik
Tapi makan rasuah tak nampak jijiknya
Cuma kita dapat rasa berkat makin terangkat dalam hidup
Mazni Azmi recently posted…Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
Rasuah dah membarah dalam masayarakat kita
Kalau makan babi memang jijik
Tapi makan rasuah tak nampak jijiknya
Cuma kita dapat rasa berkat makin terangkat dalam hidup
Mazni Azmi recently posted…Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
Tak ada hukuman keras untuk rasuah ni. Malu bila tengok negara orang yang majoriti non muslim membangun tanpa rasuah atau rate rasuah yang sangat rendah.Elok hukuman bunuh je .
rahimah recently posted…Pakej Melancong Ke Turki 2017 – Istanbul Aku Datang
Rasuah ni sebab yang diatas pun amalkan jadi pegawai bawahan turut serta. Kena banteras si pemberi rasuah tu juga habis-habisan
Noriza Abdul Rahman recently posted…Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!