Penguasa Kastam Gred WK41
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertindak sebagai badan yang diberi kebenaran untuk memungut hasil menerusi cukai tidak langsung dan mengawal selia perkembangan perindustrian dan perdagangan yang membangun dengan pesat.
JKDM turut memantau dan melindungi perdagangan negara daripada aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bagi melindungi hasil dan menjaga perkembangan sosial, ekonomi dan keselamatan serta kedaulatan negara.
Hasil dikutip menerusi duti eksport, duti import, duti eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan levi keuntungan luar biasa. JKDM juga bertindak untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan memberi bantuan nasihat berkenaan tatacara dan prosedur perkastaman dan percukaian secara langsung.
JKDM perlu memantau undang-undang yang ditadbir dilaksanakan secara tulus dan benar. Meningkatkan pengetahuan awam dan pelesen berkaitan dengan kepentingan undang-undang yang berkenaan adalah tanggungjawab JKDM. Perkhidmatan yang berkualiti dan professional perlu diberikan selaras dengan piagam pelanggan yang telah digariskan.

Peluang kerjaya di JKDM
Pihak JKDM tidak mengadakan pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Atasan. Ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Untuk jawatan Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Rendah Awam, Pembantu Am Pejabat dan Pemandu, JKDM akan menyiarkan iklan jawatan kosong tersebut ke akhbar-akhbar harian di seluruh negara. Permohonan boleh dibuat sepanjang masa dan tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Jawatan dalam JKDM :
Bagi jawatan Penguasa Kastam, calon-calon yang berjaya menduduki peperiksaan dan lulus temuduga akan ditempatkan di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
Peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41
Rakyat Malaysia yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan memohon jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 akan ditapis untuk menduduki peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41. Pemilihan dibuat dengan mengambil kira kelayakan dan kelulusan calon-calon yang membuat permohonan.
Soalan-soalan yang bakal ditanya dalam peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 2 seksyen iaitu :
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Contoh soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41
Contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 terdiri dari 2 bahagian. Berikut ialah contoh soalan bagi Seksyen A, Pengetahuan Am.
Contoh soalan seksyen A – Pengetahuan am.
1. Sumber sejarah yang diperolehi menerusi kaedah arkeologi termasuklah
I. Artifak
II. Batu bersurat
III. Fosil
IV. Manuskrip
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan : B
2. Penemuan serpihan wang perak di Lembah Bujang menandakan bahawa tempat tersebut pernah menjadi
A. Pusat kebudayaan
B. Pusat keagamaan
C. Pelabuhan entrepot
D. Pusat perlombongan
Jawapan : C
3. Perkembangan sebuah kampung nelayan kecil semasa pemerintahan Parameswara bertukar menjadi pelabuhan entrepot terkenal yang dikenali sebagai Melaka bergantung kepada
A. Bantuan luaran
B. Bentuk muka bumi
C. Aktiviti ekonomi
D. Kepimpinan pemerintah
Jawapan : D
4. Melaka dan China sama-sama mengadakan hubungan diplomatik atas tujuan
A. Keamanan negeri
B. Kemaskini pentadbiran
C. Perkembangan ekonomi
D. Pertukaran budaya
Jawapan : A
5. Melaka mempunyai kesan perkembangan agama Islam menerusi kewujudan
A. Institusi sultan
B. Jalinan hubungan diplomatik
C. Sastera Islamik
D. Sistem pentadbiran sosial
Jawapan : A
6. Sistem Residen diperkenalkan di Tanah Melayu sejak
A. Penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826
B. Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896
C. Perjanjian Inggeris Belanda dimeterai pada tahun 1824
D. Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874
Jawapan : D
7. Dato’ Onn bin Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana
A. Beliau telah uzur dan mahu bersara
B. Cadangan beliau supaya UMNO membuka keahlian kepada kaum lain ditolak oleh ahli-ahli UMNO
C. Perhimpunan Agung UMNO telah meluluskan undi tidak percaya terhadap beliau
D. UMNO lebih sesuai dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman
Jawapan : B
8. Faktor-faktor berikut membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kecuali
A. Bahasa kebangsaan yang diputuskan ialah Bahasa Melayu
B. Penduduk diiktiraf menjadi warganegara berpandukan prinsip jus soli
C. Perlembagaan Persekutuan memberi hak istimewa kepada Orang Melayu
D. Semua warganegara berpeluang untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam
Jawapan : D
9. Nyatakan tujuan Suruhanjaya Cobbold (1962) ditubuhkan
A. Membentuk Perlembagaan Malaysia
B. Mengesahkan Jawatankuasa Antara Kerajaan pembentukan Malaysia
C. Membantu Suruhanjaya Khas PBB mendengar pandangan warga Borneo
D. Meninjau pandangan Sabah dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Malaysia
Jawapan : D
10. Selepas konflik perkauman 13 Mei 1969 tercetus, apakah langkah utama yang diambil oleh Kerajaan untuk membanteras konflik tersebut?
A. Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal dan dilaksanakan
B. Membubarkan Parlimen
C. Mengisytiharkan darurat
D. Rukun Negara dijadikan sebagai amalan seharian
Jawapan : A
Contoh soalan seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Ini adalah contoh soalan bagi Seksyen B, Daya Menyelesaikan Masalah.
Jawab soalan nombor satu berdasarkan pernyataan di bawah.
Prestasi pelajar X dan Y paling cemerlang di sekolah P. Mereka sedang menduduki peperiksaan kemasukan Universiti Q, sebuah universiti yang terkenal.
Guru Kam : Jika X Berjaya, Y juga berjaya.
Guru Lek : Mengikut pandangan saya, tiada seorang pun berjaya masuk Universiti Q.
Guru Man : Sama ada X berjaya atau tidak, Y pasti tidak akan berjaya.
Guru Ng : X tidak akan berjaya, tetapi Y tentu berjaya.
1. Keputusan peperiksaan menunjukkan di antara ramalan guru mereka, salah seorangnya adalah tepat. Siapakah guru yang membuat ramalan tepat?
A. Guru Kam
B. Guru Lek
C. Guru Man
D. Guru Ng
Jawapan : A
2. Dr. Wong mencadangkan pesakitnya yang baru sahaja menjalani peperiksaan, menjalani pembedahan; jika tidak, pesakit tidak akan sembuh. Berdasarkan cadangan kenegaraan” Dr. Wong, kita boleh menginterpretasi bahawa
A. Dr. Wong menjalani pembedahan
B. Pesakit telah sembuh selepas pembedahan
C. Pesakit tidak dapat diubati
D. Mengikut Dr. Wong, jika pesakit mahu sembuh, dia mesti menjalani pembedahan
Jawapan : D
3. Jihad membeli sebuah komputer riba dengan deposit sebanyak RM439. Bakinya dijelaskan secara ansuran selama 6 bulan dengan kadar RM164 sebulan. Kirakan jumlah keseluruhan yang dibayar oleh beliau.
A. RM1423
B. RM1042
C. RM984
D. RM63
Jawapan : A
4 tips peperiksaan Penguasa Kastam
Ramai calon yang kecewa semasa menjawab soalan peperiksaan online anjuran SPA. Di antara kekecewaan yang dikenal pasti ialah tidak dapat log-in ke dalam sistem peperiksaan, tidak dapat tukar seksyen, tidak cukup masa dan tidak dapat hantar soalan. Oleh itu saya kongsikan 4 tips peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 sebagai persediaan anda.
1. Lebih sukar. Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 lebih tinggi daripada Penolong Penguasa Kastam Gred WK27. Jadi tahap soalan yang bakal ditanya adalah lebih sukar dan skop jawatan ini lebih luas.
2. Guna komputer terbaik. Terbaik yang bagaimana? Kenapa nak guna yang terbaik? Pilih komputer yang ada pemproses laju dan memori yang besar.
3. Akses internet yang stabil. Ambil sedikit masa untuk mencari talian internet yang stabil. Elakkan dari menggunakan broadband.
4. Log-in peperiksaan dalam emel. Semak emel anda yang diterima dari SPA. Guna link tersebut untuk masuk ke laman peperiksaan.
Jika anda buka laman SPA dan log-in dari sana, anda bakal menghadapi masalah seperti server jammed. Tak boleh daftar masuk, tak boleh tukar seksyen dan sebagainya.
Cara beli ebook peperiksaan Penguasa Kastam
Tahniah untuk anda yang telah melakukan pembelian ebook peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41. Sebelum membuat sebarang pembelian, sila pastikan ada telah membuat pilihan pakej yang betul.
Bagi yang keliru dengan cara pembelian, berikut adalah langkah yang diperlukan :
Langkah 1
Clear cookies untuk ringankan browser anda. Selain itu, ia boleh mengelakkan data peribadi anda seperti username dan password disalah guna oleh orang lain di samping menambah kelajuan pada browser internet anda.
Langkah 2
Terus klik link pembelian di laman ini :
–>Ebook Penguasa Kastam Gred WK41
Langkah 3
Isikan emel anda di bahagian bawah laman tersebut dan klik PROCEED to CHECKOUT.
Langkah 4
Setelah itu anda akan dibawa ke laman untuk anda isi maklumat anda. Isi maklumat di sana.
Langkah 5
Pilih mod pembayaran. Anda ada pilihan untuk pilih pembayaran kad kredit atau melalui pembayaran bank tempatan. Jika melalui kad kredit/debit anda akan di bawa ke laman untuk anda isikan maklumat kad anda.
Jika melalui bank tempatan anda akan di bawa ke laman yang mengandungi maklumat BANK TIM INFOKERJAYA.
“SAVE alamat laman ini” Selepas pembayaran dilakukan, kembali ke laman ini dan isi Nama Bank dan sedikit bukti pembayaran dan klik hantar.
Langkah 6
Semak emel anda dalam tempoh 5 minit. Sistem akan hantar 1 emel dan anda perlu REPLY emel itu dengan lampirkan bukti pembayaran (SCAN/GAMBAR resit).
Langkah 7
Dalam tempoh 24 – 48 jam anda akan dapat akses produk anda.
Buat persediaan mulai sekarang.
Terus ke :
–>Ebook Penguasa Kastam Gred WK41
semoga berjaya semua calon
Raihanah recently posted…Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
Semoga tahun ni ada peperiksaan Penguasa Kastam.
Berminat jug adenagn skop kerja kastam ni tapi dah terlebih umur nak memohon
Noriza Rahman recently posted…5 Sebab Kenapa Surirumah Perlukan Iron Philips
dah terlalu tua untuk mohon jawatan ni..
rasa nak bersara dalam 10 tahun lagi
zool recently posted…Ke Hospital Jasin dan Hospital Pantai , Majlis Perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru
Menarik kerja kerajaan jadi kastam ni.Harap ada tahun ni.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Bagus berkhidmat dengan agensi kastam. Banyak manfaat boleh dapat.
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted…Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Macam nak sediakan untuk anak apply tahun depan. Macam mana nak dapat info tentang skop dan kelayakan ke tiga-tiga jawatan di atas ? Berminat nak beli ebook tu.
Banyak info yang baru tahu. Macam mana nak tahu bila jawatan ni dibuka ya?
Faezah Abdul Jalil recently posted…Set Bajet Shaklee untuk Pengurusan Berat Badan Ideal
Assalamualaikum, tumpang tanya.
Saya dpt email dri SPA utk pergi ke temuduga Penguasa Kastam Bulan depan.
Tapi saya tak ada peperiksaan online pon. adakah ambilan sekarang tak perlu duduk peperiksaan online? di pusat temuduga nanti adakah ada ujian fizikal?
Kali ini tiada peperiksaan online, terus ke tapisan temuduga.
salah satu cita-cita dulu, sekarang dah terkubur. Kepada yang ingin mencuba, teruskan usaha anda dan selamat berjaya.
Masih boleh diusahakan, isi dulu borang SPA.
Salah satu agensi yang perlu telus dalam beroperasi
elakkan rasuah kerana rosaknya sampai anak cucu kita
Mazni Azmi recently posted…Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!