Akauntan

Penolong Akauntan Gred W27

Penolong Akauntan Gred W27

Penolong Akauntan Gred W27 merupakan jawatan di peringkat sokongan yang ditempatkan di kementerian atau jabatan seperti Jabatan Akauntan Negara. Kadar gaji minimum yang ditawarkan ialah RM1,367. Maksimum gaji yang bakal diperolehi ialah RM5,098 dengan kenaikan RM145 setahun.

 

Syarat-syarat kelayakan

Syarat lantikan untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W27 ialah anda wajib memiliki diploma dalam bidang pengajian bank, pengajian perakaunan atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan yang ditawarkan ialah RM1,667.08.

Memiliki kelulusan Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya juga adalah satu kelebihan. Gaji bermula dengan RM1,892.68.

Anda wajib lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27.

Ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di atas atau telah lulus Peperiksaan Khas dan berusia kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penolong Akauntan Gred W27 bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

 

Peperiksaan online Penolong Akauntan

Peperiksaan ini bakal diadakan untuk menguji kemahiran calon dan daya pemikiran yang dimilikinya sebelum diserap masuk sebagai staf kerajaan di jabatan-jabatan yang tertentu. Ramai calon-calon yang mencari panduan peperiksaan online Penolong Akauntan sebagai langkah persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini.

 

Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan

Ia terbahagi kepada 3 bahagian yang utama :

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Ujian Psikometrik

 

Rujukan peperiksaan online Penolong Akauntan

Bagi anda yang terlibat dengan peperiksaan online Penolong Akauntan Gred W27, panduan di bawah ini boleh membantu anda membuat persediaan peperiksaan. Ianya mengandungi nota dan contoh soalan peperiksaan yang berkaitan dengan Penolong Akauntan. Klik pada imej di bawah untuk membuat tempahan.

4 thoughts on “Penolong Akauntan Gred W27”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.