Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27

May 05

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27

Jawatan ini dikategorikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam kumpulan Sokongan. Calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan dan temuduga akan diberi peluang untuk berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

Gaji yang ditawarkan bermula dengan RM1,362.00 dan kadar gaji yang tertinggi ialah RM5,092.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM145.00.

Mereka yang berminat dengan jawatan ini mestilah mempunyai kelayakan seperti STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan juga termasuk dalam syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini. Walau bagaimana pun, calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan akan diberi keutamaan.

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pembantu Belia dan Sukan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 menerusi Peningkatan Secara Latihan (PSL). Ia bergantung kepada kekosongan jawatan, telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat seperti mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan di atas, atau lulus Peperiksaan Khas dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Tugas dan tanggungjawab

Di antara tugas yang perlu dijalankan bagi jawatan ini ialah bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program atau projek belia dan sukan, termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 bakal dijalankan dalam masa yang terdekat. Menurut pengumuman SPA, peperiksaan bakal dijalankan atas talian. Calon-calon yang terlibat hanya perlu berada di depan komputer yang ada sambungan talian internet pada hari peperiksaan.

Calon-calon peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 boleh mendapatkan panduan dan contoh soalan peperiksaan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 dari kami tidak lama lagi. Pakej ini mempunyai nota dan panduan contoh-contoh soalan serta jawapan peperiksaan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27.

 

Format peperiksaan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Calon-calon perlu menjawab soalan peperiksaan yang terdiri dari 2 seksyen iaitu :

Seksyen A : Pengetahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia.
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah.

Format peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 terdiri daripada :

Bahagian I : Kecenderungan

Bahagian ini mempunyai 2 seksyen iaitu :

1. Bahagian A : Pengetahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia.
2. Bahagian B : Daya Menyelesaikan Masalah.

Setiap satu bahagian dipadankan dengan tahap peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 yang bakal menguji daya pemikiran calon. Calon-calon perlu melakukan persediaan untuk menjawab dan lulus dengan jayanya.

 

Contoh soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

1. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada satu temasya sukan yang berprestij dan bertaraf dunia pada tahun 1998. Apakah nama temasya sukan tersebut?

A. Sukan Komanwel
B. Sukan Malaysia (SUKMA)
C. Sukan Olimpik
D. Sukan Paralimpik

Jawapan : D

 

2. Kuasa tertinggi pentadbiran negara ialah

A. Majlis Raja-Raja
B. Perdana Menteri
C. Perlembagaan Malaysia
D. Yang di Pertuan Agong

Jawapan : C

 

3. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda dimeterai, pihak Inggeris telah membawa masuk

A. Buruh-buruh Jawa
B. Buruh-buruh Cina
C. Buruh-buruh India
D. Buruh-buruh Filipina

Jawapan : B

 

4. Namakan dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memperkembangkan ikatan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum

A. Dasar Ekonomi Negara
B. Dasar Pendidikan Kebangsaan
C. Dasar Perpaduan Negara
D. Dasar Perindustrian Negara

Jawapan : C

 

5. Berikan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan masyarakat majmuk di Semenanjung Malaysia

A. Kadar pengangguran yang pesat di seberang
B. Pemisahan dua kawasan Kepulauan Melayu oleh Penjajah Belanda dan Inggeris.
C. Kekosongan dalam sektor pekerjaan di Malaysia
D. Sektor perindustrian berkembang pesat

Jawapan : B

 

6. Kerajaan Malaysia menetapkan matlamat pada tahun 2010 iaitu

A. Pengurangan penduduk ke paras 12.5 juta
B. Pembentukan masyarakat majmuk yang bertamadun
C. Pembentukan perindustrian maju
D. Pembentukan pencapaian penduduk 70 juta

Jawapan : A

 

7. Nyatakan tarikh Majlis Perundangan Negara dimansuhkan

A. 21 Februari 1971
B. 23 Februari 1971
C. 25 Februari 1971
D. 27 Februari 1971

Jawapan : B

 

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Calon-calon perlu menyelesaikan masalah-masalah menerusi pendekatan yang berikut :

(i) Kemahiran menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah. Dalam seksyen ini, calon-calon diberikan masalah yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon-calon perlu menggunakan kepintaran fikiran dan logik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

(ii) Kemahiran menginterpretasikan data. Calon-calon akan diberikan data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

(iii) Konsep matematik. Konsep yang digunakan termasuklah kemahiran numeric dan kuantitatif bagi mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

 

Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Belia dan Sukan S271.

Karim bekerja selama 8 jam sehari dalam tempoh seminggu. Jika dia dibayar RM3.40 sejam, kira pendapatan bulanan bagi Karim.

A. RM544.00
B. RM135.00
C. RM775.00
D. RM80.00

Jawapan : A

 

2. Panjang sebatang paip ialah 90cm. 3/5 daripadanya dicat dengan warna hitam, 15cm dicat dengan warna oren dan selebihnya dicat dengan warna biru. Pecahan paip yang dicat dengan warna biru ialah

A. 23/30
B. 7/30
C. 13/20
D. 17/30

Jawapan : B

 

3. Tebal bagi 90 keping kertas ialah 0.6 cm. Tebal bagi 216 keping kertas ialah

A. 7.0 cm
B. 2.5 cm
C. 1.48 cm
D. 1.44 cm

Jawapan : D

 

4. Dalam pilihanraya, 70% daripada 9000 pengundi yang berdaftar telah mengundi. Separuh daripada jumlah tersebut telah memilih calon B, 2100 memilih calon P dan bakinya ialah undi rosak. Kira jumlah undi yang rosak

A. 1050
B. 950
C. 3050
D. 2440

Jawapan : A

 

5. Harga minyak sawit ialah RM1025 satu tan pada hari Isnin. Harganya berubah +RM85, -RM37 dan +24 pada hari lain. Jumlahkan harganya pada hari yang terakhir

A. RM1012
B. RM1073
C. RM1049
D. RM1097

Jawapan : C

 

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W27

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan.

Untuk peperiksaan Penolong Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan pada banner di bawah.

 

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.