Penolong Pegawai Penerangan
Tak lama lagi peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 akan diadakan. Dahulu ia dibuat secara offline tapi kini secara online. Calon-calon yang terlibat tetap perlu membuat persediaan seperti yang dilakukan oleh calon-calon sebelum ini. Tips lulus peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 ini mengambil kira faktor persediaan Pengetahuan Am, Matematik dan Ujian Psikometrik.

Oleh sebab peperiksaan dijalankan secara online, talian internet yang diperlukan haruslah stabil dan tidak putus-putus. Elakkan daripada menggunakan broadband. Sebaik-baiknya dapatkan internet talian tetap seperti Unifi atau Maxis Fiber.
Persediaan anda mestilah dibuat dengan cepat kerana anda memang tak ada masa yang panjang. Elakkan daripada berasa keliru sebab tak tahu nak baca topik apa. Jadi pertama sekali selidik apa format peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 dahulu. Secara amnya ia terdiri daripada 3 seksyen iaitu :
- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Ujian Psikometrik
Tips menjawab Seksyen A : Pengetahuan Am
Cara pantas untuk menjawab seksyen ini ialah menyelidik perkara-perkara yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Penerangan S27 itu sendiri. Seperti contoh kadar gaji, apakah kelulusan yang diperlukan, skop pekerjaan dan deskripsi tugas. Selain itu kaji di manakah mereka ditempatkan.
Tips menjawab Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, anda hanya perlu membuat ulangkaji operasi matematik semasa belajar di sekolah menengah dahulu. Rujuk kembali buku-buku nota di pasaran. Formulanya tidak berubah meskipun silibusnya sudah digubal dari masa ke semasa. Ada formula matematik di zaman sekolah ibu bapa kita masih lagi digunakan sehinggi hari ini. Hanya nama sahaja yang berubah.
Tips menjawab Seksyen C : Ujian Psikometrik
Ujian Psikometrik ini berkaitan dengan disiplin atau sikap diri anda. Untuk menjawab soalan seksyen ini anda perlu memilih jawapan yang benar-benar tepat kerana jawapannya hampir sama atau mampu mengelirukan anda. Perlu diingat bahawa soalan dalam seksyen ini dicipta untuk menilai tahap minat anda untuk menjadi Penolong Pegawai Penerangan S27.
Panduan yang sesuai untuk anda
Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 adalah rujukan yang tepat untuk anda kerana ia ditulis berdasarkan format peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 dan disertakan contoh soalan dan jawapan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29.
terima kasih dgn perkongsian ini
inilah jawatan yang saya idamkan suatu ketika dahulu…
sekarang dah ada kerjaya freelance dan profesionalisme
Hero Borneo recently posted…Siapa Hero Borneo Yang Sebenarnya ?
Saya juga pernah idamkan kerja kerajaan masa dulu.