Penolong Penguasa Kastam WK29
Ini adalah jawatan sokongan dalam Kastam Di Raja Malaysia. Calon-calon yang berjaya dalam peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 akan ditempatkan di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia. Bayaran gaji minimum yang bakal diterima ialah RM1,498 dan gaji maksimum RM5,678 dengan tambahan kenaikan RM145 setiap tahun.
Bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 mestilah mempunyai kelulusan seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan. Kadar gaji untuk kelulusan ini bermula dari RM1,498.
Selain itu, mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji yang bakal diterima sama seperti calon-calon yang mempunyai kelulusan STPM.
Menjadi satu kelebihan bagi calon-calon yang memiliki diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kadar gaji yang bakal diterima lebih tinggi iaitu RM1,776.08.
Syarat wajib yang perlu dipenuhi ialah lulus Bahasa Malaysia termasuk lulus Ujian Lisan pada tahap SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Namun ia tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas atau lulus Peperiksaan Khas dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
Di antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ialah menyediakan laporan-laporan harga, menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan dan surat-surat jaminan bank.
Selain itu, membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti, mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan termasuk dalam tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
Lain-lain tugas adalah seperti mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah, menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi, menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan atau cukai perkhidmatan atau kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Soalan-soalan yang bakal ditanya dalam peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 merangkumi 3 seksyen iaitu :
Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C – Ujian psikometrik
Ebook Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
Ebook Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 sudah pun diterbitkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu lebih 63,000 graduan sejak tahun 2009. Ebook ini diedarkan dalam format PDF dengan setebal 90 halaman. Anda perlukan perisian Adobe Reader untuk membukanya.
Ianya adalah produk digital dan mengandungi 3 bahagian yang utama. Di antaranya ialah himpunan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas, skop Penolong Penguasa Kastam, nota khas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau GST.
Huraian format peperiksaan
Ebook Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ini tidak mengandungi soalan bocor atau pun soalan ramalan. Kesemua nota, contoh soalan dan jawapan ditulis berdasarkan format yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Menjadi satu kesalahan jika soalan sebenar peperiksaan didedahkan kepada umum kerana ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).
3 seksyen utama peperiksaan diulas dengan teliti dan diperincikan pada setiap bahagian :
- Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
- Daya Menyelesaikan Masalah
- Ujian Psikometrik
Setiap dari 3 seksyen tersebut disertakan dengan contoh soalan dan jawapan termasuk soalan yang berkaitan dengan GTP. Berikut ialah jumlah soalan dan jawapan bagi setiap seksyen :
- Seksyen A : 60 Contoh Soalan dan Jawapan
- Seksyen B : 40 Contoh Soalan dan Jawapan
- Seksyen C : 50 Contoh Soalan dan Jawapan
- Soalan khas GTP : Contoh Soalan dan Jawapan
Nota penting tentang ebook Penolong Penguasa Kastam
- Ia adalah naskah digital dalam format PDF.
- Anda akan menerima ebook ini dalam masa 24 – 48 jam selepas pembayaran disahkan.
- Anda WAJIB mengisi borang tempahan, periksa folder Inbox/SPAM emel dan sertakan bukti pembayaran.
- Bagi pengguna Yahoo, semak Spam Folder emel anda untuk mendapatkan salinan borang tempahan.
- Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi support@rujukankerjaya.com
Cara beli ebook Penolong Penguasa Kastam
Tahniah untuk anda yang telah melakukan pembelian ebook Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.
Untuk yang keliru dengan cara pembelian, berikut adalah langkah yang diperlukan :
Langkah 1
Terus klik link pembelian di laman ini :
Langkah 2
Isikan emel anda di bahagian bawah laman tersebut dan klik PROCEED to CHECKOUT.
Langkah 3
Setelah itu anda akan dibawa ke laman untuk anda isi maklumat anda. Isi maklumat di sana.
Langkah 4
Pilih mod pembayaran. Anda ada pilihan untuk pilih pembayaran kad kredit atau melalui pembayaran bank tempatan. Jika melalui kad kredit/debit anda akan di bawa ke laman untuk anda isikan maklumat kad anda.
Jika melalui bank tempatan anda akan di bawa ke laman yang mengandungi maklumat BANK TIM INFOKERJAYA.
“SAVE alamat laman ini” Selepas pembayaran dilakukan, kembali ke laman ini dan isi Nama Bank dan sedikit bukti pembayaran dan klik hantar.
Langkah 5
Semak emel anda dalam tempoh 5 minit. Sistem akan hantar 1 emel dan anda perlu REPLY emel itu dengan lampirkan bukti pembayaran (SCAN/GAMBAR resit).
Langkah 6
Dalam tempoh 24 – 48 jam anda akan dapat akses produk anda.
Buat persediaan mulai sekarang.
Good information
Thank you, the content will be revise from time to time 🙂
dulu adalah cita-cita nak kerja kerajaan dengan mengisi borang secara online..
isi dan terus isi tetapi tiada respon yang positif..
kini jadi blogger sahajalah
mrhanafi recently posted…Terbongkar Cara Sejukkan Bilik Tanpa Air Cond
Saya pun ada hajat nak kerja kerajaan, tapi jadi blogger lagi bebas.
Terima kasih tuan atas info. InsyaAllah boleh disampaikan kepada sahabat2 yang mencari kerja penolong kastam ni..
Hamidah Ahmad recently posted…Apa Itu Detoks Dan Kebaikannya
Besar tanggung jawab orang yang kerja kastam ni. Semoga amanah
Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!
Kastam sekarang ni sibuk dengan GST kan. Mesti bonus mencanak canak
Mama Hakim recently posted…LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
Baguslah untuk adi adik yang nak kerja kastam lepas grad ni
Azmi Abdul Rahman recently posted…Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
kalau ada ijazah dpt gred apa
Gred WK41.
Berapa lama diploma kastam ni eh?