Peperiksaan Dan Temuduga Pembantu Tadbir

May 11

Peperiksaan dan temuduga Pembantu Tadbir

Rakyat Malaysia yang membuat permohonan jawatan Pembantu Tadbir akan ditapis dan dipilih menerusi peperiksaan dan temuduga. Jawatan ini mempunyai permintaan yang tinggi baik di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia. Peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 diadakan bagi calon-calon yang layak.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah jawatan dalam Kumpulan Sokongan II yang memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kelayakan minimum. Jawatan ini mendapat banyak permintaan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kerajaan negeri, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Tugas dan tanggung jawab Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 termasuklah menjalankan tugas perkeranian dan operasi dalam Kumpulan Sokongan meliputi tugas pentadbiran am, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengurusan personel, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi serta pengumpulan data dan maklumat.

 

Peperiksaan Pembantu Tadbir

Peperiksaan online Pembantu Tadbir Gred N17 melibatkan 3 seksyen yang utama iaitu :

  • Pengetahuan Am. Seksyen ini meliputi maklumat bidang pentadbiran, dasar kerajaan, teknologi maklumat dan perkara-perkara yang terdapat di Malaysia.
  • Daya Menyelesaikan Masalah. Melibatkan operasi pengiraan matematik, kemahiran logik dan penyelesaian masalah.
  • Penaksiran Minat atau Penaksiran Personaliti. Anda perlu bersikap jujur untuk menjawab soalan ini. Ia akan menguji minat dan personaliti anda berkaitan dengan diri anda dan aktiviti semasa anda bekerja. Jawab dengan jujur dan pantas.

 

peperiksaan dan temuduga pembantu tadbir

Jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 adalah jawatan yang terbanyak ditawarkan oleh SPA.

 

7 punca temuduga Pembantu Tadbir gagal

1. Tiada persediaan. Calon yang dipanggil temuduga Pembantu Tadbir hanya membuat persiapan ala kadar. Tidak ada persiapan yang rapi dan serius.

2. Tiada dokumen sokongan. Datang berlenggang tanpa bukti dokumen yang sama seperti dalam borang yang diisi semasa memohon jawatan Pembantu Tadbir. Tanpa bukti bagaimana mahu berjaya dalam temuduga?

3. Tak tahu isu semasa. Apa yang berlaku di Malaysia tidak diambil peduli. Jika pengetahuan am Malaysia pun tidak tahu, bagaimana mahu mentadbir pejabat bila dapat kerja kerajaan nanti?

4. Pakaian tidak formal. Semasa temuduga Pembantu Tadbir, pakaian anda mestilah mengikut kriteria yang boleh dirujuk pada laman SPA. Lihat sahaja contoh pakaian guru sekolah lelaki dan wanita. Begitulah contoh pakaian yang boleh anda ikuti.

5. Tidak bermaya. Tanpa tidur dan rehat yang cukup, anda akan keletihan. Prestasi anda akan menurun. Minda anda tidak dapat berfikir dengan cergas dan cerdas. Fikiran anda tidak dapat fokus pada sesi temuduga dan soalan tak dapat dijawab dengan baik.

6. Bersikap pasif. Calon tak berkomunikasi dengan panel penemuduga. Soalan yang ditanya tak dijawab dengan serius. Calon menjawab dengan terlalu pendek atau ringkas tanpa menghuraikan jawapan.

7. Datang lambat. Pastikan anda hadir 1 jam lebih awal di lokasi temuduga. Jika hadir lewat, panel penemuduga menganggap anda tidak serius dan komited dengan kerja yang ditawarakan. Selain itu, bila dapat kerja kerajaan Pegawai Tadbir nanti, anda akan lewat ke pejabat.

 

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge