Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29 adalah seperti berikut :
- Tarikh : 25 September 2018
- Hari : Selasa
- Masa : 4.30 petang – 6.05 petang
Nombor telefon untuk pertanyaan
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian Hotline SPA : 03 – 88856000
Unit Separa Perubatan
Unit ini menguruskan ambilan jawatan untuk Separa Perubatan. Berikut ialah nama staf yang bertugas untuk bahagian ini :
- KPT : Zuraidah binti Shahadan > 6254
- PT : Norlisa Binti Khairuddin > 6435

Sukatan peperiksaan latihan Separa Perubatan bertaraf diploma
Menjelang bulan September, laman enjin carian seperti Google, Opera, Yahoo dan Mozilla akan dibanjiri dengan pencarian maklumat berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan. Laman sesawang, blog Separa Perubatan akan mula menerima ramai pengunjung yang terlibat dengan peperiksaan online Separa Perubatan. Sukatan peperiksaan latihan Separa Perubatan bertaraf diploma amat diperlukan untuk membuat persediaan sebelum peperiksaan online berlangsung.
Dengan calon seramai 40,000 orang pastinya akan mewujudkan saingan yang sengit. Kekosongan yang kurang dari 2,000 orang pastinya menjadi satu cabaran kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk membuat tapisan peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan. Anda yang terlibat pasti akan mencari maklumat seperti ebook Rujukan Separa Perubatan, Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan dan Ujian Psikometrik Separa Perubatan.
Jimatkan masa mencari anda
Anda yang terlibat dengan peperiksaan online Separa Perubatan boleh mengurangkan masa mencari maklumat berkaitan dengan Separa Perubatan dengan mendapatkan nota percuma Separa Perubatan dan terus memulakan persediaan untuk melihat apakah tajuk-tajuk yang bakal keluar dalam peperiksaan online nanti. Ia bukan sahaja melibatkan bidang Separa Perubatan, tetapi hal-ehwal seperti pentadbiran Malaysia, teknologi maklumat dan pengetahuan am.
Bagaimana nak download nota Separa Perubatan?
Selain itu, ambil tahu mengenai maklumat kesihatan umum termasuklah laman rasmi yang menjadi rujukan kesihatan di Malaysia. Oleh itu jangan buang masa anda lagi. Terus download nota percuma Separa Perubatan dalam sebelum blog saya menjadi sesak seperti tahun lepas akibat 30,000 pengunjung datang dalam masa sehari! Kasihan pada pengunjung lain tak dapat download nota percuma tersebut.
Selepas anda mendaftar nama dan emel di laman tersebut, anda akan menerima emel-emel penting yang berkaitan dengan peperiksaan online Separa Perubatan. Jadi jangan lupa untuk memeriksa emel anda untuk tempoh 7 – 14 hari selepas anda mendaftar. Ada maklumat penting yang bakal anda terima untuk persediaan peperiksaan online Separa Perubatan. Ianya belum tentu anda jumpai di laman sesawang atau blog yang lain.
Siapa yang tak patut download nota ini?
Nasihat saya, jika anda TIDAK TERLIBAT dengan peperiksaan Separa Perubatan atau TIDAK SERIUS untuk berjaya, tolong JANGAN DOWNLOAD. Jika anda sekadar mahu menceburi Latihan Separa Perubatan secara suka-suka, lupakanlah hasrat anda. Saya khuatir orang yang sepatutnya atau yang selayaknya menceburi bidang ini tidak dapat berbuat demikian. Beri peluang kepada mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam Latihan Separa Perubatan mendapatkan nota tersebut.
Hi , kalau nama tiada dalam senarai sistem , memang tak dapat ke? Macamana nak check jika dpt twran atau tidak?
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian Hotline SPA : 03 – 8885 6000
peperiksaan online macam mana ye nak jaga kesahihan jawapan tanpa ada unsur plagiat
mrhanafi recently posted…Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
Bergantung pada kejujuran calon semasa menjawab soalan.
Keputusan peperiksaan online ni bila keluar ek ?
Selepas 3 – 5 hari bekerja.
wah masih banyak lagi peluang pekerjaan kerajaan yer
myrujukan recently posted…Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia
Benar, peluang kerja sentiasa ada.
harap-harap dengan pengambilan kerja ni dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia..
ExpanDroiders recently posted…Aplikasi Android Khusus Untuk Wanita Period
Mudah-mudahan begitu.
oh bulan ini ada perperiksaan kemasukan ya, semoga berjaya untuk calon – calon perperiksaan
Onlajer recently posted…Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Semoga berjaya menghadapi peperiksaan.
artikel yang sangat berguna untuk kepada bakal calon 🙂
Adzrif Sidek recently posted…Anda kena berhenti menganiaya orang, baru rezeki mudah masuk
download dulu nota percuma separa perubatan tu. mana tau nanti nak guna 😀
sabree hussin recently posted…Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin
Lagi 5 hari dah nak exam ni,siapa yang berkenaan tu kena cepat dapatkan panduan ni…
Noriza Rahman recently posted…Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
Sy Bru jwb exam TD.5min nk hbs ms Bru soalan muncul utk bhgian b kecwa gila…hmmmmmm..paged asyk error jer
Peperiksaan amat penting untuk menilai tahap kefahaman para pelajar
mrhanafi recently posted…Selamat Bercuti Sempena Hari Malaysia
Paling penting ialah soalan dapat dijawab dengan lengkap dan rekod boleh disimpan secara online.
nak dptkn ebook tu kena byr ke?
Ebook yang ditunjukkan adalah versi percuma, masukkan nama dan emel untuk download.
saya dpt email utk exam separa prubatan…tp bila saya semak nama tak ada. knp?
Mohon semak dengan SPA terus.
terima kasih tuan atas info ni..akan disebarkan untuk sesiapa yang berminat
Hamidah Ahmad recently posted…Punca Kayap Dan Cara Mengubatinya Dengan Berkesan
Bila ada peperiksaan online memang mudah lah dapat bantuan dari keluarga
Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? 10 Kedai makanan sedap buat air liur meleleh!
Bila agaknya keputusan march ni keluar?