Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17
Sejak tahun lepas, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan peperiksaan online sebagai alternatif untuk pengambilan calon-calon dalam sektor perkhidmatan awam. Ini tidak terkecuali dengan jawatan lepasan SPM iaitu peperiksaan online Pembantu Tadbir N17.

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 dijalankan pada waktu malam. Ini memberikan kelebihan kepada calon-calon kerana tidak perlu memohon cuti kerja dari majikan (kecuali jika bekerja syif malam) atau pun berada di luar negara. Apa yang diperlukan ialah sebuah komputer dan talian internet yang stabil.
Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17 mempunyai 3 seksyen yang utama iaitu :
- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Penaksiran Personaliti
Seksyen A : Pengetahuan Am
Calon-calon akan ditanyakan soalan-soalan yang biasanya berkaitan dengan hal-ehwal pentadbiran, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, komunikasi, isu semasa dan sejarah Malaysia. Dalam masa 30 minit, calon yang terlibat wajib menjawab 40 soalan yang beraneka pilihan.
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini akan menguji calon-calon untuk menyelesaikan masalah pengiraan menerusi konsep Kemahiran Logik, Kemahiran Interpretasi Data dan Konsep Matematik. Dalam masa 25 minit, calon-calon perlu menjawab 20 soalan yang beraneka piliha.
Seksyen C : Penaksiran Personaliti
Calon-calon akan disoal dengan perkara-perkara yang melibatkan personaliti diri calon iaitu, kebolehan sosial, kejujuran, kepimpinan, disiplin, komunikasi, integriti, toleransi, kestabilan emosi dan kerjasama. Dalam masa 20 minit, calon-calon dikehendaki menjawab 96 soalan yang beraneka pilihan.
Rujukan peperiksaan online Pembantu Tadbir
Sekiranya anda terlibat dengan peperiksaan online Pembantu Tadbir, terus dapatkan Pakej Rujukan Pantas Peperiksaan Online Pembantu Tadbir. Ia adalah bonus pembelian apabila anda mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.
ujian secara online memerlukan talian internet yang laju dan tiada masalah..kalau ada susah nak lulus
mrhanafi recently posted…Pilihan Terbaik Untuk Jadi Kaya
Ya, mudah-mudahan tiada gangguan talian internet semasa ujian online dijalankan.
kalau ada peperiksaan offline bagus juga bro..
mrhanafi recently posted…Konsep 5P Dalam BestMobile Terbaik
Ya, mudah untuk mereka yang tak ada kemudahan internet.
dah lama tak jawab soalan exam rasanya nih.
guliroket recently posted…Kalah dengan Oman, kalah lagi dengan Vietnam.
Mudah2an dpt la jawatan ni..katanya 700 org mahu diambil bkerja..
tapi belum berjaya lagi untuk lepas tapisan dari SPA..walaupun dah ada degree.. huhuhhu sedih.. kan bagus ada orang dalam..tolong?
hafizi recently posted…Cara Gandakan KWSP Dengan Cimb Wealth Advisor CWA
Ya, SPA kena ambil inisiatif untuk buat talian internet yang lebih stabil.