Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan bagi jawatan Pegawai Eksekutif LHDN. Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 bakal diadakan untuk memilih calon-calon yang layak bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan.

Di antara pecahan jawatan yang berkaitan ialah :
- Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41
Peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 mempunyai 3 seksyen yang utama iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Contoh soalan peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Seksyen A : Pengetahuan Am
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
2. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang
3. Pilih akta yang berkaitan dengan LHDN
I. Akta Cukai Pendapatan 1967
II. Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972
III. Akta Levi Kenderaan Barang-barang 1983
IV. Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
1. Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat
A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat
2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut
MALASHAH
A. Bandar
B. Daerah
C. Makanan
D. Minuman
3. Pilih nombor yang terakhir dalam susunan di bawah
25 24 22 19 15 ?
A. 13
B. 10
C. 7
D. 5
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Hartanah Pertama Yang Mana Patut Anda Miliki Dahulu?
Jika anda tanya kepada sesiapapun yang baru di dunia hartanah kenapa mereka masih tidak membeli rumah, kebanyakannya akan memberitahu bahawa kos untuk memiliki sebuah rumah bukanlah merupakan pelaburan yang sangat kecil. Ia melebihi kemampuan seseorang individu itu untuk memilikinya terlebih dahulu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang masih mengumpul dan menyimpan wang untuk memiliki rumah impian mereka sebagai hartanah pertama.
Persoalannya, patutkah anda menunggu sehingga berjaya mengumpul wang yang cukup untuk membeli rumah impian anda? Harga hartanah di Malaysia sentiasa melambung naik, banyak pembeli hartanah sendiri mempunyai masalah terhadap pemilikan rumah idaman mereka seperti berangan ingin memiliki rumah teres berkembar dua tingkat tetapi hanya mampu memiliki kondominium dua bilik tidur.
Jika anda seorang prospektif pembeli rumah kali pertama, anda mungkin menghadapi banyak keputusan yang sukar. Semua individu mempunyai pendapat yang tidak sama, di mana ada di antara mereka yang ingin membeli rumah untuk selama-lamanya dan ada yang hanya ingin membeli rumah untuk kali pertama bagi permulaan.
Tetapi secara amnya, rumah permulaan mampu membuatkan anda bahagia pada lima tahun pertama atau lebih. Atau mungkin ia sudah mencukupi bagi seseorang individu. Sebaliknya, rumah kekal ialah merupakan rumah yang anda mungkin telah melihat diri anda apabila tinggal di situ, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.
Masalah yang utama sekarang hanyalah wang :
Jual-beli rumah juga punya turun naik seperti kadar-kadar faedah dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pembeli rumah kali pertama kini membeli rumah sekadar mengikut kesesuaian bajet mereka berbanding dengan kegemaran mereka. Terdapat banyak baik dan buruk yang harus dipertimbangkan, tidak kira sama ada rumah itu dijadikan sebagai rumah permulaan mahupun rumah untuk diduduki selama-lamanya.
Dapatkan rumah pertama anda
Terdapat beberapa kebaikan jika anda membeli rumah permulaan daripada membeli rumah idaman bagi kali pertama. Pertama sekali, Kadar semasa Base Lending Rate (BLR) sebanyak 6.6% (seperti Januari 2014) merupakan yang di antara terendah semenjak 10 tahun lalu. Pakar dan ahli ekonomi berpendapat kadar ini mungkin akan meningkat pada tahun ini.
Jika anda fikir kadar janji yang bagus merupakan satu perkara yang tidak cukup baik untuk anda, dan anda membuat keputusan untuk berkompromi bagi rumah pertama anda, fikir semula. Kadar jumlah pinjaman anda akan memberi kesan kepada bayaran bulanan anda dan juga jangka peminjaman anda.
Anda juga boleh memeriksa bayaran bulanan anda terhadap kadar faedah semasa yang ditawarkan oleh bank menggunakan kalkulator pinjaman rumah iMoney. Ini akan memberi idea yang lebih terang tentang bagaimana kadar-kadar faedah boleh menjejaskan kewangan anda.
Satu lagi pertimbangan yang harus diambil kira adalah penilaian harta. Membeli rumah permulaan sekarang boleh membantu anda mempercepatkan matlamat dengan menjualnya apabila harga pasaran rumah permulaan anda melambung. Ini memang selalu dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.
Perkara yang patut anda elakkan ketika anda ingin membeli
Kekurangan terbesar dengan membeli rumah permulaan adalah apabila nilai rumah tersebut tidak melambung dan juga kesukaran untuk disewakan. Untuk mengurangkan perkara seperti ini berlaku, buat seberapa banyak kajian tentang jenis dan lokasi hartanah tersebut.
Tidak banyak individu yang berumur 30-an atau 20-an mampu memiliki rumah impian anda. Apabila harga rumah dan kos sara hidup meningkat, gaji tidak bertambah dengan kadar yang sama. Hari ini, dengan pendapatan seisi rumah bersama mungkin tidak dapat memiliki mana-mana rumah yang selesa di kawasan bandar Lembah Klang.
Menunggu sebuah rumah impian untuk selama-lamanya mungkin hanya akan menjadi satu penantian kerana harga rumah tidak akan menurun sehingga bila-bila. Sekarang, satu hartanah yang tidak mampu dibeli sekarang, mungkin juga di luar kemampuan pada masa akan datang, jika kenaikan gaji kekal di kadar yang sama.
Menyasarkan kepada pertengahan
Jadi, bagaimanakah anda membuat keputusan bagi memilih rumah pertama anda?
Untuk membuat keputusan dengan lebih mudah, pertimbangkan perbezaan harga rumah permulaan dan juga rumah impian anda. Jika perbezaan harga bagi rumah impian anda boleh dikumpul dalam jangka masa setahun, anda boleh pilih untuk menunggu sehingga wang yang diperlukan selesai dikumpul.
Tetapi jika perbezaannya adalah di antara sebuah kondiminium satu bilik berharga RM250,000 dan rumah teres dua-tingkat RM600,000, ia akan mengambil masa lebih dari lima tahun untuk anda menabung, anda boleh menyasarkan pada pertengahan.
Itu bermakna anda masih tidak mampu lagi untuk mendapatkan satu aset yang terbesar dengan jiran yang baik masa kini, tetapi anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana atau pun mencari satu hartanah yanng lebih jauh dari pusat bandar.
Jika anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupun aset yang jauh dari bandar ia mungkin adalah salah sebuah aset yang boleh menjadi senarai dalam pilihan anda.
Dengan meneliti segala kriteria yang anda mahu, anda mungkin boleh menjumpai sesuatu yang berguna pada masa akan datang sebelum anda memiliki rumah idaman anda yang anda mampu miliki selamanya. Kadangkala, ia mungkin mengambil masa sebanyak dua buah rumah untuk anda mampu memiliki rumah impian anda.
Sumber :
https://www.imoney.my/articles/hartanah-pertama-yang-mana-patut-anda-miliki-dahulu
Jawab soalan di bawah berpandukan perenggan di atas
1. Mengapakah ada individu yang masih belum memiliki rumah?
2. Harga hartanah di Malaysia sentiasa meningkat, apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya masih belum memiliki hartanah?
3. Berapakah kadar Base Lending Rate (BLR) yang paling rendah pernah dicatatkan?
4. Apakah kekurangan yang bakal berlaku jika anda membeli rumah permulaan?
5. Jika anda mahu membeli rumah, apakah jenis rumah yang terbaik sebagai permulaan?
Higher Income Households Pay More GST
Households earning RM2,000 and below are reportedly paying RM51.89 per month (2.59% of their earnings) in the Goods and Services Tax (GST), which was implemented on April 1, said the Finance Ministry.
They were only paying RM36.83 (1.84% of their monthly earnings) under the previous Sales and Service Tax (SST).
According to the Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, the study also showed that those earning RM8,000 paid RM290 – 4.14% of their monthly income – under the GST as compared to RM168 (2.8%) previously.
“Based on this study, it is not true to assume that the lower income group is paying more than those in the high income bracket once the GST came into place.
“In fact, those in the high income group will pay more as they spend more on goods and services imposed with GST. This shows that the GST model is progressive in nature,” he said in a reply to Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu).
With the inflation rate expected to rise between 2% and 3% this year, Najib said that the Government was focusing on tackling the rising cost of living.
“In April this year, the Consumer Price Index (CPI) saw a 1.8% rise after GST compared to 0.8% the previous month. However, this rate is still under control and not all items in the basket of goods have shown a drastic increase,” he said.
Malaysia was also said to be considered a nation with manageable and moderate debt of RM596.8bil or 51% of the Gross Domestic Product (GDP), said Najib in a reply to Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit).
Almost all – 97% or RM579.2bil – he said, was domestic debt while the rest, RM17.6bil, was foreign debt.
“The debts are mostly Government bonds issued domestically, 72.4% of which are held by major institutions while 27.6% are held by foreign investors,” he said.
The Prime Minister also said that the Government was committed to ensure the debt level did not beyond 55% of the GDP.
Sumber :
https://www.imoney.my/articles/higher-income-households-pay-more-gst

Borang Daftar Info Ebook
Daftar nama dan emel anda untuk mendapat maklumat pelancaran ebook Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN.
Sebelum itu, download dahulu ebook percuma Daya Menyelesaikan Masalah ini dahulu.
Selamat berjaya kepada yang nak ambil periksa tu
kesian lah sikit kat pembayar cukai tu
bukan tau kira je kan
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Darah Tinggi. Kawal Tekanan & Elak Stroke Sekarang!
ramai orang suka minta kerja dengan lhdn
tapi semua orang tak suka bayar cukai lhdn
Mama Hakim recently posted…18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!
Mereka yang berpendapatan RM2,800 lepas potongan KWSP sahaja yang dikenakan cukai.
Ibu ni background tak de kena mengena dengan lhdn
boleh apply juga ke
Ibu Zaid recently posted…Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesan
Peperiksaan ini untuk mereka yang dapat panggilan SPA sahaja.
all the best semua calon
raihanah recently posted…Keradangan dan Risiko Penyakit Kronik
pegawai eksekutif lhdn ni dikira sebagai PTD jugak kan ? dan nanti akan ada program kadet sama macam kalau kita apply ptd through SPA Portal jugak kan ? ke ada perbezaan pegawai eksekutif lhdn dan ptd ?
PTD ialah Pegawai Tadbir Diplomatik, tak sama dengan Pegawai Eksekutif LHDN.
terima kasih untuk reply ,tuan .
tak ada nota ke? tak kan calon yang tak tahu apa benda terus ambik exam..
Nota ada banyak dalam laman LHDN, tapi kalau nak yang lengkap boleh daftar nama dalam borang yang kami sediakan dalam artikel.
Bila nota dah siap baru kami bagitahu.
bos bagaimana nak daftar ad link?
Maaf ad link tu apa? Saya kurang faham.
Selamat maju jaya kepada para calon LHDN.
Lokmanamirul recently posted…Semakan Pendaftaran MUET November 2017 Online
“Sebelum itu download dahulu ebook percuma daya menyelesaikan masalah” —> nak download mcm mana? tq
Isi nama dan emel dalam borang yang disediakan.
selamat berjaya kpd semua calon exam malam esok
hafizmd recently posted…Ebook Panduan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Saya ingin tanya pada tuan, sekiranya sy telah lulus tmuduga eksekutif lhdn, ada lg ke tapisan lain?
Tiada tapisan lagi.