Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Pasti ramai calon-calon peperiksaan awam sedang mencari panduan peperiksaan Pegawai Psikologi S41 ini kerana peperiksaan online akan diadakan tidak lama lagi. Saya bercadang untuk berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan bidang ini sebagai satu usaha untuk memudahkan mereka membuat persediaan.
Jawatan Pegawai Psikologi S41 mula diwujudkan sejak tahun 1992 di bawah seliaan Unit Psikologi dan Kaunseling. Ia dinaik taraf menjadi Bahagian pada tahun 1998. Setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mempunyai Pegawai Psikologi. Ia disasarkan untuk berkembang selari dengan kemajuan Perkhidmatan Awam itu sendiri.

Seorang Pegawai Psikologi S41 diklasifikasikan sebagai jawatan Pengurusan dan Profesional. Kadar gaji sebulan yang bakal diterima ialah sebanyak RM1,909.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225.00. Gaji tertinggi untuk jawatan ini ialah sebanyak RM8,644.00.
Untuk memohon jawatan Pegawai Psikologi S41, calon-calon yang berminat perlu mempunyai :
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang kaunseling atau psikologi klinikal atau psikologi yang mendapat pengiktirafan Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan kelulusan yang mendapat pengiktirafan sama taraf dengannya. Gaji akan bermula dengan kadar RM2,112.86;
- Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang sains tingkahlaku serta Diploma Psikologi Kaunseling yang mendapat pengiktirafan kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan kelulusan yang mendapat pengiktirafan sama taraf dengannya. Gaji akan bermula dengan kadar RM2,112.86;
- Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi klinikal atau kaunseling atau psikologi yang mendapat pengiktirafan kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan kelulusan yang mendapat pengiktirafan sama taraf dengannya. Gaji akan bermula dengan kadar RM2,521.70;
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau kaunseling atau psikologi klinikal yang mendapat pengiktirafan kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan kelulusan yang mendapat pengiktirafan sama taraf dengannya. Gaji akan bermula dengan kadar RM2,828.32;
- Lulus Bahasa Melayu/Malaysia (lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan yang sama taraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Psikologi S27 boleh dipertimbangkan bagi PSL untuk berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi S41 mengikut syarat dan kekosongan tempat setelah perkhidmatannya disahkan dan :
- Memiliki kelayakan di atas; atau
- Lulus tapisan Peperiksaan Khas; dan
- Berusia tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan
Tugas-tugas Pegawai Psikologi S41
Dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program-program yang ada kaitan dengan bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling kepada klien.
Terus ke laman www.pegawaipsikologi.com untuk mendapatkan panduan peperiksaan Pegawai Psikologi S41.
rujukan peperiksaan ini dapat membantu ke semua calon untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan berjaya….
asraff ruslan recently posted…Cap Khas Pos Malaysia Sempena LIMA 2015
Huhu.. Terbaiklah.. Semoga ada calon yang akan memanfaatkannya..
Hafizul recently posted…Petua Kawin Dua Dan Muda (Laris!!! )
Mudah-mudahan, tarikh peperiksaan dah dekat.
Yup..harapnya mereka dapat sesuatu yang bakal mengubah hidup mereka..aminn..hehe
Hafizul recently posted…Betul-Betul Tak Ada Mood
Bidang ini perlukan kesabaran sebab berhadapan dengan pelbagai ragam dan masalah kakitangan awam.
Mudah-mudahan begitulah, peperiksaan dah dekat.
Sama-sama, jom sama-sama bantu calon hadapi peperiksaan ni.
wah.. dah buka jawatan pegawai psikologi ye..
zool recently posted…Kenapa perlu Kahwin Cepat
Tak lama lagi peperiksaan online untuk jawatan ni akan diadakan.
Terima kasih atas perkongsian,
kepada calon semoga berjaya.
Apapun semoga calon memanfaatkan peluang yang ada untuk lebih berjaya.
Ahmad recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41
Suatu ketika dulu Mek ila memang minat untuk mendalami bidang kaunseling, sayangnya xde rezeki untuk ambil course tersebut.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Jom Sertai Drypers Baby Club & Dapatkan 200 Bonus Point Hari Ini!
dah ada panduan sangat memudahkan menghadapi peperiksaan sekarang ini
islam di dadaku recently posted…Mesjid-Mesjid Cantik Di Indonesia
Peperiksaan bakal dijalankan tak lama lagi, semoga calon-calon terlibat dapat buat persediaan.
bestkan kalau ada gaji yang besar..hidup lebih selesa..
mrhanafi recently posted…3 Sebab Peribadi Saya Join BESTMobile