Kehidupan

Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP

Perkara yang boleh anda buat masa PKP

Malaysia sudah melalui 2 fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO). Dalam fasa 2, PKP menjadi semakin ketat. Kedai-kedai hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sampai 8 malam sahaja. Jalan raya menjadi sepi kerana ada banyak sekatan yang ditambah, lebih-lebih lagi bila nak masuk lebuh raya. Ada beberapa perkara yang boleh anda buat masa PKP walau pun tidak banyak.

Kami mengharapkan anda dapat menjaga kesihatan dan berseronok dengan famili di rumah sepanjang PKP dijalankan. Kerajaan ada beritahu di media massa tentang bantuan pakej prihatin untuk meringankan beban yang dialami oleh rakyat sepanjang PKP. Maklumlah, nak kerja di pejabat pun tak dibenarkan, terkurung dalam rumah memang agak membosankan.

 

Bantuan kerajaan untuk keluarga

Meski pun ada bantuan RM1600 pada setiap famili, wang tersebut bukan diperolehi buat selama-lamanya. Ia cukup sekadar untuk beberapa minggu sahaja. Ada banyak perkara yang perlu diperhatikan sepanjang PKP ini, contohnya nak tanggung kos makan dan minum, kos elektrik dan air, sewa rumah, ansuran rumah dan kereta serta banyak lagi. Meski pun ada penangguhan beberapa jenis pinjaman, bila tempoh penangguhan berakhir anda tetap kena bayar juga.

Bagi yang bekerja, ada beberapa majikan yang tetap meneruskan bayaran gaji seperti biasa. Bagi yang bekerja sebagai pemandu teksi, penghantar makanan dan jurujual, pendapatan mereka terjejas dengan banyak sekali.

Bagi pemilik bisnes, nasib mereka jauh lebih mencabar. Kena fikir gaji pekerja, sewa kedai, pinjaman bisnes, stok barang yang belum terjual dan banyak lagi. Kena fikirkan strategi untuk pastikan bisnes terus berjalan walau pun dalam tempoh PKP. Nak tutup bisnes atau nak teruskan bisnes?

 

Peluang yang muncul sepanjang PKP

Sesukar mana pun anda hari ini, percayalah bahawa setiap kesusahan tersebut datang bersama dengan peluang untuk mengubah nasib anda. Lihat saja keratan akhbar di bawah ini :

 

perkara yang boleh anda buat masa PKP
Tak tahu nak buat apa masa PKP? Artikel ini sudah menjelaskan apa yang perlu dibuat.

 

Perlaksanaan PKP telah mencetuskan satu fenomena baru di serata dunia. Jumlah pembelian di internet telah melonjak naik dengan begitu tinggi. Laman jualan milik syarikat gergasi seperti Tesco Online, Jaya Grocer, Mydin telah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli barang keperluan harian.

Beberapa aplikasi yang menyediakan servis menghantar barang dapur juga terpaksa ditutup buat sementara kerana tempahan yang sebelumnya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tempahan baru diterima.

Servis penghantar makanan juga menerima tempiasnya. Saban waktu kita dapat lihat kelibat motorsikal-motorsikal mereka lalu lalang menghantar makanan kepada pelanggan. GrabFood dan Food Panda kini giat mencari staf-staf baru untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

Anak-anak muda yang sebelum ini duduk rumah tak buat apa-apa, boleh mohon untuk buat kerja-kerja menghantar makanan kepada pelanggan. Modal yang diperlukan hanyalah telefon pintar dan motorsikal. Jika upah yang diterima ialah RM10 satu jam, kerja 7 jam boleh dapat RM70. Dalam 14 hari sudah boleh dapat RM1400.

Itu belum campur dengan tips dari pelanggan lagi. Masa PKP ini orang duduk rumah belanjakan duit, anda keluar rumah untuk tambah pendapatan. Campur dengan bantuan kerajaan RM800, sudah banyak yang anda boleh simpan untuk belanja kahwin atau buat deposit beli rumah.

 

Terpaksa tutup kedai, nak jual barang macam mana?

Bagi pemilik premis yang terpaksa tutup pejabat dan kedai, anda boleh usahakan untuk daftar di Lazada serta Shopee. Dua gergasi e-commerce ini menyatakan jualan dalam talian semakin meningkat semasa PKP. Bukan sekadar barang dapur, topeng muka dan pencuci tangan yang laku, malah makanan, barang penjagaan diri, aksesori komputer juga mendapat permintaan yang tinggi kerana sudah ramai orang bekerja dari rumah.

 

–>> panduan memulakan bisnes di Lazada <<–

–>> panduan memulakan bisnes di Shopee <<–

 

Banyak peluang yang muncul sepanjang PKP dimulakan. Pengusaha bisnes kuih yang sebelum ini menjalankan bisnes di rumah mendapat permintaan yang banyak sehingga tak menang tangan untuk memenuhi tempahan roti. Aktiviti bekerja di rumah dipenuhi dengan membakar roti tanpa henti.

 

–>> panduan memulakan bisnes bakeri <<–

 

Pemilik kedai-kedai jahit pula yang sebelum ini kurang mendapat tempahan baju, kini mendapat kerja lain iaitu menjahit topeng muka yang mendapat permintaan setiap saat setiap waktu.

Kaunter-kaunter saham juga jatuh merudum dengan teruk. Mereka yang berilmu dan berkemampuan pula mengambil kesempatan ini untuk membeli saham-saham yang jatuh dan menjualnya kembali bila PKP sudah berakhir.

 

–>> panduan memulakan pelaburan saham <<–

 

Bagi yang berkeluarga, inilah masanya untuk membersih dan menghias rumah bersama keluarga. Tak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk mengajar anak-anak mengaji di rumah dan memperbaiki amalan solat 5 waktu dan solat sunat mereka.

 

–>> panduan menunaikan solat dengan betul <<–

 

Ada banyak perkara positif yang boleh dibuat sepanjang PKP dikuatkuasakan. Anda perlu bertenang seketika dan buat perkara-perkara yang ingin anda buat tetapi tertangguh sekian lama masa bekerja dulu.

Kami mendoakan anda berada dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit dan wabak merbahaya seperti Covid-19. Kita sama-sama berikhtiar dan berusaha untuk duduk rumah sehingga Covid-19 ini berlalu pergi.

1 thought on “Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.