Kehidupan

Perkara Yang Saya Buat Semasa Susah

Perkara yang saya buat semasa susah

Selepas rakan bisnes saya memansuhkan gaji bulanan dan membayar komisyen mengikut tugasan, saya sudah mula rasa tertekan dan terbayang perkara yang saya buat semasa susah iaitu merekrut pemandu Uber yang baru. Walau bagaimana pun, program tersebut hanya bertahan sebentar sahaja kerana Uber telah menghentikan operasinya di Malaysia.

Zaman kegemilangan saya sudah berakhir. Kisah syarikat bersama rakan bisnes buat RM350,000 seminggu sudah mula dilupakan. Jualan mencecah RM1,000,000 setahun tidak lagi menjadi kebanggaan. Jualan syarikat tidak lagi sekencang dahulu.

 

perkara yang saya buat semasa susah
Saya ambil upah cuci karpet untuk teruskan hidup.

 

Buat kerja buruh kasar

Masa susah, saya mula buat kerja yang tak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya ambil upah cuci karpet dari bisnes isteri untuk mendapatkan wang. Saya terpaksa rendahkan ego supaya dapat mencari sesuap nasi. Ada waktunya, saya mengelak dari berjumpa dengan rakan-rakan kerana tak mahu mereka tahu saya diberhentikan dari kerja.

Dengan bisnes cuci karpet ini, saya dapat wang untuk beli keperluan harian, isi minyak dan sara anak-anak sekolah. Sakit tangan, pinggan dan kaki sudah jadi makanan harian. Setiap hari saya akan mula cuci karpet di awal pagi. Penat memang biasa, tapi rasa sihat tetap ada. Setiap keringat yang keluar bersama hormone endorfin menghilangkan tekanan yang ada.

 

Teruskan hidup dengan peluang lain

Pada masa ini, kerja cuci karpet adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk meneruskan hidup. Kerja-kerja bisnes online terpaksa dilupakan kerana tidak mendatangkan hasil seperti dahulu. Kadang-kadang bila ibu bapa telefon, saya mengelak untuk menjawab sebab tak mahu mereka tahu dan berasa risau.

Anak-anak sudah mula bosan sebab sudah jarang berjalan di pusat membeli-belah. Nak makan McDonald atau KFC pun sudah rasa mahal. Bila makan di luar, sekadar minum ais kosong sahaja sebab nak jimatkan belanja. Kadang-kadang setakat ambil nasi dan sayur sahaja sebab nak ikat perut.

Setiap kali orang hubungi saya di talian 017-4802045, mereka akan minta sebut harga. Ada yang terus minta ambil karpet. Servis cuci karpet ini saya iklankan menerusi blog secara SEO dan Google Ad. Kedua-dua ilmu pemasaran ini saya belajar semasa menjalankan bisnes internet dahulu.

Sambil buat kesemua perkara di atas, saya juga bantu orang ramai untuk jana pendapatan dari dropship di Shopee secara sambilan.

 

Rasa rendah diri dan hilang keyakinan

Masa ini rasanya sudah mula hilang ramai kawan. Rasa rendah diri kerap muncul walau pun tiada siapa yang cakap. Nak bergurau pun rasa sentap walau pun dengan keluarga atau kawan. Kadang-kadang diri sendiri rasa sudah tak berguna lagi. Bagi pendapat pun orang selalu pertikai balik.

Masa ini saya hanya fokus untuk tambah pendapatan. Bahan bacaan seperti buku Robert Kiyosaki yang terperap sekian lama mula saya buka semula. Saya percaya satu hari nanti saya akan bangkit semula. Nasib baik bukan datang secara tiba-tiba. Saya harus berusaha untuk mendapatkannya.

Jadi saya fokus pada kerja-kerja mempromosikan kapal layar dan tanah-tanah untuk dijual. Bukan mudah nak jual benda-benda yang bernilai jutaan ringgit. Jual tanah 5,000 ekar yang bernilai RM300,000,000 sudah pernah gagal, jual kapal RM500,000,000 pun pernah gagal. Jadi saya perlukan lebih banyak kegagalan supaya di akhirnya saya akan temui kejayaan.

5 thoughts on “Perkara Yang Saya Buat Semasa Susah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.