Uber

Pinjaman Kereta Untuk Pemandu Uber

Pinjaman kereta untuk pemandu Uber

Biasanya pembiayaan atau sewa beli kereta dikendalikan oleh bank-bank yang ada di Malaysia. Mereka meletakkan syarat sekurang-kurangnya ada 3 bulan slip gaji. Pinjaman kereta untuk pemandu Uber sukar diluluskan kerana mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh bank. Namun begitu, ada cara lain untuk membuat pinjaman kereta untuk pemandu Uber.

Bagi anda yang sudah lama memandu dengan Uber dan mahu membuat pinjaman atau pembiayaan kereta, Toyota Capital menawarkan pembiayaan kepada pemandu Uber yang layak. Tempoh proses adalah selama 48 jam. Anda hanya perlu ke cawangan Toyota yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain Toyota, Nissan turut menawarkan pembiayaan kereta untuk pemandu Uber. Tempoh proses ialah 5 hari. Jika anda berminat, terus ke cawangan Nissan yang terdekat untuk mendapatkan lebih banyak informasi.

Harus diingat, tiada jaminan untuk anda mendapat pembiayaan ini kerana bergantung kepada kelayakan masing-masing.

 

Cara mohon pembiayaan kereta dari Toyota

1. Pergi ke cawangan Toyota berhampiran
2. Bawa slip pembayaran komisyen atau “Payment Statement”
3. Sediakan deposit sekurang-kurangnya RM5,000
4. Cari penjamin jika diminta oleh Toyota

 

Cara mohon pembiayaan kereta dari Nissan

1. Pergi ke cawangan Nissan berhampiran
2. Bawa slip pembayaran komisyen atau “Payment Statement”
3. Deposit tidak diperlukan kerana pembiayaan 100%

Pembiayaan kereta adalah tertakluk kepada model kereta tertentu sahaja.

 

pinjaman kereta untuk pemandu Uber

4 thoughts on “Pinjaman Kereta Untuk Pemandu Uber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.